SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 14, 2010

Kuih Keria Kebanggaan




wah, tajuk 3K gituh
seringkali cik zira uar-uarkan yang bik ani dan atok berniaga kuih
sejak dulu lagilah bik ani dan atok buat kuih dan alhamdulillah, dapat menyara semuanya sehingga berjaya




banyak kuih yang dibuat tapi yang paling femes yang memang dari dulu orang spore amek ialah kuih keria, sape tak tahu kuih keria tuh, dia macam donut tp keledek dan kecik sket dari donut




apa yang istimewanya kuih keria bik ani dan atok ni, gula dia disira dengan gula yang cair
bukan pakai celup jek dengan gula sebab bila pakai celup, gula dia akan jatuh, tak melekat sangat, tp kuih keria ni memang melekat dengan gula dan tahan lama tau
susah sketlah gula tuh nak cair




sampai sekarang, memang bik ani dan atok masih buat kuih keria ni
sedap, cik zira kadang-kadang bangun tuh nak makan yang panas-panas sebab kuih keria tuh digoreng garing dan disira gula, memang sedap dimakan panas




sebab tuhlah cik zira kata kuih keria kebanggaan sebab mana-mana cik zira pergi setakat ni, cik zira tak pernah lagi jumpa kuih keria yang macam bik ani ngan atok buat
bukan nak membangga-bangga tapi cik zira yang memang suka makan dan tahu mana sedap dan mana tak, memang tahu kuih keria bik ani ngan atok adalah istimewa, resipi turun temurun




okeh, cik zira tunjuk ea proses buat kuih keria ni secara banyaklah, kalau korang nak buat pun boleh jugak, senang jek, tapi cik zira tak pernah buat sendiri pon,,hehe
tolong-tolong jek




bahan-bahan untuk buat kuih keria ialah:

  • keledek yang direbus dan ditumbuk hancur
  • tepung untuk menguli keledek jadikan doh nya
  • gula untuk disira
  • minyak utk menggoreng


jom tengok langkah-langkah pula,

ini dia ulian campuran tepung dan keledek, jadi seperti itu,
ini untuk membuat kuih keria lebih kurang 400 biji



lepas tuh, ulian tuh digelek dan diterap menjadi bulat-bulat
dan kena lubangkan di tengah itu


kuih keria sebelum digoreng


digoreng dalam minyak panas

kuali yang diguna untuk menyira gula

kuih keria yang diangkat dari minyak panas disira dalam kuali gula

keria yang sudah siap masih panas lagi dan rangup,, sedap tau




macam tuhlah prosesnya
dulu-dulu masa bik ani ngan atok masih kuat, sampai beratus-ratus jugaklah order
tapi sekarang sket jek, dalam 2-3 ratus sahaja
untuk puasa ni, order 4 ratus biji kuih keria
lepas subuh tuh dah start buat dah,, cik zira tolong lubangkan dengan tolong packing




agaknya kalau cik zira buat sendiri, jadi tak sesedap ini?
tapi cik zira memang respek bik ani ngan atok sebab sume kuih dorang tahu buat
kadang-kadang orang kampung ni pon order kuih untuk tahlil ke jamuan ke
rezeki bik ani sebab bik ani masak memang sedap, air tangan dia agaknya kan
ktrg lah untung makan bik ani masak selalu,, alhamdulillah,,




korang tgk gamba pon korang dapat beza dengan kuih keria yang korang selalu jumpa kan?
jaranglah nak dapat keria macam ni
selalu keria tuh gula dia macam donut je kan, yang ini gula dia jenis melekat dekat kuih terus
bila makan rasa sedap jek,, percayalah, cik zira memang suka sangat kuih keria bik ani ngan atok buat,, cik zira tak kan dapat kuih keria sesedap ni, sebab tuh cik zira kena sambung buat kuih keria ni, sape lagi kan, dahlah cucu perempuan sulong, kena tahulah nak buat
insya Allah, nanti cik zira akan cuba buat sendiri sebab kena mewarisi kuih keria ni
cik zira ni jenis tak suka buat kuih-kuih sangat, kalau masak lauk-lauk tuh ok lagi, tp takpe, insya Allah, akan buat jugak nanti,, nak bagi jadi sama macam bik ani ngan atok buat,, =)




dah lama sebenarnya nak perkenalkan kuih keria istimewa atok ngan bik ani
baru sekarang dapat wat entry pasal kuih keria ni
sapa yang dah pernah makan kuih keria atok ngan bik ani, tahulah rasanya macam mana
gerenti puas hati,, percayalah!




ada sape-sape nak order tak? yang dekat JB bolehlah, jauh-jauh tak boleh,,hee
^__________*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 ogos 2010 2.24 p.m.

1 comment:

bunga-bunga cinta said...

salam ramadhan cikgu zira.. akak dtg nak amik resepi kuih keria.. kat sini teringin pula nak mkn.. tu yg cari n nak try kuih keria ni...tq!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails