SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, August 13, 2010

Kuih Keria Kebanggaan - the intro



hi semuanya, buka puasa apa ye tadi?
cik zira buka puasa macam biasalah, juadah sume sedap, tunggu entry besok pagi ye pasal juadah berbuka puasa 3 ramadhan pulak




untuk entry malam ini, cik zira nak cerita atau nak memperkenalkan tentang kuih keria kebanggaan cik zira hasil air tangan bik ani dan atok tersayang
kuih ni dari dulu sampailah sekarang masih berniaga dan bik ani ngan atoklah buat berdua




untuk bulan puasa ni, cik zira tolong, order dalam 400 keping macam tuh
daripada tak buat apa, baik cik zira tolong, tolong buat lubang dekat kuih tuh dengan tolong packing




kuih ni orang spore amek jual kat sana
kira dorang untunglah, amek guna RM jual guna spore dollar, sebab tuh dorang suka amek kuih dari jb ni, tak kisahlah masuk jb pon tp untung di situ,, =)




dah 3 hari dah buat kuih utk bulan puasa ni
hari pertama tuh bik ani buat awal sangat, lepas sahur dah terus buat
hari semalam buat lepas subuh, tp orang yang amek nya tengah hari baru sampai
dan hari ni start nak dekat kul 8 macam tuh, oklah sket
kuih keria ni memang tahan sampai malam dan istimewanya kuih keria atok ngan bik ani ni sebab gula yang disira tuh susah nak cair, dia memang tahan lama




entry pasal kuih keria kebanggaan ni akan cik zira ceritakan dengan lebih lanjut untuk entry petang besok, sapa nak tahu, nantikan ye
apalah yang istimewa sangat kuih keria atok ngan bik ani ni kan, ha, dalam entry tuh cik zira ceritakan, entry ni nak memperkenalkan sahaja kuih keria sedap ini




oh, terlupa plak, nak buat 400 biji kuih keria ni mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah sampai siap packing masuk dalam kotak, cik zira tolong cepatlah sket kalau tak bik ani ngan atok buat 2 orang je selalu daripada dulu kadang-kadang je sapa-sapa balik akan tolong
lagipon atok ngan bik ani dah biasa buat berdua, dah dapat rentak, kalau ada yang tolong, dah jadi lambat plak nanti,, ngee




macam hari ni kan, start buat nak dekat kul 8, siap sume kul 9.10 macam tuh
kejap jek, tp doh nya kena siapkan awal lah, senang tinggal gelek dan terap, lubangkan, goreng dan sira gula,, =)




susah tau nak dapat kuih keria sedap dan tahan lama sampai ke malam macam ni
cik zira kalau makan mesti nak makan yang panas-panas sebab masa panas dia garing tau dengan gula dia tuh, peh, memang sedap sedap sedap sangat,, ^__________*





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 13 ogos 2010 9.55 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails