SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 18, 2010

3 perbezaan, mana 1 nak percaya??



masih kisah semalam
cik zira kan pantang nampak timbang berat yang 20 sen tuh
pergi giant, bawa 20 sen tuh 2 keping sebab tahu situ ada 2 timbang sebelah-sebelah tapi len-len jenis, pergi giant wajib timbang 2-2 sekali



last timbang seminggu lebih lepas masa kat Penang
berat time tuh, kira berat terakhir adalah 52.6 kg tak silap
bangga tau dengan diri tak pernah dapat berat macam tuh,,hee




pastu, gi timbang semalam dah cuak sangat dah sebab rasa bulan puasa ni makan banyak sangatlah, buka puasa makan banyak, lepas terawih pun makan lagi, nak tido pun makan lagi, bangun sahur pun makan lagi, ngalahkan tak puasa plak,, huhu




jadi, masukkan duit utk timbang pertama, berdiri dan tutup mata sekejap
tgk timbang 54.2 kg, ha, dah menjerit kecil dah kat diri sendiri
dah kata dah makan banyak





okeh, takpe, pergi timbang sebelah plak, masuk duit, berdiri dan tgk kat nombor tuh, timbang kedua tuh ada orang cakap-cakap, timbang ni memang dah banyak dah merata kat mana-mana pun
nombor gerak-gerak kat skrin nak cari berat yang betul, cik zira berdiri tak gerak-gerak, pastu nombor berhenti
dia tunjuk 52.6 kg




ha, dah keliru dah ni
timbang kedua tuh memang timbang yang cik zira selalu timbang baik kat penang baik kat JB dan baik di mana sahaja negeri cik zira ternampak timbang itu (nampak sangat kemaruk timbang,,kekeke)
confuse nya tuh mengalahkan PM ada masalah besar negara sahaja




tak tahu nak percaya yang mana 1
54.2 ke 52.6??
tak boleh jadi, kena cari timbang ketiga untuk mengesahkan kejadian




takpe, sabar





lepas balik giant, balik servis kereta, pergi danga bay, saja nak jalan-jalan
mesti ada orang tanya cik zira jalan sesorang je ke? hehe,, haah, cik zira memang kalau balik JB, suka jalan sendiri, kalau tak temankan bik ani atau tak kuar dengan BFF, cik zira memang suka jalan sorang-sorang,, =)




danga bay takde apa
jalan-jalan nampak timbang yang sama dengan timbang kedua tuh, dah kata dah mana-mana pun ada timbang tuh kan kan




pastu teringat ada timbang jenis lama-lama yang wane kuning tuh yang jenis jarum
cari lah timbang tuh, jalan sampai ke hujung
jumpa!




pastu teringat dah takde duit 20 sen sekeping dah
hampa
takpe, pergi tuka kat Roti Boy tuh, seb bek akak tuh bagi, kalau tahu tuka 40 sen terus, leh timbang 4 kali,,ngee




jalan balik gi timbang kuning jarum tuh
nak dapatkan kepastian, harus mencari supaya tidak keliru lagi
perlu ada bukti kukuh,, =)




naik atas timbang tuh, baca bismillah dulu
masuk duit 20 sen
jarum bergerak, dia berhenti dekat.............................



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






50.5 kg






aduhai
lagilah bertambah-tambah confuse
mana satu betul ni




1. 54.2 kg
(naik)

2. 52.6 kg
(sama dengan berat terakhir)

3. 50.5 kg
(turun)






dah ada 3 kes sekarang ini
nak percaya mana satu pun tak tahu
consider yang kes kedua jelah kan
takkan lah leh sampai 50.5kg tuh, tak pernah lagi tau
dulu zaman kurus lehlah percaya, sejak pernah gemuk sampai 67kg, memang tak pernahlah kan sampai angka 50kg, tu yang susah nak percaya




timbang-timbang
mana 1 ntah yang betul
kan dah buat cik zira confuse dah semalam,, huhu




pastu berangan kalau ada 3 jenis timbang tuh kat rumah kan best
tak payah masuk 20 sen dah, timbang jek suka hati 24 jam cik zira nak timbang
kan best kan
indah jek dunia rasa
ini tak, pantang betul nampak timbang, bila nampak tuh terujanya lain macam betul
macam nampak apa jek,,
orang len nampak timbang 20 sen tuh buat bodo jek, cik zira nak buat bodo tak boleh lah, mesti nak jeling-jeling jugak, mesti nak kena usaha ada 20 sen jugak, timbang tuh kan berhantu lah, dia memanggil cik zira,, sebab tuh kena timbang jugak bila setiap kali nampak,,
dah banyak dah cik zira melabur 20 sen kat timbang, kalau menabung dah kaya dah,, ;)





54.2 , 52.6 , 50.5
ada 3 tau, seb bek tak timbang kali keempat, buatnya pun lain, lagilah pening kepala
cukuplah 3 tuh
pastu sampai sudah tak tahu berat sebenar berapa, kang ada pergi klinik mana-mana tumpang timbang sekejap kang ^_________*





terima kasih baca entry malam ni ye
selamat berpuasa, jom bangun sahur tau jap lagi






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 18 ogos 2010 8.31 a.m.

2 comments:

Whoopz said...

Utk motivasi diri, baik ambik yg plg berat.. 54! Heheh..

hazirah abdul rahman said...

baiklah!!,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails