SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 14, 2012

alahan si ibu.



dekat sekolah cik zira, majoriti cikgu yang mengandung tidak mengalami alahan dan mabuk-mabuk. seronok je tengok sebab mengandung tapi rilek je.


tapi, lain dengan cik zira. badan rasa lemah sangat. keje nak tido je. makan tak selera sebab asyik nak muntah. keluar pun pergi kerja balik kerja je. lain sume terbaring je kat umah. memang tak larat sangat. masa bulan puasa lagilah. asyik muntah je. badan tak bermaya, dah tak aktif macam biasa.


hidunglah yang sangat sensitif. banyak benda yang tak boleh cik zira bau sampaikan boleh buat nak muntah je. makan pun dah memilih tak macam biasa sume nak makan. rasa macam nak tanggal je hidung ni bagi tak bau pape.


ini antara yang cik zira ingat alahan cik zira masa trimester pertama, di awal kandungan :



  • tak boleh bau suamiku, nak dekat-dekat pun macam menyampah je
  • hari-hari sms jelah, suamiku kol pun tak boleh cakap lama-lama sebab nanti nak termuntah. cakap pun tak sampai 4-5 minit pun. nasib baik duduk jauh-jauh. takdelah seksa sangat
  • tak boleh langsung tengok, nampak dan makan fast food. tak lalu. tekak loya. padahal dulu suka je. apa jenis fast food pun, semuanya tak nak. ini memang sampai sekarang tak makan
  • tak boleh bau wangi. tak pakai bedak ngan minyak wangi pun
  • bau softlan lavender yang cik zira beli langsung cik zira benci. tak sedap langsung bau dia. busuk!
  • syampu ngan sabun mandi pun banyak kali tukar. banyak tak boleh bau
  • bau tumis masak lah paling rasa nak mati. bau busuk sangat-sangat. kalau bau macam sesak nafas sangat-sangat. sekarang pun masih pelan-pelan nak hilangkan yang ini
  • bawang dah tak makan
  • air masak langsung tak minum, nak air manis dan sejuk sahaja
  • teh O tak boleh minum, nanti terus muntah balik semua yang dalam perut
  • bau enjin kereta pun tak boleh, puas beli pewangi ngan febreze letak dalam keta.
  • bau tandas sekolah pun nak muntah. 
  • malas mandi, malas syampu rambut, malas nak cuci muka pakai krim sume. sangat malas. padahal dulu sangat rajin
  • mengajar kat sekolah pun terpaksa duduk je. tak aktif dah teacher hazirah macam biasa. nasib baik sekarang dah ok
  • tak boleh buka laptop langsung, kepala pening. tu yang blog MERAH terabai lama sangat
  • malam lepas isyak je terus tido, ha yang ni pun sampai sekarang cepat je mengantuk malam


banyak kan. sebenarnya banyak lagi alahan cik zira. tapi cukuplah ni je yang cik zira dapat kongsikan. syukur alhamdulillah sekarang alahan dan mabuk dah hilang. cik zira dah aktif semula. selera makan pun bertambah. dah sihat. jalan pun dah laju je sekarang takde lemah longlai macam hari tu masa mabuk. syukur alhamdulillah.


orang dalam pun selalu gerak. cik zira selalu borak dengan dia. cuma, perut je lah tak nampak pun. ramai je yang tak tahu cik zira dah jadi mak buyung sebab memang perut sembunyi lagi. hehe


nanti mungkin masuk 7 ke 8 bulan baru orang dalam ni membesar. Insya Allah


nak tengok tak perut cik zira? ni dia ...





masa ni tak silap baru 4 bulan 2 minggu macam tu. kalau duduk buat macam tu baru nampak perut sikit. kalau berdiri, memang tak nampak.


macam cik zira cakap dalam entry semalam, perjalanan masih jauh. kena jaga diri dan selalu berhati-hati. kena amalkan benda yang baik-baik dan rajin bertanya. cik zira selalu dan setiap masa berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah, anak ni nanti selamat dilahirkan dengan sempurna. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 13 september 2012 8.30 a.m.

14 comments:

Zura@Iwan said...

alhamdulillah tahniah zira...lama x jenguk kamu....

biasa la yer...alahan ibu mgndung nie....nnti ok la tu. akak dl x de alahan2 mcm zira....alhamdulillah ok la.

skrg brp bulan dh zira?

Lyaa Suriany said...

heeee comel je prt dieeee
doa kan yg baik baik tuk sis n baby

Gieyana said...

ahamdulillah..early stage preggy mmg alah kan..:-)

Zaliedana said...

Congrat yer zira..uiii alahan cam tuh agak2 baby boy kut eks,hihi...apa pun moga semmuanya dipermudahkan..Kak Ct dah 28mgu dah due bln 12 nnti..kak ct bab yg zira alah semua ok jer,agaknyer bb girl lagilah kut,sbb sama jer rsa cam peknen dulu2 gak..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...


Zura@Iwan :

terima kasih kak. akak oklah takde alahan. kita teruk awal-awal hari tu. tak tahan sangat. nasib dah ok.

sekarang dah 5 bulan kak.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Lyaa Suriany :

comel kan. kecik je. tak membesar lagi. terima kasih dear. tak lama lagi nanti kamu pula.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Gieyana :

tapi tak semua kena alahan. ada orang ok je. tp kalau yang kena alahan tu memang teruklah. huhu

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Zaliedana :

tak kisah lah kak baby boy ke baby girl. semoga sihat sempurna nanti. kak doakan ye. akak pun semoga selamat semuanya tau.

JeeMacey said...

wah tahniah...(;

Peri PiA said...

Alhamdulillah semakin ok

tahniah ye,take care

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

JeeMacey :

terima kasih dear

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Peri PiA :

alhamdulillah. thanx ye

RIZAWATI ABD RAHMAN said...

alalalaaaa... chumelsnye perot kamu. rindu zira. lame akak x jengok blog kamu.

alhmdulillah, pregnant dh kamu. jage diri okeh. :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...



hai kak wati. lama tak dengar cerita akak. rindu kat akak jugak. haah, alhamdulillah. rezeki tak dijangka. thanx kak wati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails