SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 16, 2014

cepat sembuh anak


Harini 15/1/2014. Maksudnya lagi dua hari genap umur khalisah setahun jumaat ni. Cadangnya tokbik khalisah nak masakkan pulut kuning untu cucu kesayangan ni. Tapi mungkin tak jadi. Huhu


Khalisah sekarang kat spital. Kena tahan hari selasa. Mulanya dengan muntah kul 3 pagi isnin. Dia jarang sangat muntah. Tapi sebab pukul 3 tu muntah pastu muntah lagi. Pagi tu tak pergi sekolah untuk kelab dan persatuan sebab tak sampai hati tinggalkan khalisah.


Tapi pergi keje macam biasa tengok dia da ok sket. Balik keje isnin maghrib tu khalisah demam panas. Pastu muntah berak. Pas solat bawa gi klinik. Punyalah lama tunggu sejam lwbih. Masukkan ubat dekat bontot untuk tahan muntah. Ubat punyalah banyak. Sampai rumah kul 10 malam khalisah da ngantuk sangat tak sempat makan ubat.


Still.. muntah lagi. Demam panas sangat. Masukkan ubat bontot bagi nak hilang panas. Minumkan air. Sekali muntah dengan berak cair melambak.  Habis semua. Sian khalisah.


Terus bawa gi pakar puteri. Tapi sebab cuti maulud doc pakar takde katil kosong takde terus doc yang ada refer ke kempas ni. Ada paed, dr khu.


Tak pernah ke sini tapi seyes best sebab masih baru dan tak ramai. Tenang je rasa. Lenkali kalau kata khalisah tak sihat boleh terus ke sini bawa jumpa dr khu ni.


Khalisah doc kata kena jangkitan rota virus. Sebabnya demam panas muntah berak cair. Mskan minum je keluar balik. Jadi masuk wad yang diasingkan untuk kes macam ni ada empat budak kena termasuk khalisah. Duduk wad ni. Tapi sekarang ni tinggal khalisah je dalam wad ni. Sume da balik.. :(



Khalisah masih berak berak. Kesian sangat. Demam muntah da ok. Cuma tulah masih berak berak cair lepastu doc cakap perut dia bising lagi. Tu yang kena stay lagi sampai betul ok. Jadi dua hari ni cik zira amek crk untuk jaga anak tersayang.


Aktif tetap aktif. Main makan sume tetap. Ibu tahu khalisah kuat. Tapi ibu tetap risau. Ibu doa banyak banyak anak ibu cepat cepat baik boleh balik rumah main kat rumah. Makbulkan doaku Ya Allah. Tolong. Amin


Suamiku nak balik jb nak tengok anak. Tapi dengan keadaan bertongkat macam tu cik zira risau dia nak drive sorang balik sini dari penang tu. Cik zira tak bagi takut jadi pape.cik zira suruh uruskan kaki dia dulu sebab kalau tak baik jugak bulan depan kena operation balik. Kesian suamiku. Harap cepat baik bila dah jumpa orang yang boleh bagi baik dan kuatkan kaki tu. Amin.


Bila kaki dah baik baru boleh selalu balik jb jumpa anak dengan bini ni ha macam dulu balik. Kalau tak cuti panjang baru cik zira ngan khalisah dapat balik penang. Ginila nasib hidup berjauhan. Takpe dugaan sume ni. Yang penting usaha sampai dapat tuka. Mohon je banyak kali sampai la ada rezeki nak pindah.


Suamiku jauh tak baik betul lagi. Anak masuk hospital. Mana la tak risau kan. Doa je banyak boleh cik zira minta kat Maha Esa semoga permudahkan semua ni. Bagi cik zira kekuatan dan kesihatan untuk anak untuk suamiku.


Cepat baik ye khalisah sayang. Boleh balik rumah. Ibu nak siap kan keje sekolah :)


Tolong doakan anak cik zira ye semua. Terima kasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails