SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 31, 2009

Selamat.Tahun. Baru.2010.



tepat jam 12 pagi 1 Januari 2010 cik zira menaip entry ini,,

SELAMAT TAHUN BARU 2010 cik zira ucapkan buat semua
semoga setahun yang mendatang ni akan menjanjikan yang lebih baik buat kt sume kan,,
insya Allah,,


dan bersempena tahun baru ni, kalo korang perasan la kan, blog merah cik zira pon nak sambut tahun baru jugak, dah berubah wajah,,
taklah ketara sangat, hanyalah pada background,,
tp masih warna MERAH okeh,,
itu kan trademark cik zira, mana boleh guna kaler len, bukan cik zira la kalo gitu,,hehe



dan ade sket2 yang cik zira ubah
tp sebelum tuh, nak minta maaf la, kalo korang bace entry2 yg lama2, kalo font kaler dia cik zira tak ubah tuh, korang tak nampak kan, korang bold kan la ea utk bace,,
malas nak ubah satu2 la,,
sory tau,,
bila dah ubah2 ni, macam2 nak kena alter, tp malas,,
remain jela mana yg ade tuh,,


semoga blog yang berwajah baru ni menggantikan yang lama akan senantiasa menjadi kunjungan anda sume k,,
insya Allah, cik zira akan update setiap hari untuk bacaan anda sume k,,
korang tahu kan cik zira sayang korang sbb rajin jenguk blog ni,,
harapnye korang sayang cik zira jugala,,hee,,


ini wajah lama blog merah ini,,






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 1 januari 2010 12.10 a.m.

berakhir sudah 2009 dengan kenangan

selamat tinggal 2009, selamat datang tahun 2010




setahun sudah berlalu
bagaikan sekejap tetapi setahun itu sebenarnya lama
tp sudah pon berakhir dan kini masuk ke tahun 2010
semoga kenangan tahun 2009 sentiasa di hati cik zira


mari kt mengimbas kembali antara kenangan2 cik zira di tahun 2009, kenangan yang akan menjadi memori selamanya dalam diri cik zira :

  1. blog merah kesayangan ini bermula dan bertapak pada 14 april 2009,, blog ini mengubah segalanya sbb blog ini sudah menjadi separuh dari hidup cik zira,, tahun 2009 menyaksikan cik zira memulakan blog beliau ini
  2. memulakan bisnes beliau, bermula dengan kecil2an kepada rakan2 sahaja sehinggalah berkembang dan dikenali melalui blog ini - bisnes tudung, baju dan sardin & sosej roll
  3. dapat lebih ramai kawan, melalui kawan lain, tru intenet, kawan2 kat UUM, kawan2 kat maktab, sungguh happy
  4. dapat kawan dengan blogger2 dan juga customers,, suka suka suka
  5. tahun terakhir di UUM dan tahun kembali semula ke maktab penang
  6. mendapat peluang dan pengalaman masuk ke studio karangkraf
  7. dapat anak sedara Mohd Aiman Danish, anak abang ai ngan kak jun
  8. tahun paling gemok dengan berat mencecah 67kg
  9. dah pandai kawal pemakanan dan berat pon da turun, tak gemok sangat lagi dah
  10. dah belajar minum air masak, ini satu pencapaian terbaik bagi tahun ni sbb seumor hidup sangat ssh nak minum air masak, sehari nak dapat seteguk pon ssh,,tp skang da suka minum air masak,,yay!
  11. dapat menang baju terbaik sebanyak 2 kali, menjadi queen of the night
  12. dapat pengalaman menjadi AJK2 untuk program yang besar2 bersama Tradewinds, berpeluang bertemu tokoh2 disegani seperti Tun Dr Mahathir, Angkasawan, jadi emcee ketika berada di UUM
  13. bisnes tudung maintain sehingga sekarang,, terlalu happy
  14. dapat beli barang2 yang disukai macam2 dah dibeli sepanjang tahun 2009
  15. dapat kembali semula bersama mami sebaik balik ke maktab, dan dapat tlg mami di kafe beliau,, merangkap driver, akauntan, cashier dan banyak lagi,,hee
  16. Nur Kasih, drama kesukaan tiap2 jumaat,, tahun ni la kan,,=)
  17. dapat maintain result dalam senarai dekan,, alhamdulillah
  18. menjadi paling senior di maktab, ktrg dah sem 11 tp dianggap budak junior baru masuk,,hee, dah tua la abang2 ngan kakak2 cohort 3 ni ha,, =p
  19. dapat menari dan dapat mengacara, (oso my passion)
  20. puas fikir, tak ingatlah, banyak sangat rasanya, kalo korang ingat utk cik zira, bg tahu ea,,cik zira pon lupa kenangan diri sendiri sepanjang tahun 2009

banyak kenangan sejak januari hingga disember ni, tapi semuanya telah berlalu, semuanya tinggal kenangan dan seingat cik zira, tahun 2009 tiada kisah sedih dan semuanya happy2 sahaja


SELAMAT TINGGAL 2009
SELAMAT DATANG 2010


semoga tahun 2010 yang mendatang ni akan memberikan lebih kebahagiaan dan kejayaan buat cik zira dan tidak sabar jugak sbb tahun 2010 ni lah cik zira akan tamat pelajaran selama 6 tahun ni, dan tahun 2010 jugak cik zira akan mulakan kerjaya sebagai seorang guru bahasa inggeris, insya Allah,,


2009 dalam kenangan,,=)


syukur Ya Allah, kerana Kau masih memberikanku peluang menikmati hidupku,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2009 4.30 p.m.

Gambar dan Cerita Terakhir Pasal Makanan untuk 2009


wah, macam tak percaya plak kan, setelah beberapa entry yang banyak dikeluarkan di dalam belog merah ini pasal makanan, gamba2 makanan sume, ini adalah entry terakhir di tahun 2009 mengenai makanan,,
harapan semoga di Tahun 2009 lebih banyak akan diceritakan pasal makanan, dan lebih banyak gambar2 menarik mengenai makanan yang akan buat korang sume terliur memandangkan cik zira ini adalah seorang yang pemakan,,hehe


baiklah, cik zira mulakan dengan bercerita tentang makan malam cik zira bersama mami tersayang masa ktrg keluar berdating hari selasa petang yang lepas
ktrg pergi queensbay, masuk DOME la nak makan setelah berjalan2


ini mami punya makanan, mushroom soup degan roti tu ha



dan ini, cik zira punya makanan,, bunyinya cenggini Creamy Seafood Pasta kot, lupala,,hehe



kalo selalu makan pasta, kebiasaannya la kan, pinggan segabak beso, pasta nye sket jek, tp yang ni, pingan kecik molek, pastanya leh makan sampai 3-4 org,, adei, korang bayangkan macam mana pasta yang leh makan utk 3-4 org dimakan oleh seorang sahaja iaitu cik zira,, dengan kolestrol yang melambung tinggi,, adohai, tak habis kang, sayang plak kan, mami dah blanje,,


pastu makan sampai nak termuntah, loya sana sini
yela, korang bayangkan kuah creamy dia tuh, sangatlah banyak
cik zira telan lah sumenye,, mmg pening2 sampai kepala ni,,
tanak order dah lenkali,,
lepas makan terus cik zira ngan mami cari benda masam2 nak telan bagi hilang loya akibat makan banyak sangat creamy pasta tadi tuh,,
seb bek dapat,, telanlah benda masam tuh banyak2,,


pengajaran daripada cerita di atas : kalo nak makan pasta, bagi sape2 yang tak suka sangat white sos, janganla makan, better amek bolognaise ke ape ke yang sos nye merah2, takut kalo korang amek yg sos putih penuh cheese segala, korang akan muntah,,ngee
dan nasib baik cik zira tak muntah walaupon tahap loya itu sangat tinggi,,


seterusnya, ini kisah semalam, 30 disember 2009


pagi tuh sebelum ke rumah mami, eh silap, bukan pagi tetapi tengah hari, cik zira singgah tesco tuh, beli roti sbb kat blk tak makan pape lagi, hanya makan 2 keping biskut coklat dna minum air masak
lalu masuk ke kedai King's beli roti untuk diri sendiri dan belikan utk org kat umah mami


beli 5 biji seperti di bawah, dan yang paling besar itu cik zira punya, chicken blackpepper,,hehe
sedap tau, mmg puaslah makan, dahla besar, harga RM2 sahaja,,
len2 sume beli roti yang manis2 sbb budak2 yang nak makan,,



itu makan pagi merangkap tengah hari
makan tengah hari merangkap makan petang ialah nasi berlauk
lauknya sangat banyak tp tak amek gamba la
menunya adalah : sup campur, ayam masak sambal, ikan goreng, sayur campur, sambal
indonesia


tapi sebelum makan petang ni ha, lepas makan roti, cik zira makan salad,, sedap,,
letak salad dengan epal, lepas tuh curah dengan mayonis dan sos thousand island
peh, makan sehingga menjilat jari tau



malamnye plak, makan yong tau fu, kakak emy masak
juga sedap
banyak cik zira makan tp gamba pon tidak sempat di snap,,harap maaf ye
kalo tidak lagi banyak gamba makanan dalam entry terakhir pasal makanan di tahun 2009 ini
tp cukupla gamba2 yang ada ditepek ni ye,, cukupkan syarat,,hehe


cukuplah untuk kali ini ye,,
harap gamba2 makanan dalam entry di awal pagi ini dapat memberi idea apa makanan yang korang nak makan untuk hari ini, hari terakhir di tahun 2009 ini,,
selamat menjamu selera ye korang sume,,
pastikan makanan yang enak2 mengakhiri tahun 2009 yang bermakna ini,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 disember 2009 8.10 a.m.

Wednesday, December 30, 2009

bergamba di dalam kereta


tadi tengah hari dah nak ke petang2 sket tuh, cik zira bawa di wardeena tembam ni ke gelugor nak amek gamba pasport dia dah nak skolah,,


lepas tuh, masa ngah drive, biasalah kan, si budak ni kejenye nak amek gamba kak zira dia ni jek guna kamera yg senantiasa di bawa ke mana2 utk mencari modal menghupdate blog ini,,
takde gamba entry tak bes sgt kan,,hehe


lalu, cik zira pon buat2lah posing melayan kerenah dia yang mmg keje nak amek gamba jek,,
layankan jela ye,, budak2 mmg cenggitu perangainya,,ngee


maka, terhasil lah wajah2 cik zira yang si wardeena amek ketika cik zira sedang memandu,,
nak tanak, kena la ikut ape yg dia suruh

"kak zira, buatlah muka comel."
"kak zira, senyumla,,"


dan macam2 lagi pose yang dia suruh buat,,
hengat kak zira kamo ni model ke hape nak pose bagai,,
dahla dalam keta ngah bawa keta,, aduyai,,


dan, inilah dia gamba2 paksa yg disnap oleh si wardeena,,



ini nasihat : bila kita berdampingan dengan budak kecik, kena ade sikap sabar dan pandai mengawal perasaan marah, sebab, bdk2 ni dorang suka paksa2 tau, paksa main la, paksa suh pegi jalan2la, mulut kena manislah janji tp kalo tanak buat, tak yah buat,,

contoh :

Wardeena : kak zira, t kt wat puzzle sama2 k?
kak zira : ok, t kt wat

bila tiba masanya,,

wardeena : kak zira, jomlah wat puzzle, hari tuh kak zira kata nak buat sama2 kan
kak zira : em,, tanakla, puzzle tuh takes time la, kena spend the whole day nak siapkan,, malas la,,


haha, dan dia akan ajak berulang kali
cakap jek berulang kali benda yang sama jugak
lama2 dia jemulah,,


korang kena banyak sabarlah dan layankan jek kalo budak2 cenggini
sape yg ade adik ke, anak sedara ke, sepupu kecik2 ke, korang akan faham,,hehe


maka, sebab itulah cik zira ditakdirkan menjadi guru untuk budak2 skolah rendah kan,,
kena sentiasa bersabar,,hehe
kerana cik zira bukan seorang yang pemarah, hanya suka senyum jek,,
tp selalu org kata garang, pelik la, ntah tang mana yg garang tak tahu la saya,,ngee




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 disember 2009 5.30 p.m.

BoNia



korang tgk la beg cantik atas ni,,
suka tak?


agak2 kalo korang dapat beg tuh korang suka tak?


jangan ingat itu cik zira punya ye,,
itu kepunyaan Irdina Adam akak cucu kesayangan mami
dia tuh baru umo 9 tahun tau
da dapat beg bonia sebegitu rupa hadiah sebab masuk kelas pertama oleh nanima dia
cik zira yang umo 23 tahun ni pon x pakai bonia cenggitu tau


untung badan irdina dapat nenek yang sanggup berhabis untuk cucu2 kesayangan dia
dapat enpon dapat beg bonia sbb dapat result bagus dan dapat masuk kelas pertama dajah 4 nanti ni
takpela, sebab dia dah berusaha kan
dapatlah hasilnya,,


bilalah agaknya cik zira nak dapat beg cantik cam tuh kan
comel jek sbb dia kecik, leh letak wallet dengan enpon
peh, terberanganla plak kalo dapat beg cenggitu,,
seyes cantik
rasa nak curi jek, tp mana boleh nak pakai kat mana? dahla selalu jumpa dorang
haha, tetibe nak jadi jahat tp mana boleh, mencuri kan berdosa masuk api neraka,,ngee


wahai beg bonia, bilakah dikau mahu menjadi milikku??,,
rasa2, irdina nak bg kak zira dia ni tak beg itu?
bertuah la sangat,,hehe




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 disember 2009 10.10 a.m.

shedapnye eskim


di pagi rabu yang indah di kala tiada kelas bercuti sehingga ahad ni, cik zira teringat masa kat uma atok hari tuh dapat makan eskim (ais krim) baskin robin yang sangat sedap ade 3 perisa


thanx to customer/gf kawan chenta hati 1 iaitu Nana yang comel atas pemberian yang sangat enak itu, suka sangat2
thanx tau nana
eskim da selamat masuk dalam perut lama da baru nak cerita kat sini,,hehe


nana bagi 3 cup yg comel2 tuh, ade perisa coklat, oreo ngan coffee yang super sedap,,
cik zira makan 3-3 sekali tp yg lagi 2 share dengan chenta hati 2,,
baru chenta hati 2 tahu betapa sedap eskim BR tuh, dan kenapa dia mahal,,hehe,,
dia dah rasa baru dia tahu,,


padanlah org sanggup bayo mahal semata2 nak makan eskim ni
cik zira kalo org bagi, mmglah suka
kalo nak beli sendiri, hanya mampu beli La Cremeria jela, tu pon sedap gak,,


alamak, tetibe la plak nak makan eskim di pagi hari ni
mana nak cari
dahla duk hostel,,
adoi,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 disember 2009 10.00 a.m.

Tuesday, December 29, 2009

HANNAH TALENT


wah, kontes ini sangat menarik gitu
sebab ape?
sebab dia dianjurkan sendiri oleh agensi modelling yang bergerak secara online
ha?
jangan tak percaya tau
mmg ade,,
nak tahu lebih lanjut pasal agensi modelling ni sila klik : HANNAH TALENT


cik zira leh cite sket2 jela, nak tahu lebih lanjut, korang klik kat atas tu ea,,
boleh tahu detail sume


HANNAH TALENT ni agak istimewa sebab mencari model di kalangan wanita bertudung, kiranya nak mencari bakat gadis2 muslimah la,,
yela, yang tak bertudung dah ramai sangat2 kan, bagilah peluang plak untuk yang bertudung ni mencuba nasib,,hee,,


bagus jugak kan, selain menyertai kontes ni, boleh kenal2 lagi lebih ramai blogger bertudung yang join kontes ni nanti,,
ala, korang try jela kan, mana tahu nasib korang
dan memandangkan cik zira ni mmg kaki join kontes, bila terpandang jek kontes ni di blog kegemaran cik zira iaitu, si cantik Rina Salleh, ape lagi, tgk gamba dia letak itu sungguh cun, mahu join jugakla,,


manalah tahu kan, untung2 dan nasib badan korang,,
sbb ape tau, sape yg bernasib baik, korang akan ditawarkan hadiah besh bernilai RM250 iaitu mendapat peluang berphotoshoot percuma, dimakeupkan oleh make up artist, ha peluang baik punya ni,,
jangan lepaskan peluang,,
cepat cari gamba korang yang cantik2 untuk join kontes ni,,


kalo mahu tahu lebih lanjut pasal kontes, sila klik baner di bawah ni :


oh, sebelum terlupa, nama kontes ni ialah Contest INGIN MENJADI MODEL ?

sila klik baner ini


dan gamba mengada yang cik zira pertaruhkan adalah seperti gambar di bawah ini, sbb hanya ketika itu sajalah yang cik zira berphotoshoot bersama BFF,, kengkonon jadi model la, model untuk diri sendiri,,hee,,
bolehla kan,,
boleh kan HANNAH TALENT ??,,hehe




korang, ape lagi, meh ramai2 pakat join Contest INGIN MENJADI MODEL?
ni k,,
cubalah join, tak menang tak ape, suka2 jela,, tak kena bayo pape pon,,
tp ingat k, hanya untuk gadis yang bertudung tau, sbb tuh syarat2 kontes ini,,


pastu kan korang, kalo korang tahu kontes ni dari blog cik zira ni, bila korang nak join, korang kena link blog cik zira ni, sbb tuh syarat2 dia,,
senang jek, korang link blog cik zira, nanti org len akan link korang balik,,
ape yg penting?
Kerjasama!,,=)


akhir sekali, saya mengetahui kontes ini dari blog kegemaran cik zira, si cantik manis RINA SALLEH..

thanx RINA SALLEH atas info mengenai kontes ini dan kamo sememangnya cantik,,hehe,,
tetibe kan nak bodek Rina, cam dapat pape jek dari Rina,,hehe,,


ape tunggu lagi, CEPAT JOIN!




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 disember 2009 1.20 p.m.

terima kasih chenta2 hati


teringat masa nak balik hari tuh,,
cik zira bawa beg punyalah banyak tau
1 beg beso, 4 beg kecik2,,
pegi balik penang-jb, jb-penang, tak sah kalo tak banyak beg
kalo beg sikit jek, bukan cik zira la maknanya tuh,,
ntah ape la yang cik zira bawa ke hulu ke hilir kan,,


rasanya ade dalam 30kg jugak kot beg troli beso cik zira tuh
kesian chenta hati 1 yang kurus meleding tuh mengangkat


"jira bawa ape dalam ni, berat nak mampus", chenta hati 1 berkata

tgk tuh, bukan men jaga lagi chenta hati 1 dengan beg berat cik zira tuh,,thanx jeri,,sayang ko!


kesian dia,,
sampaikan chenta hati 2 kena nekkan beg berat itu atas bahu chenta hati 1 sebab chenta hati 1 nak gendong cam tuh,,
sian dia, tp tetap tlg walaupon beg itu berat
sayang adik kepada kakaknya yang sorang ini
sebab tuh sayang chenta hati 1 ku,,
chenta hati 2 angkat beg kecik jek, sbb beg dia sendiri da beso da,,hehe

chenta hati 2 dengan beg barunya, ade wane merah hokeh,,


dorang tunggu sampai bas cik zira bergerak
padahal chenta hati 1 nak gi keje tuh, tp dia tunggu jugak
wah, sayang sungguh pada mereka


masa dorang tunggu tuh, masa cik zira dalam bas, cik zira tgk jek chenta2 hati cik zira ni, sayang sangat la kat dorang
takleh bayang kalo dorang takde dalam idop cik zira
gurau senda, bertepuk tampar sume sama2, dengan dorang jela cik zira leh manja2 pon, dah nama pon adik sendiri,,


baru berapa hari tak jumpa ni, da rindu kat dorang,,
maka itulah, mereka berdua sahaja chenta2 hati cik zira yg cik zira sayang kasih dan rindu setiap masa, tiada lain hanya mereka berdua,,


maaf ye, seorang kakak ini merindui dua orang adik lelakinya,,
sob sob,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 disember 2009 9.20 p.m.

Monday, December 28, 2009

hari pertama di semester terakhir


wajah isnin cik zira,,=)


baru nak update pasal hari ni
ampun ye sume
kelas dari pagi sampai petang,, ni baru ade masa nak update terkini pasal cik zira setelah menyiapkan entry 2 kontes yang disertai terlebih dahulu,,


semalam cik zira tdo nak dekat kul 1
pastu bangun subuh
pastu menjadi rajin
nak tahu kenapa tak?
kan kalo sape yg tahu, cik zira ni mmg pemalas yang amat nak iron baju ke tudung ke
mmg menggosok adalah bukan kesukaan dan kegemaran cik zira
setiap sem, mmg bape kali jela dapat tgk cik zira iron baju
korang bayangkan, kalo pegi kelas pon baju kurung, tudung sume mmg tak beriron,,
korang kena percaya sbb ini bukan cerita tipu, ini kisah benar bukan cobaan

ini dia hasil gosokan cik zira yg rajin di pagi isnin,,


tetapi, ntah ape mimpi cik zira pagi tadi
teringin nak pakai kebaya, cik zira menjadi sangat rajin sbb iron baju kebaya pendek wane hitam, kain labuh hitam yang mmg tak penah iron kalo pakai, dan tudung empat segi yang baru 2 kali pakai,,
wah, bangga dengan diri sendiri sebab sangat rajin!
yay, cik zira rajin! harap2 dapat kekalkan kerajinan ini, kang nak praktikal kena kemas2 dan cantik2, nak tanak kena iron baju sume kan
tgkla, harap2 rajin ni berterusan jangan 1st day ni jek konon2,,hee

tgk baju kebaya tuh, sbb dah longgar, nampak gelebeh sana sini,,lama dah tak pakai,,



baju hitam, kain hitam, tudung corak warna warni abstrak, beg kulit polo tuh, pakai kasut baru, pastu sesi petang pakai wedges tu jek,,


hari ni macam artis tau, korang tahu tak kenapa?

fqa : eh, mek ni apsal kurus sangat ni, dah melengkung da badan
syira : aku ingatkan ko budak kos len tadi, dari belakang mmg sumpah tak kenal
salwa : lain tgk zira pakai tudung tuh, selalu pakai syria
mye : zira dah kurus ea, berat turun banyak ke
arip : zira, ko kena dera ke? apsal ko kurus, tak makan ke?
am : haah, aku pon pasan, kurus banyak,,


dan banyak lagila komen2 dorang di hari pertama berjumpa setelah sebulan lebih bercuti
adoiyai korang ni,, cik zira ni badan sama jela, tp disebabkan cik zira pakai kebaya tadi, nampaklah kurus sket,,
tang mana kurus pon tak tahula, berat sama jugak
kaki, lengan sume beso jek lagi,,mandai2 jek korang ea,,
kurus dorang tuh, korang jangan tak percaya, masih beso cik zira ni sbb cik zira bukan jenis kecik molek ye,,hee


itu sahaja laporan cik zira tentang hari ni
esok pon masih ade kelas dari kul 8 pagi sampai 5 petang
tadi dalam kelas dah sengguk2 da,, mmg mengantuk bila dapat lecturer yang x besh mengajo
harap esok okla, tapi rabu sampai jumaat cuti,, adei, ramai balik, cik zira mmg tak balikla,,
duk penang jela,,





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 disember 2009 8.31 p.m.

CANDID PHOTO CONTEST


NAMA KONTES : CANDID PHOTO CONTEST
PENGANJUR KONTES : http://aku-halim.blogspot.com/


mahu tahu lebih lanjut mengenai kontes ini, sila klik baner di bawah ye



cik zira sebenarnya mmg tak suka kalo org amek gamba cik zira candid sbb kalo candid mmg sangat hodoh la muka ini
tp sbb nak masuk kontes kan, cik zira pertaruhkan gamba candid yang cik zira rasa paling comel la,,hee
nak tgk gambanye?
tgk kat bawah ni ea,,


ini candid hokeh, tidak tipu,,
gamba ni masa photoshoot dengan BFF, pastu BFF amek gamba candid ni
entah aksi ape ntah cik zira tuh
nama pon candid, mmg tak pasan BFF amek gamba cik zira time ni


baiklah encik penganjur, cik zira dah sertai ye kontes gamba candid ni
besla kontes ni, lain dari yg lain,,
bagus2,,
bagi hadiah banyak2 sket ye,,
cik zira org JB gak,,ngeh ngeh





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 disember 2009 7.10 p.m.


Terserlah Ayu Mu-kategori B


ini kontes ke 12 rasanya cik zira sertai,,
asal ade kontes mahu masuk, asal mahu masuk ade kontes,,
lagi2 si penganjur da ajak kan,,
mmg suka join kontes, menang ke kalah ke belakang kira,,ececeh,,


NAMA KONTES : Terserlah Ayu Mu-kategori B'
PENGAJUR : http://butiktejaz.blogspot.com/


mahu tahu lebih lanjut mengenai kontes ini, sila klik baner di bawah ini,,



untuk kategori B ni, kena letak gamba pakai shawl dengan anak tudung syria,,
maka, gambar yang cik zira pertaruhkan ialah :


oleh kerana cik zira suka sangat2 wane merah, gamba yang dipertaruhkan pon wajib kaler merah ye penganjur kontes,,hehe

untuk gamba di atas ni, cik zira pakai shawl plain kaler krim jenis kain jojet dengan anak tdg syria warna merah jenis kain tshirt,,


kalo selalu, org rebut2 nak bg anak tdg syria tuh muncung kan men, kali ni, dalam gaya ni cik zira sengaja wat anak tdg syria tuh melekap kat dahi,, kengkonon nak jadi cantik la cam Farah Adeeba,,cewah!


baiklah, penganjur kontes,,
ni sahaja yang termampu,,
mahu lengkapkan syarat2 berikutnye,,hee,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 disember 2009 5.50 p.m.

Jubah baru cik zira



ahlan wa sahlan,,
eh, tetibe plak nak cakap arab la,,
kan ari tuh musim org balik haji
tok sedara, parents BFF, sume cik zira jenguk, salam cium pipi, yela, kata org amek berkat, mana tahu satu hari nanti, cik zira berpeluang ke sana kan
salah satu impian utama, insya Allah, ade rezeki, diizinkan Allah, mmg nak sangat ke sana


mak BFF, cik siti, bagi banyak barang2 dari sana untuk cik zira
sejadah la, tasbih la, stokin la, jubah, selendang, dan macam2 lagila,,


seronok tau
jubah ni saiz cik zira,,
muat2 jek,, bunga dia wane biru, pastu slendang itam tuh pon bunga sulam dia wane biru
biru pon birulah, tiada merah barangkali,,hee
orang bagi, kena terima tau, lagi2 barang dari sana tuh,,


balik umah, terus melaram, pakai jubah tersebut, dengan selendangnya, dengan stokinnnya
peh, macam minah arab sudah,, (ini namanya budak perasan)
bergaya2 depan cermin, chenta hati 2 nek menyampah dengan akak dia ni
dia dahla ngah tgk balik cite Ketika Cinta Bertasbih, pulak tuh cik zira nyanyi2 lagu tema filem tuh, bengkek jek dia,,
pastu ape lagi, suh dia snap gamba cik zira ala2 gadis arab ni
tp gamba sume tak cantik sbb dia tak iklas amekkan gambo,,kan yap kan?hee


sukala,,
agak2 kan, bila la cik zira nak berjubah cenggini kan
tp tula, cikgu takleh pakai jubah, kena pakai baju kurung
takpela, jubah ni leh bawa gi surau ke, ade pape event ke
cik zira dah selamat da bawa ke penang jubah pemberian mak BFF ni, ngan jubah bawu nak pakai pemberian mak ngah cik zira yg dah lama dah dia bagi
jubah yang atok bagi cantik, tp labuh sangat, pakai sekali jek sbb tak cukup tinggi nak pakai,,
tp mmg cantik,,


teruja bila pakai jubah
macam tetibe jadi gadis dalam ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih,,
boleh plak kan
org perasan mmg selalu cenggini, sabo je korang ye,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 disember 2009 11.55 p.m.

Sunday, December 27, 2009

Laksa Johor


semalam, bik ani masakkan cik zira ngan chenta hati 2 Laksa Johor
yela, ktrg kan da nak balik menuntut ilmu
jadi, dia masakkanlah laksa johor yang sangat sedap itu untuk ktrg makan sebelum meninggalkan JB tercinta itu


seronok sangat sbb dah lama tak makan laksa johor, lagi2 yang bik ani masakkan
bila dapat makan, nikmat jek rasanya,,
cukup lemak sume,,
mmg makan sampai licin pinggan tu dibuatnya


sape yang suka laksa johor, tahulah bagaimana rasanya
tp kena yang sedap, mmgla sedap, kena yang tak sedap, tak nikmatlah nak makan


selain laksa johor, bik ani (makcik cik zira), dia masak sambal sotong yang jugak cik zira suka
pelamak, makin nak balik penang, makin sedap plak bik ani masak
mmg kejenye makan jela,,huhu


korang nak tahu tak laksa johor ni macam mana ghupenye?
mari kt tgk,,



laksa dia spageti tau, jangan men2,, macam makan pasta plak tp mmg laksa johor, laksanya guna spageti ye, kalo guna benda alah len, bukan laksa johorlah jawabnye
kuah dia kuah ikan yang berlemak, ntah segala rempah sume ade, sangat sedap ok
lain dari laksa lain yg selalunya masam2
ini kuah berlemak dan pedas2
makan kena dengan sambal belacan, barulah kick rasanya,,
bahan2 lain untuk ditabur atas laksa ini seperti bunga kantan, timun, tauge, daun pasri ke daun ape ntah, sudah lupa, dan limau,, bahan2 tu sume slain limau, dihiris halus2,,
lepas tuh tuangkan kuahnye
pelamak, sangat sedap la nak bg tahu ni,,


cik zira kalo makan, cik zira akan gaul sume bagi sebati, lepas tuh makan dengan penuh nikmat,,
dan laksa johor bik ani adalah yang terbaik!
selain arwah maknye laksa johor pon sedap sangat, abah sangat suka laksa johor mak wat
tp anak dia ni, adei, sampai ke sudah tak blajo2 lagi cane nak wat laksa johor,,hampeh!


nanti, sampai seru, akan kubelajar buat bukan sekadar laksa johor, rendang, nasi minyak, nasi tomato, segala2 macam lagilah,
yela, sape lagi nak mewarisi, kalo bukan cucu pompuan sulong kesayangan ni,,hee


peh, teringat sampai skang tau laksa johor semalam,,
takpe, t balik jb lagi, mana tahu bik ani nak masak lagi kan laksa johor, lehla cik zira tlg,,
tlg makan,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 disember 2009 11.35 p.m.

berada di maktab


assalamualaikum buat semua
maaf ye, baru dapat online


da selamat sampai penang, da selamat sampai maktab, da selamat kemas bilik


nak online tak boleh, celcom broadband buat hal, padahal da bayo, pergi celcom kat tesco tadi tanya, dia kata tak bayo, da kena block da,,
penipu la celcom ni, cek dekat intenet, da bayo da, balance tinggal bulan 12 jek
tp kena block, celcom jahat,,


ni pon pinjam maxis broadband imah, seb bek dia tak guna, cik zira rembat sbb nak update blog ni,,rindu kena tinggal sehari ni,,
korang pon tanak bace tak update kan,,huhu,,


lepas ni, cik zira akan update macam biasa k,,
esok ade kelas dari kul 8 sampai 4 ptg,,


pegi tesco tadi, banyak sangat makanan cik zira beli,,sangat suka,,


bedak kompak secret cik zira tak pakai lagi, baru lagi dalam kotak sudah hilang
puas cari,, geram sungguh,,
tak jumpa, dahla bedak skang da nak habis da,,adoi,,
tak ingat letak mana,,
harap2 dapat jumpa,,


uisyh, bebel plak cik zira dalam entry ni,,
sory ye korang,,
till next entry,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 disember 2009 9.25 p.m.

Saturday, December 26, 2009

pulang ke penang


cuti sudah berakhir,,sebulan lebih da bercuti, masa untuk belajar semula


malam ini kul 10 malam, cik zira nek bas menuju ke penang
esok pagi sampailah di penang
daftar di maktab
isnin ade kelas,,


korang, doakan cik zira selamat sampai k,,


SELAMAT TINGGAL JB tercinta
akan kupulang kembali,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2009 4.40 p.m.

Duit mErah



tgk gamba empunya belog,,
beliau mmg suka MERAH
beliau juga sukakan duit (siapalah yg tidak suka duit bukan?)
tp kesukaan beliau adalah duit berwarna MERAH itu
kenapa?
sebab beliau sangat suka bau duit yang baru keluar dari mesin
terutama sekali duit berwarna merah bernilai RM10 itu, kerana kata beliau bau duit merah itu adalah sangat sedap
bukan hanya sbb duit itu berwarna merah tetapi bau duit itu jugak menawan hati dan deria bau beliau
beliau kata, kalo ade perfume bau duit, beliau mahu beli,,ngee




~sekian~



k,adios!!!,,, by :ierarahman ahad 26 disember 2009 3.45 p.m.

Wahai DonuT


ini dia, donut dari KL ke JB,,



ari tuh, chenta hati 2 balik uma atok ni, dia bawa balik sekotak donut tau,,
korang tahu tak donut ape?
big apple? bukan.
dunkin donut? bukan.
JCo donut? pon bukan.

ini plak kotaknye,,


donut yang chenta hati 2 bawa ialah krispy kreme
12 biji sumenye dan sumenye menarik hati
dan oleh kerana teruja nak makan sume, cik zira hanyak merasa sedikit untuk setiap satu perisa
dan cik zira makan sebijik yang coklat ade kacang tuh
cik zira kan suka yang coklat2 ni, yang ade kacang2 tuh lagila suka wei,,hee


nampak tak perbezaan antara gamba atas dan bawah?
yang gamba bawah, cik zira da rasa sume,,nampak tak??hee




dah lama kan tak makan donut, tu yg bila tgk sekotak donut ni cantik2 plaknye, wah rasa nak telan sume tp kena kawal nafsu makan yang membuak2 ni,,hee
chenta hati 2 ni mmg, kalo balik mesti dia akan bawakan pape sebagai buah tangan
dahla banyak sangat, sape jek yang makan
las2, cik zira bawa gi uma makcik kat majidee tuh, bg kat anak dia suh habiskan
rezeki dia la,,


dan bila ditanya antara Dunkin, Big Apple, Jco dan Krispy Kreme ni, mana 1 pilihan cik zira,,
em,, cik zira hidup dengan dunkin donuts pada mulanya sbb kat JB ni dunkin merata2
tp bila kat UUM, da start suka ngan Big Apple
kat penang baru try JCo dan ni plak 1st time try Krispy Kreme,,
dan cik zira suka lagi dengan donut2 Big Apple kot,,besh,,
kalo korang? korang suka donut mana?





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2009 11.00 a.m.

Friday, December 25, 2009

gembira bersama dorang


malam ni adalah malam terakhir cik zira tido kat uma atok,,
sedih tau
setelah sekian lama bercuti semester ni, cuti rupanya da nak habis dan esok malam cik zira nek bas menuju ke penang menyambung semula untuk semester terakhir, semester ke-12


sebab itulah, hari ni cik zira happy sangat2 sbb cik zira da jumpa sume org cik zira nak jumpa sebelum balik,,
yela, nanti da sambung blaja balik, mmg susah nak balik jb da
entah2 tak balik sampai bulan 6
lagi plak praktikal kan, takpe, lepas habis 1 paper exam nanti, cik zira akan cuti dan balik JB lagi,,
mahu habiskan sem akhir ni dengan jayanya, insya Allah,,


dan hari ni jugak, cik zira happy, sbb dapat luangkan masa dengan chenta2 hati,,
happy sangat2
yela, ktrg mmg ssh nak kumpul 3 org, jadi bila da 3-3 ade, sangat happy jek rasa jiwa raga cik zira ni, chenta2 hati kan adalah nyawa cik zira
bila bersama dorang, hati rasa senang sangat


tp segala2nya akan berakhir esok sbb esok da nak balik,,
tadi blanje dorang McD,,
dan korang nak tahu, hehe,, hari ni cik zira makan banyak,,hehe
seronok,,
mmglah seronok, tp balik penang beringat semula ye cik zira,, pesan pada diri kamo sendiri


huh,,
maka tiadalah lagi beronline streamyx, kembali kepada celcom broadband yg lembap itu sebaik sampai di maktab,,adoyai,,


malam ni nak kena nikmati tido dengan seenaknya
sbb malam ni malam terakhir cik zira tdo uma atok sebelum balik penang,,


esok pagi kena packing barang nak balik penang,,
okeh sume,, selamat berhujung minggu,,





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 disember 2009 10.00 p.m.

AVATAR : Wajib Tonton!!



malam tadi, cik zira dan chenta hati 2 pegi tgk wayang, chenta hati 1 tak ikut sbb dia keje
ktrg pon kuar umah kul 8, dan jalan agak busy dengan kenderaan yang sangat banyak,,
sampai di juco tebrau dalam kul 8.30 cenggitu
terus gi cinema kat atas tuh, terus beratur


ktrg tgk cite Avatar,,
peh, sangat ramai org nak tgk cite ni
yela, cite yang dinanti2 ramai kan


cik zira pon teringinlah nak tgk cite ni, chenta hati 2 pon mmg nak tgk,,
maka masuklah ktrg ke pewagam tuh sbb cite avatar adalah bermula pada kul 9 malam
dapat seat pon oklah padahal masa tuh kat screen tulis avatar utk kul 9 da FEW da,,
seb bek sempat


cite dia lama, dalam 2 jam lebih tp sangat tidak boring langsung
setiap saat adalah sangat best dan menarik dan mmg tak sempat nak rasa boring
cite dia sangat besh dan korang memang wajib tgk sbb kalo tak tgk mmg rugi la cik zira cakap
berbaloi sangat2 beli tiket untuk tgk cite Avatar ni,,


mmg tak boleh diungkapkan dengan kata2la sbb sape yg suka cite ni dan da penah tgk cite ni, korang mesti setuju dengan cik zira yg cite ni bes,,
sangat bes,,
sume bes dan yg paling bes time dorang berperang tuh, peh, sangat teruja tgk,,


cik zira boleh simpulkan yang cite Avatar ni adalah cite penutup tahun 2009 yang patut korang pergi tgk sbb dia mmg terbaik la,,
boleh bagi 5 bintang tau
pengarah dia pengarah cite Titanic, kalo korang tgk cite titanic tuh hebat, sama hebat malah lebih hebat la cite Avatar ni,,


korang pegi tgk k cuti2 ni, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem hebat ini,,
mmg syok dan teruja tgk,,
tgk tau, cik zira malas nak cakap banyak,,hehe


lepas tuh, da habis cite tuh, nak baliklah sambil 2-2 teruja bercerita pasal cite Avatar yang baru sudah ditonton,,
cik zira bawa keta, pastu adalah kat satu jalan tuh, alamak ai, lubang adalah sangat besar dan dalam tak hengat dunia la, cik zira tak sempat nak brek mahupon mengelak,
kedebom, keta kena hentam bahagian tayar dan paling kuat pada tayar belah kiri, kuat sangat bunyinya,,
terus keta jadi senget sebelah
dah gelabah da, bentikan keta kat tepi jalan,,
kuar tgk dengan chenta hati 2,,
mmg sah, senget sebelah,,sbb mmg sangat kuat tadi kena hentam


lubang tuh pon satu, bagilah signal ke nak ade lobang, dahla beso yang amat,,
malam mana la cik zira nampak
lepas tuh kalo brek mengejut pon, kang kena langgo ngan keta belakang
alamatnya, rempuh jela dan itulah yang dapat


risau tau
teus kol chenta hati 1 sbb dia mmg sayang n jaga keta bik moi tuh dah macam keta dia sendiri
sbb tuh kalo ade pape kat keta tuh, mmg cik zira akan terus kol dia
bg tahu dia
dia kata pagi dia balik keje nanti dia tgk


chenta hati 2 pon duduk belakang nak seimbangkan keta
bawalah cik zira keta itu perlahan2 menuju ke umah
tak penah bawa keta selaju 60 km/j tuh,,lemah longlai jek rasa
tp besh sbb macam tengah makan angin di malam hari bawa macam tuh,,hehe


harap2 kang chenta hati 1 balik dia tgk, keta tuh takla rosak sangat
tp mmg diakui teruk semalam masa masuk lobang durjana tuh,,
apela jalan cenggitu, repair la cepat2, kang lebih banyak keta pemandu yg tak perasan macam cik zira ni, ketanya akan masuk sama ke dalam lubang itu,,


entry 2 dalam 1, cite pasal Avatar yang sangat besh
dan cite pasal keta masuk lubang,,
teruja tgk cite Avatar sehinggakan kereta masuk lubang kerana kes tak perasan lubang dari jauh,,
adohai,,



**chenta hati 1 sudah balik, nak suh dia tgk keta,,huhu,,takut,,



~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 disember 2009 7.45 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails