SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 23, 2015

tak sabar.. Lexis Penang



kalau tanya hotel yang best dalam banyak banyak hotel, cik zira akan jawab Grand Lexis di PD. sebabnya ada private pool dan bilik sangat sangat besar macam sebiji rumah. memang sangat berbaloi dengan harga satu malam stay kat situ.

cik zira dua kali je baru pergi. sekali lepas kawen honeymoon sekejap. lepas tu bawa khalisah dengan kak rosni dan wafi. bercuti ibu ibu dan anak anak. dorang suka sangat.

sekarang, bila duk penang fikir nak ke sana lagi tiga beranak nanti khalisah mesti suka main air dengan babah. tapi kalau nak pergi pun mesti masa nak balik JB dah on the way,

sekarang tak perlu lagi sebabnya akan ada Lexis Penang tak lama lagi. harap siap tahun ni jugakla seperti dalam rancangannya. dekat Teluk Kumbar tak silap. selalu duk google gambar. cumanya lexis ni dekat bangunan atas la. tak macam kat PD dekat tanah dekat atas air selain ada di dalam bangunan.




tak kisahla kan. asalkan bilik cantik besar dan pentingnya private pool tu supaya ibu pun boleh mandi sekali sebab ibu takkan mandi dekat kolam atau pantai terbuka. tak suka. hehe

Lexis Penang. cecepatlah siap ye. ibu tak sabar nak bawa khalisah ni.

nanti bulan 6 nak singgah hotel di melaka. antara philea resort dengan swiss garden. philea sebab cantik swiss garden sebab kolam best. kolam budak dengan infinity pool tapi bilik biasa jela. cik zira ni kalau cari hotel nak stay nak cari yang lain dari lain sket. berbaloi dengan bajet untuk stay hotel bercuti. tanak hotel yang biasa selalu tengok tu. nama pun bercuti kan.

ada idea lagi mana hotel best cantik yang ada kolam mandi best?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails