SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 9, 2015

cerita balik kampung


Assalamualaikum wbt
alhamdulillah cuti sekolah minggu pertama cik zira dah manfaatkan dengan membawa khalisah balik kampung.

kat bawah ni kronologi cerita balik kampung ibu dan khalisah. eceh siap ada koronologi tau. bajet sangat.

sabtu, 30 mei
bangun pepagi suamiku anta gi epot. naik pukul 7.15 am. sampai epot senai kul 8.15 am. atok ngan nenek khalisah datang amek. khalisah tak tido langsung dari bangun dalam kapatebang sampai rumah buyut pun tak tido main je. atok ngan nenek balik segamat pukul 1 lebih lepas zohor. khalisah tido pukul 4 lebih. bangun kawan kawan balik sampai ke malam paksa tido. nak main je kejenya. dahlah main dengan budak budak beso.

ahad, 31 mei
duduk rumah je dari pagi sampai ke petang. makan je keje ibu. keje khalisah main je. pukul 6 petang ajak khalisah jalan kaki pergi giant. jauh jugak. ibu pun kesemputan berjalan. sampai giant je minum air dulu hilangkan penat dua beranak ni. beli barang. balik teksi takde jalan kaki jugak balik rumah buyut khalisah. steady je khalisah teman ibu jalan kaki pergi balik dari rumah buyut ke giant. memang kuatlah anak ibu sorang ni. nasib baik jalan petang petang sejuk je berangin.

isnin, 1 jun
pagi pagi bangun. khalisah main. pukul 11 pagi khalisah ikut ibu gi pejabat lawyer setelkan hal rumah. lepastu ikut partner meniaga balik rumah nak setelkan hang baju baju untuk masuk bazar ramadhan nanti. sebelum tu kul 1 lebih gi makan ayamas dulu. balik rumah kak pah setel keje. hang baju beratus pasang tu. siap kul 7 lebih malam. punyalah buat kerja x berhenti kitorang berdua. anak anak main. suamiku sampai JB pukul 3 petang. kul 8 lebih sampai pasir gudang amek ibu ngan khalisah. makan malam di sate wak radol.

selasa, 2 jun
tengah hari pergi giant beli susu ngan pampers khalisah. lepas tu gi uma tokyam ziarah tokyam. balik rumah atok kemas barang. makan tengah hari siap siap. pukul 3 gerak ke segamat, rumah abah. sampai kul 5 khalisah terus ikut atok amek nenek balik keje. petang makan abah masak. malam ibu babah dating makan pizza hut. khalisah dating ngan atok pau atok menan ngan belon tak habis habis.

rabu, 3 jun
pagi pagi suamiku kena balik penang dulu. plan asal balik sama sama bertiga tapi kena ubah sebab kesian khalisah kejap je dapat manja dengan atok ngan nenek. kul 8 pagi suamiku dah gerak balik penang singgah kl amek kawan. kul 3 petang selamat sampai penang.

khamis, 4 jun - jumaat, 5 jun
khamis tak ke mana. ibu keje makan tgk tv. khalisah keje main main main je dengan atok. siap ikut atok gi masjid pakai telekung solat asar.
jumaat kul 2 lebih bawa khalisah gi giant. beli barang. lepastu temankan khalisah main dekat taman giant tu. awal sampai dia dah nampak dah. lepas beli barang kena tunggu dia main sebab dah janji

sabtu, 6 jun
bangun awal. mandi siap siap. naik bas kul 8 pagi atok ngan nenek khalisah anta. siap belikan nasi lemak, tapaukan sosej ngan buah pelam untuk kitorang. bergerak nek bas khalisah nak naik bas sangat ke tbs. sampai tbs kul 11.30 pagi. cik jeri khalisah amek gi kenanga. nak beli barang sekali kedai tutup. jawabnya gi makan jalan jalan jela. kul 3 macam tu suamiku datang amek gi bukit beruntung ada kenduri. kul 5 gerak balik penang, jalan jam. malam baru sampai rumah mertua. tido rumah mertua.

begitulah kronologi cerita balik kampung ibu dan khalisah. harini dah selasa. tinggal berapa hari je lagi lepas tu rutin bermula macam biasa. pergi kerja menunaikan amanah dan mencari rezeki.

punyalah rajin menaip entry ni ingat balik apa jadi bape hari sudah. jenuh. hehe. bukan ada yang baca pun. takpe, untuk bacaan dan kenangan diri sendiri je.

baki cuti beberapa hari nak luangkan masa dengan suami dan khalisah. jangan nanti khalisah tanak gi sekolah je sudah. tu yang takut tu. harap harap dia ok bila cuti dah habis.

tak lama je lagi dah nak puasa kan. pertama kali ni sambut ramadhan sama sama bertiga. dulu kan duduk jauh jauh. sekarang baru dapat rasa. In Sha Allah mesti seronok. masak sahur dan masak berbuka.

ok semua. selamat menghabiskan cuti tau. harini mood semangat taip pepanjang sebab baru balik dari kampung. rumah pun baru sampai semalam. kemas apa yang patut. patutla orang cakap home sweet home. tak kisahlah kecik je pun menyewa je pun. memang rumah sendiri jugak yang paling best. betul kan?

ok kena berhenti dulu ni. tata.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails