SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 6, 2018

basikal merah baru khalisah

cuti tengah tahun balik JB khalisah berjaya dah bawa basikal dua roda dalam masa sejam je.

habis jatuh darah segala tapi dia tetap tekad nak pandai bawa basikal dua tayo je. 

basikal 4 roda umo 2 tahun lebih dia dah boleh kayuh betul betul. 

sekarang umo 5 tahun dah boleh kayuh dua roda. jadi ibu janji nak belikan basikal baru.

punyalah search google kedai beskal murah dekat penang. dapatlah kedai Basikal Penang. dekat seberang tapi sanggup pergi jauh sebab tengok harga yang murah.




sampai je cari basikal yang saiz 16”. ibu memang tak kasi khalisah pilih sendiri sebab ibu nak warna merah jugak jugak. 




harga asal RM220 tapi dapat RM189 tak silap. ke murah lagi lupa dah harga. 

tunggu buang roda kecik dua tu dah siap test bawa.

ibu pun repair basikal ibu yang dua tahun lebih tersadai. pam tayar pastu tuka rantai basikal dah berkarat. 

sekarang waktu cuti petang atau pagi pagi kayuh basikal ronda kampung. khaliq duduk dekat belakang seat dia dengan ibu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails