SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label PenangHotel. Show all posts
Showing posts with label PenangHotel. Show all posts

Sunday, April 20, 2025

Vangohh Eminent Hotel, Bukit Mertajam

Review hotel kalini cikzira nak cerita pasal Vangohh Eminent Hotel yang terletak di Machang Bubok, Bukit Mertajam. Lama dah berkenan hotel ni sebab dia ada bilik yang ada theme macam prison, zen, alice wonderland theme dan banyak lagi. Tapi bilik yang ada theme ni mahal lah. Paling murah pun RM700 untuk satu malam. 

Tapi, jangan risau. Bilik biasa pun ada. Normal rate untuk bilik biasa RM300+. Tapi cikzira dapat harga RM220/night exc breakfast untuk bilik deluxe room twin. Dapat je harga ni dalam agoda terus lock. Sebab abdul khaliq dah lama tak mandi kolam. Jomlah ibu bawa kan☺️










Hotel ni dia masuk ke dalam tau. Dengan Aeon BM dalam 11-12 minit macam tu. Tapi kalau malas keluar ada je boleh prder makanan online. Cikzira bawa bekal nasi goreng legend, meatball dengan nuget. Malam je keluar dinner lepas maghrib. 

Bilik luas dua katil single. Ada meja study. Ada ruang untuk solat. Tapi view kitorang nampak bangunan apartment dan sekolah. Bilik air toilet pun luas. Berbaloilah dapat harga murah. 

Dan nak highlight dekat sini, kolam dia lah. Sangat kids friendly. Ada slide. Abdul khaliq petang dapat mandi lama esoknya sebelum check out pun dia mandi puas-puas. Melayu ada macam 2-3 family je lain semua chinese. Kolam pun tak sesak sangat. 








Dekat lif sampai nak masuk bilik semua karpet dan bau harum sedap je blend dengan sejuk ekon. Bersih sangat. Cumanya, parking je susah sebab tengah renovate. Jadi kalau penuh boleh keluar hotel park tepi tepi atas risiko sendiri tau. 

Overall cikzira bagi rate 8.5/10 untuk Vangohh Eminent Hotel. Kalau ada rezeki lebih mana tahu boleh check in bilik mahal yang ada theme tu pulak❤️

Saturday, June 10, 2023

The Prestige Hotel

Assalamualaikum, post ni live tau. Masih di hotel ni masa tengah menaip🤭

Ok, kalini cikzira nak share review cik zira check in di The Prestige Hotel pulak eh. Hotel ni terletak di belah town dekat dengan terminal feri. Memang dekat sangatlah. Nak ke padang kota pun dekat. Dekat jugak dengan The Royale Chulan Hotel. 

Bilik cikzira amek ni namanya Originals Twin, kiranya bilik standard katil single ada 2. Takde breakfast, satu malam RM567+ skali charge semualah. Kalau nak tambah breakfast asing dewasa RM30+, kids RM17 macam tu. 

























Ikutkan cikzira dah lama jugak nak check in sini, tapi sebab tengok harga tu lah. Tapi sesekali kan nak merasa hotel yang harga kayangan jugak untuk bilik standard ni kita cubalah. 

The Prestige Hotel ni dia hotel mewah konsepnya. Dari lobi sampailah ke lif ke toilet dan ke bilik memang rasa macam orang ada-ada lah. Sebab detailings sume memang konsep mewah.

Cafe dekat bawah sebelah lobi nama The Glasshouse. Ada jugak San Francisco Coffee sebelah lobi jugak jadi kalau nak mengopi turun je lif tingkat bawah sekali takde masalah. 




Pool plak dekat tingkat 4 atas sekali satu level dengan gym lah macam biasa kan banyak hotel macam tu. Ada tempat nak OOTD port duduk-duduk cantik on the way nak ke pool tu. Pool dia kecik je tak besar. Untuk kids yang tak cukup tinggi kena pakai pelampung. 

Dari pool nampak pemandangan laut cantik sangat. 






Kesimpulannya, The Prestige Hotel ni hotel yang eksklusif dan boleh dikatakan salah satu hotel yang privasi jugak lah sebab tak bising sangat. Tenang je. Deko cantik dan banyak tempat cantik boleh amek gamba❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails