SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 14, 2018

belanja meatball untuk anak anak 2 Cemerlang

masa bulan kemerdekaan haritu, sekolah cik zira ada buat pertandingan koir merdeka setiap kelas. wakil 15 orang je setiap kelas untuk masuk bertanding.

yang tak masuk tu sedih la kan sebab ikutkan semua 30 orang nak masuk sekali. jadi untuk tidak menghampakan dorang, cik zira pun cakaplah macam ni - takpe, kalau kelas kita menang satu kelas teacher belanja ok. ni sebab tak harap menang pun sebab buat tak beria sangat.

sekali, menang JOHAN. haha. dorang siap tanya teacher nak belanja apa teacher. weekend puas fikir apa nak kasi dekat 30 orang ni. kasi tetap kena kasi sebab dah janji kan. kena kotakan.







last-last order meatball dekat kantin je senang. sepinggan ada 5 biji RM5 untuk 30 orang tu. happy dorang. teacher pun happy. siapa tak sayang kelas sendiri oi. harap harap tahun 2019 nanti dapat ajar dorang lagi sebab ada yang dari darjah 1 lagi cik zira ajar.

dorang bab masuk pertandingan memang semangat sebab teacher dorang pun semangat bab masuk bertanding haruslah anak anak pun ikut semangat sekali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails