salam sayang buat semua
ingat tak cik zira pernah wat entry pasal bonus raya RM500 dan bonus hujung tahun RM500 yang sepatutnya cik zira dapat tapi cik zira tak dapat? kalau nak tahu KLIK SINI ye untuk cerita tersebut.
ini apa yang berlaku selepas itu.
cik zira tanya kerani sekolah, "kak, nak tanya je ea, yang pasal bonus rm 1000 tuh kita tak layak dapat ke kak ea? sebab kawan-kawan kita yang lain semua dapat."
akak kerani tu jawab, "dah takde peruntukan lah hazirah. kalau ada dapat, ni peruntukan dah takde."
mendengarkan jawapan itu, cik zira dah sedih dah. boleh ea takde peruntukan? habis tuh kira ramai lah tak dapat? mana boleh macam tuh kan sepatutnya, ada yang dapat ada yang tak disebabkan peruntukan. baik semua tak dapat, barulah adil,, huhu
lepas tuh, terus sms saiful amin, yang selalu roger cik zira pasal gaji ni. dia kata pun mana boleh macam tuh. dia akan cuba tanya kerani sekolah dia plak.
lepas tuh, cik zira tanya Kak Ti, penyelia petang, dia pun terkejut. dia kata dia tak tahu. tapi dia bagi tahu cikgu J-Qaf pun tak dapat.
cik zira kol bie, rumate cik zira nun di kelantan. borak dengan dia. dia kata dia dapat. lepas tuh dia kata maybe sebab eluan pedalaman atau apa. tapi pendek kata memang ramai kawan-kawan dapat RM 1000 bonus tuh dan hampir semua dapat.
aduhai, sedih betul. kalau dapat kan boleh simpan, seribu tau, bukan sikit.
cik zira kol plak Tok Cik cik zira sebab dulu dia pernah kerja dengan JPN sini. dia kata, memang hari tuh kewangan negeri johor ada masalah sikit. ada yang dapat separuh daripada seribu tuh. dia tanya cik zira keje bape haribulan, cik zira bagi tahu lah 11 oktober. pastu tok cik kata kalau 11 oktober patutnya leh dapat, kalau daftar 15 oktober dan ke atas yang tak layak dapat bonus. dia kata dia akan tanya JPN balik.
bagi tahu bik moi, bik moi kata, ada member dia pun dapat separuh jek bonus tuh. oklah kan, at least dapat jugak separuh,, huhu
tanya fahmi, cikgu baru kat sekolah tu pun dia kata dia tak dapat. dia kata nak cuba tanya kerani lagi sekali.
ada tak sesiapa tahu pasal ni? boleh tak jelaskan kenapa ea? kalau betul takde peruntukan, kenapa kena bagi, patut tak payah bagilah kan? sepatutnya macam tu kan. tapi, kalau betul memang tak layak, cik zira terimalah seadanya. kalau patut dapat, nak lah jugak kan, sape taknak duit. boleh simpan.
dan satu lagi masalah, cik zira nak daftar dekat e-slip gaji tu, tapi bila tekan nombor gaji katanya salah. padahal tu nombor gaji amek dekat kerani. habis tuh, macam mana ye nak tengok slip gaji?
banyak betul persoalan cik zira dalam entry ini. yelah, musykil lah. sebab tuh lah minta tolong kalau sape-sape yang tahu pasal hal ini ke, tolonglah jelaskan pada cik zira. cik zira tak tahu nak tuju dan tanya pada siapa sebenarnya.
kalau sape tahu, tolong ye.
oh, itu sahaja entry berilmiah pasal bonus kerajaan pada kali ini. cik zira terlalu banyak persoalan yang ingin diajukan tetapi tak tahu pada siapa. harap-harap mana tahu ada yang tahu pasal ni terbaca entry ni ke, tolong jelaskan pada cik zira ye.
terima kasih
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 22 januari 2011 8.25 a.m.
No comments:
Post a Comment