SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 29, 2012

si ibu dan babah belikan si baby barang



seperti yang dijanjikan, cik zira mengajak suamiku membeli barang si baby memandangkan suamiku dah balik JB menjenguk si isteri dan si baby yang makin membesar dalam perut si ibu ni. suamiku sampai ahad malam. pergi shopping dekat The Store Tebrau je pada esoknnya, hari isnin. keluar pukul 3 petang tak silap.


katanya ada SALE lah konon siap pasang banner, tapi barang yang cik zira nak beli takdelah plak sale sangat. setakat 10% off macam tu. takpelah. cari barang ikut senarai. beli dengan berhemah. tapi baju sume cik zira amek warna putih sampaikan suamiku cakap takkan takde warna-warna. alih-alih dia masukkan baju corak-corak dalam trolley. cik zira senyum je.


selalu dulu-dulu belikan hadiah baby untuk kengkawan rasa best sangat. macam-macam nak belikan. tapi, sekali nak belikan anak sendiri, macam eh, apa nak beli ea? sorang ke sana, sorang ke sini. si babah tengok barang lain, si ibu tengok barang lain. kelakar betul. maklumlah, pengalaman pertama untuk anak pertama si baby tu.


lepas dah siap barang baby nak penuh satu trolley, cari barang si ibu plak. barang si ibu sikit je. dah siap semua, pergilah bayar. seperti dijanjikan, si babah yang bayarkan semua. memang ikut bajet. lagipun barang lain selain barang si babah belikan, cik zira dah belikan sendiri. jadi, separuh-separuh lah. si babah sikit, si ibu sikit. tapi beli yang penting jelah. nanti si baby dah besar, beli lain plak lah. 








balik je rumah, terus keluarkan barang nak kemas. eceh. teruja betul si ibu untuk si baby. senyum je masa kemas barang. si babah pun tengok je si ibu ni. bukan nak tolong, dia tengok je barang-barang yang dah beli. hehe







mana yang kena basuh terus cik zira masuk dalam baldi dan basuh terus. esoknya masa jemur baju dan barang si baby semua cik zira senyum je. tak sabar nak pakaikan si baby barang yang babah dengan ibu belikan. dah kering sume, kemas masukkan dalam beg baby warna Merah comel tu yang nak bawa gi spital. lebihnya masuk dalam kotak Merah. belajar masukkan barang baby dalam kotak dari BFF. memang senang. si babah belikan kotak dekat Tesco 2 kotak. dekat Tesco kotak murah. besar macam tu RM 9.90 je. dah selamat simpan barang si baby. beg si baby pun dah kemas. cuma beg si ibu je tak siap-siap lagi.


masih pujuk si baby yang baik hati dalam perut ibu ni keluarlah awal, cukup 9 bulan ye baby sayang. awak pun duk tendang sana-sini dalam perut ibu ni. meh tendang kat luar plak ye sayang,,, =)


pape pun, semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan cik zira dan si baby sihat sempurna hendaknya. Amin Ya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 november 2012 9.10 a.m.

2 comments:

Rosmarieza said...

alhamdulillah dah beli barang3..tahniah cik zira, tak lame lagi dah ade org ketiga sebagai peneman dan pelengkap hidup ibu dan babah..kan3? :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

terima kasih dEar. da siap sume barang. doakan semua selamat ye. tak sabar nak tengok si baby sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails