SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 4, 2014

HAMPIR SETAHUN



Assalamualaikum dan salam sayang
baru sudah update blogshop sebab ada buat CLEARANCE SALE!. sebelum pape nak bagi tahu meh terjah REDSHOP kot ada yang berkenan k.


nak bagi tahu sebenarnya anak dara cik zira dan suamiku tu, ala si khalisah tu tahun ni setahun. 17 haribulan nanti, hari jumaat. rasa kejap sangat masa berlalu. 17 januari 2013 cik zira beranakkan khalisah. pertama kali tengok muka anak lepas subuh tu. macam tak percaya dah ada anak sendiri padahal selama ni main dengan baby orang je. jaga anak orang je. sekali dah ada anak sendiri yang dikandung bawa perut ke sana ke mari. Subhanallah!

men acah acah dengan baby masa kat surau airport


dah bincang dengan suamiku memandangkan setahunnya khalisah tu jatuh hari jumaat, nak minta tolong bik ani masakkan pulut kuning bagi dekat surau. tak sambut pun. mungkin beli kek sebiji. raikan dengan femly dekat umah ni. suamiku harap sangat dapat balik jb tapi kalau keadaan dia mengizinkan. tahu suamiku nak sambut anak dara kesayangan jugak tapi kalau ok dia balik jb. kalau tak khalisah dengan ibu jumpa babah bulan tiga nanti balik penang.

sabotaj gambo tau khalisah ni. 
ibu senyum lebo khalisah buat muka camtu. adoi


khalisah. dah nak setahun takde sebatang gigi pun lagi. makan sume pun nak. macam nenek dah tua sangat gigi takde. sampaikan tokbik awak suruh cetak gigi palsu tau! jalan pun malas sebab asek minta dukung je balik jb ni. dekat penang men sendiri pandai plak bangun jatuh sendiri, dah boleh tatih banyak langkah. isyh. dah nak setahun dah khalisah, cepat jalan cepat! hehe

lihatlah dunia. 
anak daraku buat muka kerek amat konon dah penat nak layan ibu bergambo. 
hahahaha


19 haribulan kena bawa gi klinik nak enjit setahun dengan ukur berat sekali sebab hari tu nurse datang. nurse tengok dia terus nurse kata tak cukup berat. kesian khalisah. makan banyak nasi sume tapi memang jenis kecik je macam tu. apa ibu boleh buat. dah Allah nak kasi ibu anak slim melim macam khalisah kan. asalkan anak ibu sihat. tak semua anak Allah bagi gebu montel semangat kan. ada anak yang selim melim macam khalisah. bukann tak bagi makan, bagi. tapi itulah... em.. kalau kena marah nanti kat klinik cik zira nak ikut macam apa yang kak june kakak sepupu cakap, tanya balik nurse apa lagi cadangan dia untuk naikkan berat khalisah sebab bagi makan nasi semua dah cukup. susu je lah dia kurang tapi minum tetap minum. tengok nurse nak cakap apa kan. cik zira akan usahakan.


gamba lattest. 
berangan nak bawa beg merah polkadot dia tu sendiri padahal nak jalan pun malas. 
siap ngan beg ibu sekali dia nak tolong bawa.


dan lagi satu. last enjit masa enam bulan dekat penang masa babah accident. mesti khalisah dah lupa kena enjit tu macam mana. habislah satu klinik tak pun satu kg melayu tu boleh dengar jeritan khalisah bila kena cucuk nanti tu. ibu stand by awal awal.. ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails