SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 20, 2010

berkebaya di hari raya



SALAM SYAWAL






hari ni cik zira puasa, kan hari isnin
alhamdulillah, dah selamat berbuka maghrib tadi





dan ada semangat untuk update blog untuk entry malam ni
insya Allah, blog akan kembali dengan entry 3 kali sehari, pagi-petang-malam






untuk entry malam ini, cik zira nak tunjuk 2 kebaya pendek arwah mak yang cik zira pakai masa beraya hari tuh, 1 warna kuning oren dan 1 lagi warna hijau






jom tengok dulu nak :

abaikan keserabaian ini

maaf, gamba kebaya dan kain tak bape jelas sangat, 
lupa nak amek gamba betul-betul masa ni





untuk pengetahuan semua, arwah mak cik zira banyak sangat koleksi baju cantik-cantik termasuklah kebaya pendek macam ni, memang banyak sangat
sumenye masih elok dan boleh dipakai oleh cik zira, anak sulong mak ni
cik zira akan jaga sume baju mak yang ada sampai ke cucu cicit nanti, insya Allah






baju kebaya ni kira dah lama tau umur dia, kalau mak pakai masa umur mak 20 tahun cenggitu, kira sekarang dah 30 tahun lah umur baju-baju mak yang cik zira simpan skang
tapi sumenye masih elok
nanti, cik zira pun nak jaga elok-elok baju cik zira supaya sampai ke cucu cicit masih leh pakai lagi





untuk kebaya hijau tuh, cik zira pakai dengan seluar palazo ea orang panggil, yang jenis besar macam kain tuh, dan untuk kebaya kuning oren cik zira pakai dengan kain labuh
simple dan selesa untuk bergerak





dan kalau berkebaya, mesti nak tengok tudungnya kan
untuk 2-2 kebaya ni cik zira padankan dengan shawl jojet bercorak dan anak tudung lycra


dengan kebaya hijau

dengan kebaya kuning oren





pakai kebaya macam ni senang tau
nak padankan dengan skirt labuh/palazo/kain bercorak/seluar jeans/seluar slack, pendek kata sume pun boleh, ikut kreativiti masing-masing
tudung pun macam-macam jenis tudung leh digayakan sebab kebaya ni warna plain, jadi mudah nak dipadankan dengan apa-apa corak dan warna sekali pun






dulu masa gemok, pakai jugak kebaya ni tapi bila dah kurus sket ni, nak pakai kebaya lagi rasa yakin sebab takdelah lemak di sana sini sangat, nampak slim lah sket,, hehe






rasanya kan, tahun ni lah yang paling banyak beraya sebab paling lama duk uma sebab masa belajar dulu-dulu, dah raya jek kena balik penang/kedah semula
sebab tuh tahun ni best sebab beraya dan masih tak posting lagi, memanglah raya puas-puas dan habis-habisan,, hee
sangat seronok ^___________^






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 20 september 2010 11.11 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails