SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 14, 2014

ke langkawi dengan suami dan anak


Assalamualaikum
ada masa sket nak curi untuk update blog Merah kesayangan. maaf blog. agak sukar nak update sekerap dahulu setiap satu hari ada entry. maaf sangat. harap masih ada yang sudi nak membaca tulisan cik zira. masih ada yang mahu tahu cerita cik zira. tapi banyaknya memang dah update dekat instagram tau. cari hazirah27 k. gamba dan video khalisah banyak =)


ok. ni nak cerita pasal percutian pendek ke langkawi cuti seminggu mac yang lalu. percutian keluarga kecik ni merangkap percutian sempena birthday ke 28 cik zira. aduh tak percaya nanti nak masuk 30-an dah. Allah. sekejapnya masa berlalu.


pergi hari isnin. pukul 1.30 bertolak naik feri dari jeti kuala perlis. sampai di langkawi tunggu kereta sewa. dapat kancil je. itupun sewa sehari rm60 sebab masa tu kan cuti sekolah. kereta lain semua mahal. tak kisahla kan. asalkan dapat berjalan kat langkawi tu.


masa book hotel awal-awal. tanya suamiku. nak chalet yang biasa biasa je ke nak yang elok cantik sket. suamiku kata yang elok. jadinya, kitorang share dua duit hotel. hehe. cik zira book. suamiku bayar bakinya masa check in. kitorang stay tiga hari dua malam tu dekat La Pari Pari. suka sebab tengok gamba pun nampak cantik sangat. baru dua tahun beroperasi. ownernya orang melayu. tempat sangat tenang dan damai. tapi takdelah jauh dari pantai chenang. dekat jugak. memang sangat selesa. khalisah pun suka stay situ. cuma tak mandi swimming pool je. satu malam rm395 kalau tak silap. bilik air pun besar. siap boleh basuh baju tau sebab masa pergi tu langkawi tengah hari panas. kejap je baju kering.







dulu masa gi langkawi masa anak dara. zaman blajo. tiga kali tak silapnya pergi. ni kali keempat. tapi pergi sendiri ni best sebab suka hati je nak keluar nak jalan kul bape. kitorang pergi naik cable car. tunggu nak naik punyalah lama. tapi duk kat atas tu kejap je. lepas tu pergi waterworld. tak ke mana sangat sebab lebih kepada nak berehat je kat langkawi ni.











makan kat La Pari Pari kureng sket. jadi banyak makan sendiri. tapi kena pandailah sebab makan ada yang mahal. ada kitorang makan tengah hari kan sampai kena RM35. terkejut tau. oleh sebab mahal makan sampai habis. dekat dengan lapangan terbang tu pun macam macam ada. situ pun best kalau makan petang petang.


wajib pergi Haji Ismail Group. wajib tau wajib! habis kat coklat nak dekat RM500. lepas tu beli luggage satu nak letak coklat. kitorang punya beg bawa tu kecik je. jadi beli satu beg beso sket nak letak coklat. beg pun murah je. punyalah buka sume coklat dari kotak sebab nak bagi muat beg. tanak bawa beg banyak banyak.





bertolak balik dari langkawi awal jugak. pukul 11 lebih dari langkawi. sampai je jeti kuala perlis amek kereta dan terus balik penang. singgah makan di gurun.




walaupun percutian singkat. tapi tetap rasa happy. sebab bercuti dengan suamiku dan anak dara. In Shaa Allah ada lagi percutian selepas ni. yay!!

1 comment:

suezen said...

best nyer cuti2 kan....ismail group tu mmg kemestian..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails