SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, July 14, 2015

Tips : menangani marah atau stress atau kecewa dan sebagainya


Salam Ramadhan yang bakal berakhir beberapa hari saja lagi. lepas ni mesti rindu ramadhan lagi. In Sha Allah, moga dapat bertemu dengan ramadhan selepas ini.

maaf untuk entry semalam. cik zira cuma luahkan rasa terkilan dan kecewa. itu salah satu cara cik zira menangani kekecewaan.

korang sume mesti pernah kecewa, stress marah dan sewaktu dengannya kan?

macam mana korang atasi?

ini apa cik zira buat :

1. SABAR - selalu yang ni lah kena bagi kuat dulu. cuba terima apa yang jadi dan berSABAR. diam dan berfikir. jangan mudah melenting.

2. KONGSI - kalau rasa sakit jugak hati tu takleh pendam, luahkan. kongsikan. tapi ada cerita yang private tu takyahlah share. yang rasa boleh share je share luahkan. cari seseorang yang boleh mendengar dengan baik. ni secara lisan.

3.  MENULIS - macam cik zira. banyak benda cik zira akan tulis. luahkan melalui penulisan. sebab cik zira setiap tahun ada diari. dari zaman sekolah menengah. dah banyak dah diari simpan. jadi apa apa sume luahkan dengan menulis.

4. MEMBEBEL - yang ni kalau takleh pendam rasa marah tu. akan membebel sorang sorang atau membebel dalam hati. bila fikir negatif memang akan membebel.

5. DOA - ni biasa bila rasa menyesal membebel bebel. dah insaf minta doa kat Allah.

memang ada orang yang cool. ada masalah macam takde. tapi susahlah nak cari yang secool itu. cik zira tak boleh. at least ada peringkat nak bagi cool.

yang penting kalau boleh bagi cool dalam masa beberapa jam atau dalam masa sehari itu yang terbaik. lepas tu tak payah ingat dah. lupakan je. lagi tenang lepas tu.

In Sha Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails