SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 7, 2010

3 hari 3 negeri



assalamualaikum semuanya
rindu sangat nak update blog secara live sebab seminggu yang lepas, cik zira update blog siap-siap dan di auto-published sahaja
dan pagi ini, adalah lega sebab dah boleh update blog dan terus publish
macam entry pagi ini


gambar paling terbaru cik zira ( dah paling ter- plak lagi, aduhai)



sebelum tuh, masih nak ucapkan salam ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat
lagi bape hari nak raya? kejap jew lagi kan, x sabar rasanya
esok ke cik zira nak iron baju raya siap-siap, baju raya chenta-chenta hati pun nak iron terus gantung
kang ramai-ramai balik memang tak sempatlah kan nak iron baju






okeh
minggu lepas berlalu dengan 1001 pahit manis
tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar





isnin, 30 ogos 2010 - tokyam masuk hospital sultan ismail
bermula isnin sehinggalah jumaat, cik zira menjaga tokyam di hospital
jumaat, 3 september 2010 - tokyam boleh balik umah, dah boleh keluar hospital, alhamdulillah






dan bermula hari jumaat, 3 september itu, cik zira memulakan perjalanan





JUMAAT, 3 SEPTEMBER

  • naik bas yang sangat lambat ke Penang, makan macaroni bik ani, bawa bekal untuk sahur dalam bas dengan sotong goreng tepung





SABTU, 4 SEPTEMBER (PENANG)

  • sampai Penang lambat, kul 8.15 cenggitu, khalis jemput
  • sampai umah mami, borak-borak dengan kak emy (anak mami) dan mami
  • lepas zohor - keluar jalan dengan khalis dan berbuka puasa
  • malam balik uma mami, tengok cerita hantu hindustan dengan kak emy dan keluarga
  • tido awal kul 11 lebih





AHAD, 5 SEPTEMBER (SIMPANG PULAI, PERAK)

  • pagi - buka intenet, jenguk blog dan cek email
  • borak dengan kak emy
  • borak dengan mami
  • bersiap
  • kul 11 lebih gerak ke simpang pulai, umah abah
  • khalis jumpa abah dan auntie zie
  • borak-borak
  • lepas tuh ke giant dengan chenta hati 2 beli barang
  • abah balik klang nek bas kul 5 lebih
  • buka puasa berlima
  • malam hati ke hati dengan auntie zie - belajar kesilapan sendiri





ISNIN,  6 SEPTEMBER (KL)

  • nek bas dari simpang pulai ke KL jam 7.30 pagi
  • sampai kul 10 lebih
  • ke Mines sebab chenta hati 2 nak cari kasut tapi tak beli pun,, penat, huhu
  • kemudian ke Jalan Masjid India membeli kek coklat RM10 yang sangat sedap itu, beli 5 biji terus untuk dibawa balik kasi kat atok, atok mesti suka,, =)
  • lepas tuh ke Jalan TAR, cik zira cari tudung untuk koleksi sendiri, beli selendang cotton tuh, selendang jaring dengan 1 selendang baru, ni sume stok untuk diri sendiri, bisnes nanti dulu ye, stop dulu
  • hujan turun lebat, habis kebasahan, masuk dalam SOGO jap
  • lepas tuh terus ke Bukit Jalil semula, solat
  • beli tiket, tapau nasi untuk berbuka dalam bas, amek beg kat simpanan beg
  • bas ke JB kul 5.30 petang
  • buka puasa dengan sangat lapa sebab penat berjalan dan sejuk dalam bas, makan sampai habis nasi bungkus tu
  • sampai Larkin kul 10 lebih, solat di Masjid Larkin
  • sampai umah atok setelkan pape yang patut





dan sekarang sedang mengupdate blog kesayangan ni
penat memang penat sebab baru habis jaga tokyam kat hospital dah terus berjalan nun jauh ke utara tu
dapat jumpa abah dan berbuka puasa kat umah abah dengan chenta hati 2
dan terima kasih abah untuk semuanya, juga terima kasih auntie zie
cik zira akan buktikan, insya Allah





kepada chenta hati 2, thanx sangat bawa kakak merah ni ke KL
walaupun tak dapat shopping banyak, tapi cukuplah apa yang dibeli
thanx YAP!






*** balik umah abah, cik zira belajar banyak perkara:

  1. belajar kesilapan diri - kena betulkan mana-mana yang perlu untuk menjadi lebih baik, insya Allah perlu buat perlahan-lahan
  2. blog kesayangan ni perlu dicuci dan dimuhasabah juga sempena ramadhan mulia dan syawal yang menjelang ini - insya Allah selepas ini blog akan dipenuhi dengan entry yang santai sahaja untuk elakkan kontoversi, insya Allah
  3. rah sayang abah dan rah akan buat terbaik untuk abah
  4. berubah untuk berbaik semula tetapi apa yang cik zira dan chenta-chenta hati lalui, hanya kami bertiga yang rasai dan orang lain takkan pernah faham - syukur mendapat adik-adik yang sangat faham kakak merah ini sebab dorang melalui apa yang cik zira lalui dan dorang kenal sangat kakak merah ini




lepas ni, cik zira akan buat satu ENTRY KHAS untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan
mohon doa semua yang mengenali cik zira, abah, auntie zie dan keluarga cik zira supaya mendoakan cik zira memulakan perubahan ini demi kebaikan bersama dan cik zira berdoa semoga hari-hari kemudian ini lebih diberkati Allah untuk mendapat keampunan-Nya






perlu kuatkan hati untuk ENTRY KHAS itu
insya Allah








~sekian~










k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 7 september 2010, 9.18 a.m.

3 comments:

atty's said...

Selamat hari raya ..andai ada salah dan silap
sepanjang berblogging..nie kty minta ampun dan maaf..

ratna said...

cik zira.. kulit muka awak makin cantik..nampak sekata jer tone kaler kulit.. awak cantik..

hazirah abdul rahman said...

atty's ~~ kita pun sama k,,ada salah silap harap dimaafkan, selamat hari raya,, terima kasih sebab rajin jengah blog ney,,


ratna ~~ thanx sis,,dalam gamba jek kot kak,tapi alhamdulillah sebab takde banyak masalah sangat kulit muka ni,sket2 jek,,
thanx sis puji kt,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails