SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 24, 2015

rambut cantik Allah bagi


syukur Alhamdulillah. Allah kurniakan cik zira dan suamiku seorang anak yang sangat sempurna sifatnya. bijak dan pandai berdikari. umo setahun lebih dah banyak benda yang khalisah pandai buat sendiri. kerja ibu jadi mudah.

sekarang pun umo dah 2 tahun 7 bulan dah nak dekat sebulan dengan rasminya khalisah tak pakai pampers dah. kencing berak sume pergi toilet sendiri naik jamban sendiri. tak pakai dah jamban comel dia tu. simpan dalam kotak. kecuali masa tido jeklah pakaikan pampers lagi. takut terbabas. yang tu kena train lagi. ada kala memang pampers tak basah pagi dia minta gi toilet.

terima kasih Ya Allah untuk khalisah.

nanti plan nya lagi 2 tahun baru nak tambah. eceh! In Sha Allah.

harini nak cerita pasal rambut. rambut khalisah. rambut suci lagi boleh free hair lagi. kadang ada je tanya tanya mana tudung khalisah? kenapa tak pakai tudung? khalisah diam je. hehe

setakat ni cik zira memang belikan satu je tudung sarung frozen untuk khalisah buat ngaji. satu telekung untuk solat. tupun ikut mood khalisah.

time raya ke memang takde belikan langsung. tapi cik zira selalu pesan dengan khalisah, "sekarang khalisah kecik lagi tau. nanti dah besar sket khalisah kena pakai tudung macam ibu k. tak boleh tunjuk rambut dah tau."

"oh macam tu ea ibu. ok ibu."

jadi bila dah pesan banyak banyak kali setiap kali orang tanya mana tudung khalisah, khalisah akan ulang apa yang ibu cakap dekat ibu. khalisah jenis budak cepat tangkap. train pape dia senang ikut. rumah pun tak sepah sebab khalisah jenis main cermat. lepas main kemas sendiri letak mana tempat asal, sebab kalau sepah sket ibu menjerit nanti ;)

cik zira ada cara cik zira nak ajar anak. tak perlulah sekecil ini nak pakaikan tudung beria sangat lepastu pakai tak bape minit serabut tanggal pulak rambut keluar keluar.

tak perlulah sekecil ini nak suh pakai tudung lepastu nanti umo berapa tudung ke mana baju sume pakai ntah pape. sebab time kecik tak puas pakai apa yang sepatutnya budak pakai. sekarang ni pun yang dewasa pakai tudung pun sebab just for sake of pakai tudung sama macam masa cik zira muda mudi dulu. jahil sangat. kepala je pakai tudung lain lain tak jaga ketat sana sini stokin tak pakai tudung pendek. cik zira tanak khalisah macam tu.

lain orang lain parenting nya kan. sampai masa khalisah memang kena pakai tudung, molek pakaiannya yang sesuai dengan bertudung. sume tu In Sha Allah cik zira akan pantau dan ajar khalisah. tanak bagi jadi macam cik zira dulu main redah je nak pakai apa. alhamdulillah sekarang baru sedar pakaian yang elok untuk Islam. akan cik zira ajar khalisah yang elok elok sebab semua mak nak anak jadi anak solehah kan. cik zira pun sama.

so tak payahla tanya tanya k mana tudung khalisah untuk anak sekecil 1-4 tahun. tahun 1 nanti masuk sekolah memang khalisah kena pakai tudung. jadi umo 5-6 tahun nanti cik zira akan ajar khalisah pakai tudung.

sekarang ni khalisah free hair je dulu tayang rambut cantik Allah bagi. kerenteng macam magi dan siap berkaler lagi. sume natural Allah bagi takde ubah apa pun. apa Allah bagi kena terima dengan bangga jangan ubah yang kenteng nak rebonding yang lurus nak kasi kenteng. tu sume mengubah ciptaan Allah kan. tak elok.





ibu pun ajar khalisah bagi tahu rambut cantik Allah bagi. sekarang boleh tunjuk. sampai masa kena tutup takleh tunjuk dah.


p/s maaf kalau ada sesiapa tersinggung dengan kata kata cik zira. cik zira pun hamba Allah yang masih berkayuh nak cari redha Allah. jadi, sama sama kita berusaha supaya selalu ingat mati. bila ingat mati baru takut nak buat silap takut balasan kubur dan akhirat nanti. Masha Allah.

1 comment:

A.I said...

memang comel betol dengan rambut keteng gitu. tu kalau gentel lelama jadi toing toing kan? haha..sama mcm rambut anak akak no 2 masa kecik ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails