kelik jangan tak kelik yep

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 29, 2012

si aqib yang hensem!





kalau belah suamiku ni, anak sedara kesayangan cik zira memanglah si aqib yang hensem dan bijak itu.






dia sangat menawan hati semua orang. jenis tak kisah dan bijak. pandai ikut orang cakap. umur aqib baru setahun lebih. tapi banyak juga perkataan yang dia dah pandai sebut.






yang bestnya, kalau dia buat perangai kan, bila kitorang marah, nanti dia buat muka dia, terus tak jadi marah sebab aqib sangat comel! geram betul kat aqib.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.30 a.m.

prosperity beef burger raya cina.




dulu masa baru keluar bulan lepas dah merasa dah. masa orang cina sibuk menyambut raya cina cik zira dan suami pun sibuk nak makan prosperity beef burger lagi sekali. yelah, bukan selalu McD keluarkan prosperity kan. setahun sekali jek. takkan nak makan sekali je. sekurang-kurangnya 2 kali lah supaya tak kempunan nak tunggu chinese new year tahun depan pulak.






suamiku belikan dinner prosperity tu dan siap bagi dengan air lagi masa cik zira tengah sibuk update blog. makan sikit, lepas tu siapkan update blog dan makan sama-sama dengan suami dekat ruang tamu sambil tengok tv. beef prosperity memang lagi sedap dari chicken kan? sebab rasa daging dia tu bila dicelup dengan sos blackpeppernya tu memang mantap lah!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.20 a.m.

Saturday, January 28, 2012

kereta unik.




hari rabu yang lepas, suamiku membawa cik zira dan adik-adiknya bersama dengan si hensem naqib pergi ke rawang bertemu dengan mak mertuaku di sana.






masa sampai dekat rawang tu, kitorang ada nampak sebiji kereta yang sangat unik. letak dekat tepi jalan. kereta yang penuh dengan barangan terbuang seperti botol-botol, plastik, kotak dan macam-macam lagi dihiaskan cantik penuh di badan kereta tu.






masa nak balik, kereta unik tu bergerak dan kitorang pun amek gamba. tuan punya kereta tu siap angkat tangan dan tersenyum lagi. sporting habis orang nak amek gamba kereta kesayangan dia.






tapi, memang unik sangat kereta tu. dah macam recycle car dah tengok. memang sangat menarik perhatian orang. kira macam hobi tuan punya kereta lah. ada je benda dia jumpa, terus dia hias dekat kereta dia. siap ikat dengan tali. nasib baik tak berderai semuanya masa kereta berjalan.






dah macam kereta berhias pun ada!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.11 a.m.

gembira bila bersama.




maaflah kebelakangan ni, sejak cuti seminggu ni masa mengupdate blog MERAH macam takde je. sibuk luangkan masa bersama suami yang bukan selalu dapat berjumpa bila dalam kes hubungan jarak jauh ni. tapi takpe, Insya Allah, mulai hari ni blog akan berupdate seperti biasa.






semalam kan suamiku berada di JB bersama dengan cik zira. dia hantar cik zira balik dari penang setelah 6 hari berada di sana. jadi, dengan masa sehari sahaja yang ada untuk bersama suamiku, maka selepas solat jumaat, kitorang pun berjalan di KSL. sampai je terus pergi makan dulu dekat Seoul Garden. makan dekat situ sejam lebih tapi tak makan banyak sangat pun sebab macam dah kenyang. selalu cik zira akan makan banyak. suamiku kata dia tak suka sangat makan dekat situ. baiklah suami, lepas ni kita tak makan situ dah k. makan tempat lain,,, ;)






harga makan berdua di Seoul Garden tu RM 70. sorang RM 35 macam tu lah dah masuk tax semua. cik zira suka makan dekat situ bila teringin. tapi lagi best kalau dapat makan dekat Rawa Steamboat. baru RM19. sama je lebih kurang makannya.






lepas makan dan masa masih kenyang, terus keluar dan berjalan-jalan dekat KSL tu tengok-tengok nak bagi makanan dalam perut tu hadam sikit. suamiku kata nak pergi tengok-tengok tshirt. last-last, berhabis jugak membeli tali pinggang, kemeja, tshirt dan jeans. orang lelaki ni kalau shopping mahal sungguh kan! nasib baik jadi perempuan, tak payah beli sampai beratus-ratus macam lelaki.







lepas selesai membeli-belah barang suamiku, kitorang pergi masuk tesco jap beli tepung bik ani kirim. lepas tu pergi beli hotdog jumbo dekat aunt's anne. sedap hotdotgd dia. besar betul dan harga pun RM 8.80. okeh, lepas tu terus bergerak keluar dari KSL dan ziarah kubur mak dekat kebun teh. baca doa dan kemaskan kubur mak. cik zira bawa menantu mak jumpa mak,,, =)






balik asar. berehat kejap dan cik zira kemaskan beg suamiku yang mahu pulang ke penang. lepas maghrib keluar sekejap ke klinik sebab kulit cik zira masalah lagi. pergi farmasi beli ubat sikit. balik rumah pun berehat sekejap dan pukul 9 lebih keluar menuju ke larkin. maka berpisahlah lagi suami isteri ni terpaksa berjauhan JB-PENANG.


dah kena tinggal sorang-sorang,,, =(




cik zira suka sangat bila dapat bersama. perasaan gembira tu tak dapat nak digambarkan bila dapat tengok suami hari-hari. tapi, keadaan cik zira tak mengizinkan cik zira dan suami bersama macam pasangan lain. dan bila dapat berjumpa sangat gembira tapi saat nak berpisah tu, paling cik zira tak suka. huhu






inilah cerita cik zira bersama suamiku semalam. masa sekejap yang ada diluangkan sebaiknya. Insya Allah, lepas ni jumpa lagi sekejap sebab lepas tu sekolah dan sibuk dan jumpa pula cuti bulan 3 nanti.






okeh semua. cerita cik zira untuk entry ini sampai di sini dahulu ye,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 9.53 a.m.

Friday, January 27, 2012

27 Januari 2012





alhamdulillah
cik zira selamat sampai di JB pukul 5 lebih pagi tadi. dan sangat seronok suamiku dapat temankan balik sekali yang pada asalnya macam dah kena balik sorang-sorang sebab suamiku terpaksa bekerja tak dapat cuti. tapi, alhamdulillah dapat juga balik JB bersama. itu pun satu hari ni jelah dapat bersama sebab malam nanti suamiku itu dah kena pulang semula ke penang sebab urusan kerja. hidup kena pasrah bila dapat suami terpaksa berjauhan dan bila dapat suami yang kerjanya susah nak cuti. sebab tu kena doa banyak-banyak supaya ada rezeki dapat duduk cepat dengan suami. Amin






jadinya, pagi tadi sampai, naik teksi balik rumah atok. lepas subuh tido balik. penat kan naik bas. dah bangun borak-borak kejap. makan tengah hari. masa taip entry ni cik zira ngah tunggu suamiku balik solat jumaat. karang nak ajak dia makan dekat Seoul Garden. cik zira teringin plus suamiku tak pernah lagi makan kat situ. nak ajar dia makan kat situ. jadi, siapa yang ajak, dia kenalah belanja,,, ;)






petang dah teduh nak ziarah kubur mak. bawa menantu mak yang sorang ni,,, =)






sampai sini dulu. nanti jumpa entry lepas ni pulak k. cik zira ada masa beberapa jam sahaja lagi nak bersama suami. jadi, kena peruntukkan masa yang berbaki dengan sebaiknya,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 januari 2012 2.10 p.m.

Thursday, January 26, 2012

pulang.





malam ini menaiki bas pulang ke JB semula untuk kembali ke pangkal jalan. eh, silap-silap. kembali untuk bekerja semula dan perlu berpisah lagi dengan suamiku. sedih, tapi nak buat macam mana kan. ini dugaan Allah bagi. takpe, ada cuti panjang sikit nanti, boleh balik penang lagi jumpa suamiku.






semoga perjalanan ini selamat dan cik zira selamat sampai. esok Insya Allah mengupdate blog MERAH dari rumah atok semula,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 9.41 p.m.

MERAHku tetap MERAHku jua.





wah, tajuk tu macam nak buat novel jek plak kan. hehe






takde apa, cuma petang ni nak bagi tahu. cik zira kan, dari dulu sampailah bila-bila akan tetap menyayangi MERAH walau apa cara sekali pun.





MERAH tetap selamanya dalam hati cik zira.


MERAH bonar!




bak kata tajuk entry, MERAHku tetap MERAHku jua,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 10.00 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

KORANG KENA BACA