cik zira kan belum masih berkesempatan masak memasak ni. dulu masa kat UUM, memang masak sendiri sebab nak jimat dan makan banyak. tapi sejak dah balik tinggal dengan atok dan bik ani, tiada dah masak memasak. hanya makan makan sahaja besarkan badan,,, ;)
oh, bukan pasal masak memasak sebenarnya cik zira nak cerita. cik zira nak cerita pasal padanan lauk yang sesuai untuk dimasak dan dimakan.
betul kan para isteri dan kaum ibu yang memasak, kalau nak masak lauk, mestilah ada padanan lauk yang sesuai. maksudnya, kalau dah ada lauk lemak, mesti nak padankan dengan lauk sambal, baru sedap. sayur pun tak payah sayur berkuah dah sebab dah ada kuah, jadi sayur goreng sahaja sudah cukup.
kuah lemak vs. kuah sambal = baru syok!
kalau dah ada kuah contoh lauk sup ke, lebih sedap kalau ada ayam atau ikan goreng. tak perlu dah lauk berkuah sebab dah ada sup.
lebih kurang macam tu lah kan padanan lauk yang sesuai kan. cik zira kalau setiap hari tengok lauk yang bik ani masak, sememangnya bik ani seorang yang pandai gabungkan lauk untuk dimakan dengan bernikmat. dah macam-macam lauk cik zira makan bik ani masakkan dan semuanya sedap dan cik zira suka.
lagi satu, kalau dalam satu hidangan tu cik zira tengok, bik ani mesti akan masak lauk seperti ayam atau ikan yang akan digandingkan dengan 1 lauk lain dan kemudian mesti ada sayur. kiranya paling sikit bik ani akan masak 2 lauk, tapi selalunya akan ada 3-4 lauk dalam satu hidangan. heaven kan rasa tukang makannya macam cik zira ni, macam-macam lauk ada,,, hehe
jadi, nanti bila dah tiba masa cik zira kena masak memasak semula, cik zira kena belajar jugak padanan lauk sesuai untuk dimasak dan dihidangkan. Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 8.10 a.m.
5 comments:
sapekah bik ani yg asik disebut? teringin nk kenal..hehehe..bole belajar masak2
Tulah kan, ingat nanti wedding awak nakk sangat jumpa dengan bik ani! ^___^
cik chinta :
bik ani tu makcik kita. kakak abah. kitorang orang jawa. tu yang panggil makcik semua ada panggilan bik dekat depan sebab bik tu maksudnya makcik.
eh, boleh. belajarlah dengan dia. dia memang pandai masak. kt tak pulak nak belajar sebab kejenya makan jek, tu yang tak fikir lain,, ngee
Cik Puan Bunga :
boleh kak bunga. jumpa amek berkat masak,, ;)
sedapnyaaa
Post a Comment