SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 21, 2015

khalisah dan cik yap


ini kisah sehari lepas cik yap khalisah bertunang. bertunang hari sabtu pagi. ahad pagi abah mama cik ina cik jeri bertolak balik. tinggallah khalisah ibu dengan cik yap. kitorang pun lepak dalam bilik hotel tunggu sampai nak check out . malas nak keluar awal.

lepas check out, kami bertiga pun ke sunway mall je belakang hotel kitorang duduk. dah tengah hari maka nak cari makan. khalisah dah nampak mainan yang masuk duit seringgit tu dia dah tak keruan. kena bagi dia main dulu. lepas tu makan kat rasamas. banyak jugak nasi khalisah makan lepas tu dia ajak main lagi.

habis makan main nak gerak balik rumah. masa nak gi kat keta tu, ibu suruh khalisah pakai topi cik yap. khalisah taknak. paksa dia pakai jugak kejap. tak sampai kat keta dah buka bagi cik yap balik.





khalisah dengan cik yap ok, rapat sebab cik yap selalu jugak datang umah main layankan khalisah. bila tanya khalisah cik yap keje apa. nanti khalisah jawab, "cik yap keje kapal laut"

tak lama lagi cik yap dah nak kawen. nanti bolehla khalisah dapat kawan cepat cepat. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails