SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, March 27, 2015

29 tahun


assalamualaikum
syukur alhamdulillah. bernafas untuk 29 tahun. terima kasih Ya Allah.

tahun keempat sebagai isteri. tahun ketiga sebagai ibu. 29 tahun sebagai anak dan cucu. tahun keenam sebagai cikgu.

Allah. tak tahu nak cakap macam mana. banyak yang dilalui sepanjang 29 tahun diberi nikmat oleh Allah. banyak yang Allah kurniakan suka dan duka.

ini apa yang cik zira doakan sempena harini cik zira genap 29 tahun :



  • sentiasa dilindungi Allah
  • diberkati Allah
  • dipanjang umur untuk selalu bertaubat dan menjadi yang lebih baik
  • diberi kesihatan yang baik
  • menjadi isteri ibu kakak anak cucu yang baik
  • menjadi guru yang baik untuk anak anak di sekolah dan selesaikan kerja dengan baik
  • murah rezeki dalam meniaga
  • sentiasa perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik
harini 29 tahun. semoga hari hari depan ni cik zira sentiasa berubah menjadi yang lebih baik. kita tak tahu bila Allah nak amek nyawa kan. semoga cik zira diberi kesempatan oleh Allah untuk sentiasa perbaiki diri. bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri. untuk bekalan di alam abadi nanti. Amin. doakan untuk cik zira juga ye sesiapa yang baca entry ini.

selamat hari lahir ke 29 tahun untuk cik zira. setiap tahun memang akan belikan hadiah untuk diri sendiri. tahun ni cik zira beli set periuk tefal. tunggu sampai hadiah itu jauh dari UK.

tunggu suamiku nak bawa makan dekat mana nanti. isteri dia ni tak minta apa apa pun. cukuplah agar menjadi suami dan babah yang baik yang dapat jaga ibu dan khalisah dengan baik. amin.

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam zira,
eh3
terlepaih pulops
pa pun happy belated birthday naaaaaaaa
moga segala impian tercapai AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails