semalam berlalu seperti kebiasaan di sekolah
mengajar, berjumpa budak-budak
21.1.2011
cuma yang lainnya semalam, cik zira kena masuk kelas dajah 1 gantikan cikgu yang takde
kelas lepas rehat, bayangkan budak-budak dajah 1 macam mana keadaannya selepas rehat, baru balik makan, ha, cuba bayangkan,,, huhu
cik zira terus pergi kelas, dorang tak naik kelas lagi. turun plak bawah kat kantin ingat nak amek dorang bawa naik, tapi upenye dah terlepas ke atas plak. naiklah balik kelas. kelakar sungguh.
masuk jek terus macam biasa buat muka garang. bagi dorang takut. suruh dorang senyap. tak tahu nak aja apa, jadi aja instructions guna simple sentences. bagi arahan, dan suruh budak-budak tuh buat.
dorang suka dengan aktiviti spontan teacher hazirah ni. nasib baik ganti satu masa jek. kalau dua masa dah buntu gak nak buat apa dengan budak-budak ni. comel memang comel, tapi pantang lepa sikit, mulalah terus bising. nak kena sentiasa diawasi. maklumlah, dajah satu kan, kejenya nak main aje!
takpelah, oleh kerana dorang bawu dajah 1, kasilah can malican
nanti kang dah naik dajah dua, dah takde nak manja-manja lagi dah.sekarang ni jelah pun masa nak manja.
hari ni pun sekolah macam biasa, kena ganti untuk chinese new year minggu depan yang cuti tu. jadual ikut jadual isnin, jadi ada 3 kelas sahaja. 3J tak masuk.
esok jelah masa nak rehat pun. itu pun belah pagi sampai tengah hari ada tusyen. petang jelah masa untuk berehat sebentar.
ok ye semua. macam biasalah. cik zira lepas update blog memang akan sambung buat kerja sekolah plak. keje kan banyak tak habis-habis. siap satu kerja datang plak kerja lain. nak tak nak kena setelkan lah semua satu per satu. insya Allah.
ok, jaga diri ye semua,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 januari 2011 11.50 p.m.
2 comments:
macam mana kalau budak-budak darjah 1 itu terjumpa blog ini? haha. mesti lepas nie buat garang pun dorang dah tak takut. ekekeke :P
teacher hazirah yakin dorang tak jumpa,, ngee,,, ;)
Post a Comment