SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 5, 2015

MOODREPUBLIKTOURPENANG - PART 4


sejak tahu je mood republik nak turun penang disember tahun lepas, cik zira dah bajet siap siap nak asingkan duit 2k untuk shopping jubah jubah tambah koleksi sedia ada.

bila semuanya dah reveal harga, jumaat 20hb tu cik zira pun buatlah list. apa nak beli harga berapa saiz apa warna apa. jadi lepas cik zira buat list alhamdulillah under bajet tak lebih 2k cik zira dapat 15 helai jubah!!



cik zira ni kalau siapa kenal, sejak dulu kalau membeli tak pernah beli satu dua je. mesti kena beli banyak banyak sebab beli banyak ni jimat. sebab tu lah start meniaga sebab alang alang beli untuk diri sendiri, bolehlah jual jual jugak.

buka je pintu utama, cik zira terus ke booth anggunzara sebab anggunzara sebelah pintu je. cik zira beli leyla abaya moss crepe 2 helai. hitam dan maroon. sehelai rm110. harga asal rm129. sebelum ni cik zira dah ada tamara 2 helai dan arabella 2 helai. jubah anggunzara best sebab cutting dia betul betul cutting princess kembang sangat bawahnya. untuk anggunzara cik zira pakai saiz s/m

lepas tu terus serbu jubahsouq yang penuh dah orang. cik zira selit jugak dapat depan terus order. kat jubahsouq cik zira dapat 4 helai. combo b dan combo c. cik zira beli aryana maroon dan biru dapat rm149 sehelai dari harga asal rm179 sehelai. lepas tu beli hidaya leather 2 helai satu jatuh harga rm139 dari harga asal rm169. puas hati terpaksa bersesak macam tu. dah lama mengidam jubah souq sebab nak beli online tak tahu saiz. tengok sendiri ukur baru tahu. cik zira pakai saiz M untuk jubahsouq.

dari jubahsouq terus ke rinasalleh. rinasalleh pun tak pernah ada koleksi lagi. tapi geram tengok sheqa kaftan. dekat rinasalleh dapat 4 helai jubah. vivy dress harga rm100 dari harga asal rm129. sheqa kaftan plain hitam dan sheqa kaftan dwitone merah grey. lagi satu elissa dress. total di rinasalleh rm400 untuk 4 helai jubah. beg dah berat. dukung khalisah.

terus jalan dengan gigih walaupun banyak kali berhenti. pergi calaqisya. kat sini dua je sebab koleksi calaqisya dah banyak. lebih 10 helai. tambah khayla jubah dan malika. total rm230. duduk rehat kat calaqisya lama. penat sangat.

last sekali kat dreemika yang khalisah sampai tertido tak larat dah. dreemika pun belum ada koleksi. cik zira beli humairah 2 helai biru dan maroon dengan wila sehelai warna emerald green. sehelai dress kat dreemika tu jatuh harga rm140. tiga helai rm420.

semua sekali dari 5 brand hebat anggunzara, jubahsouq, rinasalleh, calaqisya dan dreemika cik zira dapat 15 helai jubah dengan bajet 2k. tak lebih dari itu. tak sampai pun 2k ada baki puluh ringgit.



kenapa sanggup macam ni? satunya sebab cik zira memang jenis beli banyak banyak. bila beli banyak jimat. kedua, sebab semua sekali berkumpul satu bumbung. kalau balik jb pun anggunzara takde. bila gi tempat macam ni senang semua ada walaupun bersesak, puas hati.

lepas ni kalau nak gi pun pergi bukan time peak hour. boleh shopping rilek rilek je.

bersambung ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails