SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 12, 2010

buka puasa 1 ramadhan



salam ramadhan untuk semuanya
macam mana berpuasa semalam? mesti makan sedap kan kan



cik zira makan pon sedap jugak
ada makanan masak sendiri, dan ada makanan beli di bazar




makanan yang umah punya ini dia, tadaa~~


minuman : oren sunquick dan air teh o
makanan : sayur kailan, kacang botol, ikan goreng dan telur dadar
kuih : keria dan roti john




bik ani ngan chenta hati 1 pergi bazar dan hasilnya ialah, tadaa jugak~~


minuman : air kathira abu bakar
kuih muih : puding roti, wajik, kuih lopes
makanan : lauk asam, ayam masak merah, ayam beriyani, nasi beriyani, nasi lemak ayam goreng




sungguh indah berbuka puasa hari pertama dengan atok, bik ani, bik moi, chenta hati 1 dan anep
makan sama-sama atas meja sebab selalu cik zira buka puasa sorang-sorang jek dekat meja masa puasa sunat
semalam dapat buka puasa ramai-ramai
nanti nak dekat raya, lagilah ramai, wah, tak sabar lah
bila orang makin ramai, makanan makin banyak, itu yang best
tp bukan bermakna makan secara tamak, tetap ingatkan diri makan secara berhemah
makan sikit-sikit tapi dapat rasa semuanya




semalam cik zira makan nasi lemak ayam goreng tuh sebungkus dengan sayur kailan atok masak, sedap dan sedap
minum air kathira dan sunquick tidak lupa air masak
balik terawih (yang sangat bes sebab buat 8 jek kul 9.20 dah habis, sapa yang buat penuh 20 kul 10 dah habis, sungguh seronok berterawih di surau ini, tak pernah terawih seringkas ini)
makan kuih wajik yang tak sedap dan puding roti sedikit dan minum air masak selarat yang boleh




tidur kul 1 terjaga kul 3 lebih, sahur minum air teh dengan air masak
makan bihun sup dengan ikan goreng
yay, bukan senang tau nak bangun sahur begitu, selalu pon kalau terjaga, (kalau terjagalah), mesti buka mata minum air masak seteguk, itu kebiasaan, tp pagi tadi berjaya bangun sahur dan makan minum, wah, sungguh hebat kamu wahai cik zira, tahniah tahniah
cuba lagi esok hari, pasti boleh




dan berehat setelah makan, tido balik pukul 4.30 dan bangun semula untuk subuh pukul 6.05
subuh dan ngaji, tolong bik ani dan atok buat kuih keria
ha, kuih keria zaman berzaman atok ngan bik ani ni yang orang spore suka sangat ni, cik zira akan buat entry ye, harus perkenalkan kuih keria buatan atok dan bik ani
sekarang kul 8.43 pagi baru leh menghadap laptop dan menghupdate belog kesayangan hati




hari ni buka puasa, bik ani nak masak
best-best sebab suka lagi masakan rumah dari makanan beli kat luar
chenta hati 1 pon semalam sampai cakap, bazar tiap-tiap tahun sama jek makanan nya sampai dia tak tahu nak beli apa, last-last dia beli jek nasi lemak utk ktrg
seb bek ada rasa




pastu cik zira pon bg tahulah dia, makanan, memanglah sama tiap-tiap tahun
kalau pakaian tuh, ada lah juga lainnya, betul tak?
dan kalau makanan yang sedap, orang pasti akan cari tiap-tiap tahun
sebab itulah orang berniaga makanan ni, berniaga lah betul-betul, niat ikhlas, jangan pakai buat jek sedap tak sedap belakang kira janji dapat untung, takmo macam tuh k, orang nak makan untuk berbuka, buatlah sedap-sedap ye, barulah orang akan datang beli lagi dan lagi,,




wah wah, si merah sudah berceloteh nampaknya
kena hentikan penulisan kalau tidak bakal panjang dan tidak terlarat untuk dibaca oleh kalian dan diri penulis sendiri,,




cukup untuk ini, esok update makan berbuka hari ni plak,,
cik zira kan memang suka buat entry pasal makanan, kalau boleh, sehari jek mesti kena ada 1 entry pasal makanan, (tak payah kalau boleh lah cik zira oi, memang boleh punya,,ngee~~)




em, okeh, nak titik di sini dulu
dah ada idea ni untuk entry seterusnya, cepat-cepat kena klik kat new post,, ^__________*




T.I.T.I.K.






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 ogos 2010 8.51 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails