SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 15, 2012

sepah dan sibuk.



sebagai bendahari kelab guru di sekolah, apa sahaja yang berkaitan dengan duit, cik zira akan dahulu pantau dan mana yang boleh dijimatkan, cik zira sendiri yang akan beli dan uruskan. cik zira kan tak suka membazir. hehe


ini cerita khamis malam jumaat cik zira. tengok dulu bilik yang bersepah-sepah ni.





apa lah yang cik zira kerjakan ye? malam tu cik zira setelkan hadiah-hadiah untuk pertandingan mewarna dan hadiah untuk cabutan bertuah yang sudah dibeli. mana yang dah beli, setelkan terus. takdelah nanti kerja banyak sangat. padahal tugas cik zira beli je. tapi disebabkan rajin sangat, terus packing siap-siap. senang keje AJK lain nanti. takpelah, semoga rajin ni berkekalan sampai bila-bila. amin.


untuk hadiah pertandingan mewarna untuk tahun 1 sampai tahun 6 tu, cik zira beli macam-macam yang bila budak dapat mesti seronok. lepas tu masukkan siap-siap dalam woven bag atau beg kapas warna hitam dan kuning. nampak smart dan kemas. tak payah susah-susah nak balut segala. masuk je terus dalam beg. beg pun boleh guna balik. baru budak surprise tak tahu hadiah apa dalamnya.





cik zira tak tahu kenapa cik zira suka sangat dengan beg jenis kapas ni. comel!






sikit dah siap. banyak lagi benda nak kena beli dan setelkan. hujung minggu ni kena bershopping mencari lagi hadiah cabutan bertuah dan barang-barang lain untuk Karnival Usahawan SK Taman Cendana pada 29 September ni. nak kena setel jugak sebab selasa 18 september dah ada meeting serah duit modal dan barang-barang yang cik zira beli.


si mak buyung yang tak berapa nak buyung akan bershopping lagi hujung minggu ni dan macam biasa ke mana pergi memang sorang-sorang je. ada sesiapa nak temankan? ^___*





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 14 september 2012 9.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails