SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, November 27, 2011

Cucu lelaki pertama tokyam yang kahwin.




semalam, 26 november, merupakan majlis resepsi sebelah lelaki, iaitu Firdaus Aziz, sepupu belah mak cik zira. dia merupakan cucu lelaki pertama tokyam dah selamat mendirikan rumah tangga.


cik zira : 26.11.2011




sebelum ni, hanya sorang je cucu tokyam, kak nurul selamat berkahwin dan dah ada 2 anak lelaki dah. sekarang, tahun ni, 3 orang sekaligus akan ikut jejak langkah kak nurul pula berumah tangga. semalam giliran firdaus atau kitorang panggil cipi. minggu depan ni, 3 disember, giliran qila, anak mak jah. dan minggu selepas itu, giliran anak abah dan arwah mak pula, si MERAH ini,,, =)






semalam pergi makan nasi minyak + ayam + daging + kambing + acar. lepas habis makan nasi, makan mee rebus pulak. nak makan laksa johor tapi semua orang dah habis makan. pastu tak naklah nanti orang kata cik zira tamak haloba, selagi ada makanan nak dimakan. segan plak. cukuplah nasi dan mee rebus.






bergambar dengan pengantin. alahai, sungguh comel pengantin perempuan. kira macam sepupu ipar kitorang lah. welcome tu tokyam's family ye widad! sempat berbual dengan widad dan ye, dia memang sangat comel. kecik molek jek orangnya. berpimpin tangan jek si pengantin baru.


lagi 2 minggu, si baju hitam tu pulak,,, ^___*




dah cukup jumpa sedara mara tokyam semua, salam dan jemput menjemput, tibalah masa untuk pulang, cik zira datang berdua dengan bik ani sambil singgah rumah sedara atok hantar kad jemputan. mak ngah bagi lah hadiah sebelum pulang. untuk dewasa dapat cawan yang comel dari SSF dan telur pindang. untuk kanak-kanak dapat beg comel dalam tu ada jajan + air kotak. suka sangat hadiah untuk tetamu. simple tapi comel.






selesai dah untuk pak ngah dan mak ngah. lega semalam tanya mak ngah. 2 minggu lagi tinggal datang majlis qila dan cik zira jelah. anak teruna dia satu-satunya dah lepas bergelar suami si widad.


pengantin dengan si luqman, anak kak nurul. comel jek.





Tahniah Cipi dan Widad. cik zira doakan semoga berkekalan sehingga ke akhirnya. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 7.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails