SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..::fooD::... Show all posts
Showing posts with label ..::fooD::... Show all posts

Saturday, May 3, 2025

JJCM Penang : Sukahati Cafe

pernah pergi yang dekat Parit Buntar, beli sedap. tadi lepas pergi lunch dekat Warong Abang Sayang, pergi plak Sukahati Cafe ni xari dessert pulak. baru buka je ni dekat The Zen, opposite Idrus Ikan Bakar semua tu. 

Kedai comel warna pink. khalisah yang order beli 3 jenis pemanis mulut. gambar bawah ni:





tadi croissant, cromboloni dengan ribbon tu sold out. yang lain ada. harga standard cafe, rasa tu ada sedap premium. nanti boleh repeat lagi sebab dekat je jugak dengan rumah ☺️

Monday, September 16, 2024

JJCM JB : Loaf Adam lagi

pergi awal pusing 3x takleh nak park. pergi lagi sekali dengan khalisah dah 4 lebih cromboloni pun dah habis. nasiblah dulu 2x pergi dapat beli cromboloni tu jadi taklah kecewa sangat. 

kalini beli apa yang ada. beli 4 jenis total RM37.
πŸͺ walnut soft cookies RM10
πŸͺ chocomellow soft cookies RM10
πŸ₯  Oyaki Cranberrie Cheese Bread RM6
πŸ₯– Pain Suisse RM11


Cheese Bread dengan Pain Suisse tu ok sedaplah jugak berbaloi dengan harga. tapi untuk soft cookies khalisah cakap dia tak boleh pergi. sebab dia dah beli banyak sangat soft cookies merata. asal jumpa je beli, teringin je cari. untuk soft cookies loaf adam dia kata tak sedap. tekak lain-lain kan. 

cromboloni memang sedap. pasta pun pernah makan sedap. cuma soft cookies jela. 

tak dine in pun tingkat atas baru sebab dah kenyang makan nasi, beli pastries jela bawa balik. 

STATUS LOAF ADAM : sentiasa rasa nak repeat✅

Sunday, June 23, 2024

JJCM Kulim : AJ Bakar House

kalau mencari kedai makan western yang cozy cantik tapi yang penting sedap dan murah di KULIM, korang pergilah makan dekat  AJ Bakar House ni. WAJIB!

tapi disebabkan kapasiti yang kecik untuk satu satu masa, cikzira suggest korang buat booking reservation dulu di nombor 012-6101675.

malam tadi kitorang dinner geng mak3 dan anak6 dekat sini. order macam macam. minuman dia semua sedap harga murah. makanan pun sama, portion besar sedappp dan harga pun murahhh. haishh, tak tahulah nak cakap. kalau datang kulim, mai lah stop makan dekat kedai ni tau!

jomlah tengok apa yang kitorang order. tapi minuman jelah lupa nak snap gamba.

AJ Mix Grill Platter
RM32

Grill Chicken Chop
RM13.90

Mushroom Soup with Toast
RM7

AJ Fish & Chips
 RM13.90

Aglio Olio Grill Seafood Spaghetti 
RM18.90

Spaghetti Udang Pedas Pedas
RM13.90

Grill Lamb Shoulder Chop
RM25


LOKASI : AJ Bakar House, 502 Lorong Cengal Kuning, Taman Bersatu, Kulim.

Thursday, August 3, 2023

Pipit Patisserie x Kabin Grill

Malam tadi sebab khalisah dengan abdul khaliq tak mengaji hari rabu, ibu bawa makan malam dekat je dengan rumah 5 minit je. Kitorang dinner dekat Pipit Patisserie x Kabin Grill. Lama dah duk perati dekat instagram duk lalu tapi baru malam tadi dapat duduk makan dekat situ.

Kedai dekat kawasan perumahan mahal-mahal tu, jadi cari parking kosong mana mana tepi jalan. 

Ada apa dekat sini?
☕️ kopi-kopi, minuman
🍰 ada kek-kek macam macam jenis
πŸ” burger
πŸ— chicken grill, chicken chop 
πŸ₯© lamb chop, lamb grill, steak

Kitorang keluar rumah lepas maghrib, sampai masa tu ada satu meja je customer jadi tenanglah tak ramai. Kawasan pun selesa dan santai je.

Ni apa yang cikzira oder:


Iced Caramel Macchiato RM13
portion gelas besar, sedap✅

chicken grill set RM22
homemade fries, carrot broccoli segar
ayam digrill elok, sos blackpepper pun sedap
simple, tapi approved✅

australian beef burger single patty RM18
simple burger jugak, cheese tu sedap
patty burger pun sedap, sekali homemade fries
approved jugak✅

iced chocolate RM10
gelas besar, khalisah approved✅


Kalau korang macam tak tahu nak makan apa, dekat mana, tapi nak mengopi nak makan manis manis kek, nak menu yang tak banyak sangat sampai pening nak pilih ke kan, meh datang makan dekat sini. 


Tengok, sampai licin tau kitorang 3 beranak makan. Selamat mencuba!

πŸ“Pipit Patisserie x Kabin Grill
355C, Lengkok Pemancar Gelugor

Sunday, January 29, 2023

Meqrizq Republic Perda

Haritu masa cuti raya Cina, cik zira bawa khalisah dengan khaliq makan dekat Meqrizq Republic Cawangan Perda. Tengok dekat IG ada promosi dulang sempena raya Cina je. Nama menu tu prosperity dulang. Sedulang beso tu dengan pelbagai hidangan tu hanya RM80 je korang tahu tak. Dahla banyak atas dulang tu tak cukup dengan tu, dibaginya plak nasi arab sepinggan beso. 

Masha Allah. Jenuh nak bagi perabih. Tapi banyak jugak yang kitorang 3 beranak makan. Yang tak habis, jangan bazir staf kedai akan tolong tapaukan nanti sambung makan dekat rumah. 

Air macam biasa kalau makan 3 beranak memang oder 1 je air manis. Sebab memang bawa air kosong setiap kali keluar berjalan. 

Jus oren tu sedap portion ok, harga RM6.90 je. 

Jom tengok apa yang ada dalam Prosperity Dulang tu. Ikutkan ni portion 6-8 orang makan tau sebab macam macam sangat ada dalam dulang tu.
✅ lamb chop 3 keping
✅ crispy chicken chop beso beso gabak 2 keping
✅ spageti bolognese secukup rasa sesuai anak makan 
✅ salad, yang ni cik zira balun sorang makan dengan nasi arab
✅ burger ayam crispy besar sangat
✅ cheesy meatball gemok gemok ada 8 biji
✅ fries 
➕ sepinggan besar nasi arab ni licin kitorang makan





pada cik zira, kalau nak makan western atau nak makan makanan macam nasi arab Inilah restorannya. Western pun sedap, nasi arab pun sedap. Harga pun sesuai sangat dengan portion yang banyak. 

Kalau jenis perut kecik tak makan banyak boleh sangat share. Kalau jenis makan banyak tu memang sesuai lah makan dekat Meqrizq Republic ni. 

Dia ada banyak cawangan tau. Yang cik zira pergi ni dekat Perda. Kedai dia corner lot. Luas dan selesa. 

Korang kena Cuba tau!

Monday, March 28, 2022

The Light Hotel, Penang

Ini cerita tiba tiba rasa nak check in sebelum buka sekolah haritu. Last minit book dekat agoda. Cik zira dah siapkan semua kerja, sempat pergi sekolah kejap hari sabtu tu.

Kemas beg pun last minit kul 1 lebih baru berkemas. 

Kalini check in belah seberang jaya pulak. Kalau belah situ The Light Hotel ni antara yang terkenal la dan rate bilik paling murah pun RM250 ke atas.

Haritu cik zira amek bilik double bed sekali breakfast RM280 macam tu.








Macam biasa la kan kalau check in hotel nak berehat, bawa khalisah khaliq mandi kolam dan nak makan. Untuk petang tu cik zira order foodpanda je Nasi goreng. Makan siap siap sebelum terjun kolam lepas asar.

Untuk makan order grab pulak order marrybrown. Situ senang makanan macam macam ada order je kalau taknak keluar bilik.

Esoknya, breakfast dekat kafe bawah. Ground floor. Buffett breakfast. Pelbagai pilihan makanan disediakan. Tak sempat snap satu satu. Lagipun ramai orang. 






Perut pun ketat makan mana yang mampu makan je. Tapi oklah makanan Dia ada rasa dan sedap. Pilihan pun banyak berbaloi la.

Lepas breakfast balik bilik salin baju untuk mandi kolam lagi sekali sebelum check out. Dekat kolam ok lah untuk sabtu ahad tak sesak sangat sangat. Kolam pun tak besar sangat sederhana besar untuk hotel yang macam tu. 

Ok itu je review cik zira untuk The Light Hotel, Penang. Kalau korang nak check in sebelah seberang jaya ini antara hotel pilihan yang besar dan baru selain Ixora Hotel yang cik zira pernah review jugak. 

Wednesday, February 16, 2022

Telur Masak Kicap Sangat Mudah

Bila dah tak tahu nak masak apa, akan ada lauk yang cenggini mudah kan mak mak dan anak anak pun gerenti suka makan bertambah.

Bahan bahan
1. Telur
2. Minyak 
3. Bawang besar dihiris 
4. Bawang putih dihiris
5. Cili padi sikit
6. Sos tiram, kicap manis, kicap ABC, thick caramel sos

Cara masak paling senang
1. Panaskan minyak, goreng telur mata. Toskan telur. Buh dalam bekas cantik.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan hirisan ke dalam minyak dan tumis garing.
3. Masukkan sedikit air. 
4. Masukkan segala kicap yang ada.
5. Perasakan sesedapnya. 
6. Tuangkan kuah kicap tumis ke atas telur mata.
7. Siap!

Selamat mencuba. 

Saturday, January 1, 2022

Restoran Pen Mutiara Penang

Kalau korang datang penang kan, pastu tak tahu nak makan dekat mana, bolehlah pergi makan dekat Restoran Pen Mutiara. 

Dia ada dua cawangan, satu cawangan di Butterworth. Satu lagi cawangan di Batu Maung, yang ni besar dan cantik dan siap ada hotel lagi. 

Baruni cik zira makan di Pen Mutiara Butterworth buat jamuan kecik sket untuk kawan kawan SKJ yang dapat berpindah sekolah. 










Cik zira oder set yang 10 orang satu meja. Set Istimewa Delima. Harga dia sekali dengan tax RM408.10. Tapi berbaloilah. Kitorang makan 9 dewasa 3 kanak-kanak, habis licin semua. Alhamdulillah.


Restoran Pen Mutiara ni special dia memang kari kepala ikan. Korang kalau datang wajib order kari kepala ikan tau. Kalau macam masakan bergoreng ke tomyam tomyam tu tak berapa sangat. Kalau kari kepala ikan dia memang the best!

Sesekali bila mai penang tu, mai lah try makan di Restoran Pen Mutiara nah☺️

Cik zira bagi contact number untuk dihubungi
Pen Mutiara Penang 0104380357
Pen Mutiara Butterworth 0125533966

Wednesday, December 15, 2021

Nasi Ambeng Moden

Masa balik JB bulan 11 haritu, ada buat kenduri untuk arwah atok tersayang yang meninggal kan kitorang sebab covid jahat. 

Bik ani masakkan nasi ambeng favourite arwah atok setiap kali kalau nak buat kenduri apa apa.

Tapi kalini sebab nak anta ke surau, jadi takdelah makan dalam dulang dengan daun pisang sume. Pack pack je cara moden.



Nasi ambeng, serunding, sambal goreng jawa, ikan masin, mee goreng lada hitam dengan ayam masak ungkep.

Dia macam nasi kandaq la tapi ni jawa punya version. Tapi kuah 1 je nasi kandaq kuah banyak campoq hehe

Semua family besar mana yang balik rewang sama sama tolong bik ani masak tolong pack tolong anta ke surau dan bagi bagi sedara mara. 

Al-Fatihah arwah atok tersayang. Semoga kekal andai di sana ditempatkan di kalangan orang beriman, di masukkan ke dalam syurga. 

Rindu atok, Fatimah binti Hussein.

Thursday, December 2, 2021

Jalan Petang Cari Makan

Kadang-kadang kalau cuti tak ke mana sangat sebab ada kerja atau masak, memang akan cuba juga bawa khalisah khaliq keluar pergi tesco ke cari makan dekat dekat ke. Janji tetap keluar berjalan. 

Baruni hari Ahad, tak ke mana mana. Jadi, petang tu mencari makan dekat dekat je. Dekat Tun sardon je sebab macam macam jualan makanan ada.

Cik zira macam biasa tunggu dalam kereta, khalisah yang turun belikan makanan. Maklumlah, personal assistant ibu katakan. 

Beli air kopi gantung viral Perlis tu. Cup dia besar tapi rasa dia biasa takde yang special. Berbaloila dengan harga. Cuma bila minum tu takdelah kita akan kata sedapnyaa. Sebab rasa biasa biasa. Khalisah beli teh ais.



Lepastu beli ayam goreng Korea. Seketul RM2. Pulak masa beli ayam masih panas panas. Makan dalam kereta. Peh, layan habis. Sampai licin ayam tu. 

Pastu dah habis ayam, minta tolong khalisah belikan roti jala, donut dengan karipap sardin. Khalisah pun pasrah jela walaupun beratur ramai. Tapi apakan daya dah ibu suruh kena taatπŸ˜…

Kadang kadang ada masa kita taknak makan fastfood sume kan. Kita nak makan benda benda local macam ni petang petang panas panas makan sedap je rasa. Kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails