SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: wedding ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: wedding ::... Show all posts

Sunday, January 16, 2022

Kenduri Sepupu

15 Januari 2022, majlis resepsi sepupu cik zira di The Mines. 14 hari jumaat cik zira masih kerja sebab sesi petang kan. Lepas maghrib macam tu drive gerak ke Ipoh amek adik cikzira zira dulu. Pastu kitorang gerak ke the mines dan check in tido 1 malam.

Esoknya semua family besar berkumpul berjumpa balik meraikan majlis Umar dan Intan. 

Khalisah khaliq pun dapat jumpa atok nenek balik lepas 3 minggu balik bercuti dari Melaka haritu. Dapat jumpa dengan tokbik dan semua.




Cik zira khalisah dengan khaliq tema nude dan batik. Baju cik zira dari Jannahnoe dan baju khalisah dari hasnuri. Tudung masing masing dari thehijabco.






Habis majlis bergambar dan makan semua terus gerak balik Ipoh. Sambung cuti di rumah adik cik zira, yap sebab cuti 4 hari sekali sambut birthday khalisah 17 Januari.







Happy bila dapat berkumpul ramai ramai satu family besar. Nak dapat jumpa semua susah sangat, bila ada majlis macam ni dapatlah berkumpul.

Majlis pun setelah dua tahun tangguh sebab PKP baru dapat buat. 

Tuesday, April 30, 2019

gelagat khalisah khaliq di kenduri kahwin

alkisah, cik zira dengan khalisah balik jb dengan kasut sukan. maka, pergi kenduri kawen sepupu tu dua dua pakai kasut sukan dengan kaftan.

bawa balik pun kaftan je sebab ringan.

tapi ok je kan, nampak rock sket. hehe

entry ni nak tepek gamba dua ketul kesaynagn cik zira masa kenduri haritu. macam macam aksi, macam gelagat.





















sampaikan lampu lampu dekat pelamin tu terpadam dek kerana khaliq melompat atas tu. adoila khaliq. rosak majlis orang nak oi.

Saturday, April 27, 2019

30032019 : kenduri sepupu

hari terakhir bercuti di JB, Mac 2019, cik zira pergi jemputan kenduri sepupu belah arwah mak. anak adik mak. pergi dengan abah sebab abah pun balik JB untuk jemputan kahwin ni.

sampai awal 11.30 am tetamu tak ramai lagi. tapi happy dapat jumpa sedara mara yang susah dah nak jumpa bila masing-masing dah ada keluarga sendiri.











tak dapat nak bergambar dengan semua skali mana yang sempat je sebab abah nak balik melaka lepas zohor. tu yang lepas makan kalut amek gambar, kalut bersembang.

kalau balik dengan kereta boleh tunggu sampai majlis habis. tapi, apakan daya. dapat jumpa sekejap dengan semua pun happy dah sangat. walaupun mak dah lama takde, ikatan saudara tu tetap ada.

Sunday, January 10, 2016

Family penang pergi wedding


Dua minggu lepas cik zira dengan si maknek khalisah dengan babah khalisah pergi wedding sepupu suamiku.

Kalau family belah suamiku ni memang ramai. Kawan kawan sepupu khalisah dah 22 orang termasuk khalisah.



Makan makan borak borak lepak lepak. Sebelum balik amek gamba.

Dengan adik adik ipar



Oh ye, khalisah suka pergi wedding. Nanti dia nak salam pengantin baru dengan nak amek gamba. Khalisah jadi macam kagum tengok pengantin sebab cantik sangat agaknya.

Monday, October 5, 2015

Potret Bertiga


masa pergi kenduri kahwin belah suamiku di teluk intan beberapa minggu lepas, bila time bergambo ramai ramai, sempatlah selit gamba ibu babah dengan khalisah. bila lagi dapat bergamba elok sket orang amekkan gamba kan.

simpan buat kenangan. tuka profile picture mana patut. wallpaper mana patut sebab dah dapat gamba cantik bertiga.




cik zira sentiasa berdoa agar Allah merahmati hidup keluarga kecil cik zira ni. supaya sentiasa bahagia dengan redha dan ke jalan Allah. Aamin.

Thursday, September 10, 2015

menantu ketiga?


cik zira ni berempat beradik. dua laki dua perempuan. cik zira anak sulong. kahwin dan beranak satu. disember nanti genap 4 tahun kawen. tapi time anniversary mesti dua dua lupa. dah dua hari baru dua dua teringat. nampak sangat takde surprise ke apa sebab dua dua lupa. dah dua tahun macam tu. tahun ni tengoklah lupa lagi ke tidak. hehe



anak kedua, cik jeri khalisah. technician di shah alam. masih bujang. target nak kawen hujung tahun depan. tapi dengan siapa pun tak tahu. cik zira doakan. semoga bertemu jodoh yang Allah dah tentukan untuk dia ni. semoga bila kawen nanti dapat jadi ketua keluarga yang baik. Aamiin.

anak ketiga, cik yap khalisah. cik yap ni navy dan engineer. dah selamat pun bernikah dengan cik bahirah khalisah seminggu syawal yang lepas. orang penang jugak tapi seberang jaya. kalau ada masa khalisah jumpalah cik yap cik bahirah dia.



anak keempat, yang bongsu, cik ina khalisah. masih belajar. budak medic. ni pun lagi bape tahun nanti mesti kawen gak. abah mesti nak kawenkan cepat cepat. =)



so sekarang, doa doa kan untuk menantu ketiga abah. siapalah agaknya kan yang akan masuk dalam keluarga kitorang. sama sama tunggu masa dan ketikanya. semoga yang terbaik untuk kitorang sekeluarga. Aamiin.

tak dilupakan, kepada arwah mak tersayang. kitorang selalu sayang dan selalu ingat mak. Al-Fatihah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails