SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 27, 2015

georama safari


last week kena pergi kursus 3 hari dekat maktab. lama sangat tak masuk maktab walaupun dah bermastautin kat penang ni. selalu lalu luar je. masuk je terus wow lain sangat. siap ada bangunan baru beso. mengimbau kenangan sangat dapat masuk maktab.

hari akhir kursus kitorang ditugaskan buat georama untuk safari park. ni untuk language arts. cikgu bolehla buat. anak murid ke nak buat dalam kelas. bagi satu hari pun belum tentu siap. kang habis kelas macam tongkang pecah.

kumpulan cik zira ada teacher yang penuh dengan seni. teacher lelaki. dia kreatif. makanya, jadilah hasil yang sangat dibanggakan. eceh. bila dalam gamba nampak cantik sebab warna tu naik.







cik zira bawa balik khalisah suka sangat. tapi haiwan dia banyak takde. ada yang kertas je. nak bawa gi sekolah sebab tajuk safari belum masuk lagi. ketinggalan zaman. cikgu lain sume dah jauh dah.

seronoklah budak skola masuk tajuk safari. teacher makin banyak idea. lepastu kena pecut nak habiskan silibus sebab nanti ada periksa akhir tahun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails