SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 18, 2010

buka puasa 7 ramadhan



selamat pagi semuanya
salam berpuasa, hari ni da hari ke 8 umat Islam semua berpuasa
dan cik zira pasti, setiap hari semua menikmati hidangan berpuasa yang enak yang agak lain dari hidangan jika tidak berpuasa kan
yelah, masa puasalah mengidam nak makan macam-macam tuh menjadi-jadi
tapi pastikan makan berpada, tidaklah tamak dikatakan nanti kan




semalam, 7 ramadhan, cik zira pergi bazar ramadhan kat giant taman suria tuh dengan bik ani
bik ani masak 4 jenis lauk cuma takde kuih, jadi pergilah mencari kuih kat bazar tuh




bazar situ memang banyak sangat kedai, memang puas hatilah kalau pergi, cakap jek nak apa, semuanya ada, tak perlulah cik zira sebutkan
sape duk JB, mesti tahu bazar giant taman suria ni,, =)




beli kuih ngan air jek boleh habis sampai RM 12
dan bila berbuka sangat hampalah
sebab apa, tak sedap
kuih sume tak sedap, jenis macam jual nak untung jek
mungkin salah beli, tempat sedap tak tahu yang mana 1 kan, tp kalau ye pon, berniaga lah elok-elok, ini tak, kuih macam dah nak basi, air tawar
yelah, kt nak berbuka makan sedap, ini bila makan jadi sedih plak sebab alamak hai, orang ni nak jual ke nak ape
kalau sapa pernah berhadapan dengan situasi ni mesti faham
harap-harap yang berniaga di bazar ramadhan ni janganlah fikir nak untung je ye
buatlah makanan minuman yang betul-betul, orang kata sedap, orang mesti datang lagi, jangan risau,,




ha, kan dah pepagi dah membebel ni
sudah hazirah sudah
teruskan dengan agenda utama




baiklah semuanya, di bawah ini seperti biasa, cik zira mahu tunjukkan menu berbuka puasa di hari ketujuh semalam


ini lauk bik ani masak, 4 jenis semuanya

sayur kailan

ikan goreng sambal berlada

ikan tongkol masak kuah nasi dagang tuh,, =)

yang ini sedap, campuran tempe, ikan bilis, kentang
yang dipotong kecik-kecik dan digoreng ala-ala kicap sket,
tapi goreng kering, sedap,, =)



karipap yang sumenye tak sedap,, huhu,, hampa betul

kuih talam pon tak sedap, roti bom tak makan pun,
kuih akok atok yang makan,,
sume dibeli kat bazar






minuman air soya, teh O, air kelapa dan cikong panas, teh O jek buat sendiri, yang lain sume beli kat bazar,,




lenkali kalau teringin nak makan kuih, cik zira beli kat pak saidin jelah, dalam kampung ni jek
kuih dia memang sumenye sedap, harga pun murah dari kat bazar, memang dalam kampung stulang baru ni, ramai beli kat pak saidin, nasi lemak dia pon sedap, sumelah sedap
cik zira memang 'ketagih' dengan karipap sardin pak saidin, alamak ai, makan 10 biji pon cik zira boleh, memang sedap
sekarang bulan puasa, dia bukalah petang2, kalau tak puasa, subuh2 tuh dah ada jual
budak2 sekolah selalu beli kat pak saidin bawa bekal gi skolah
tengoklah petang kang kalau nak balas dendam beli kat bazar semalam karipap sardin tak sedap, petang kang cik zira jalan gi beli kat pak saidin, lagi berbaloi sebab tahu memang sedap
macam ni lah kalau nak berniaga,, =)




uisyh, entry makanan jadi entry pembebelan daku plak
takmo dah membebel, cukup dah,, ;)





selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawih ye anda semua ^__________^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 18 ogos 2010 7.39 a.m.

2 comments:

eD's photography said...

wow..sedapnye akak..hehe..datang la sini..kita berbuka sama2 :)

hazirah abdul rahman said...

alala,
nak berbuka dengan eD,,
eD kat mana ea skang?

mehlah turun JB,leh bergambar kat sini plak,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails