SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 20, 2015

cik khalisah komando


khalisah pernah minta babah belikan tibak tibak. apa tu? hehe. tibak tibak tu pistol dia nak main tembak tembak. maka babahnya pun belikan senapang yang guna bateri yang ada bunyi bising keluar lampu semua. yang tu berbelas ringgit. tapi jenis elokla. bila dia dapat je tak benti menekan tembak sana sini. khalisah duk tengok lampu tu dari mana datang. setakat harini senapang tu masih sempurna belom dipomen khalisah lagi.

itu babah belikan. ini, satu hari tu ibu gi sakan beli barang, sekali ternampak set senapang askar sekali dengan topi. alahai comelnya. terus amek belikan khalisah. haha. ibu pun suh anak dara main tembak tembak, macam mana ni? murah je rm9.90.




khalisah memula taknak pakai topi tu tapi lepas tu dia yang amek sendiri pakai main tembak tembak. comel sangat. bila tunjuk je ibu belikan tibak tibak, dia punya suka siap amek yang babah belikan main sama sama.

kalau mainan masak masak dia tak suka, nak guna periuk belanga ibu yang real. ini, jangan minta senapang real sudahlah. kena masuk askar lah jawabnya khalisah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails