SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Monday, October 18, 2021
Mesyuarat Agung PIBG zaman PKP
Sunday, September 5, 2021
Bila CikZira Ber-google meet
Sunday, March 7, 2021
Minggu pertama persekolahan 2021
Sambil mengajar sambil tanda buku. Lepas habis mengajar kalut siapkan rph online. Hari-hari lah lepasni cik zira kena usung laptop gi skolah. Padahal cik zira adalah manusia yang PALING MALAS BUKA LAPTOP. Ha, faham tak bila dah capslock tu maksudnya memang bercinta sangat nak buka laptop sebab malas. Tapi apakan daya, sekarang hari hari kena on laptop.
Alhamdulillah khalisah khaliq pun ok. Pandai urus diri sendiri. Khalisah memang dari Tahun lepas ajar berdikari. Tahun ni khalisah banyak tolong ibu jagakan adik sekali.
Esok? Tahun 3-6 plak mula masuk sekolah. Lagilah busy di minggu kedua. Semoga semuanya dipermudahkan, dilancarkan. Aamiin.
Cik zira share ootd cik zira di minggu pertama ye❤️
Monday, March 1, 2021
1 Mac 2021
Harini khalisah pergi sekolah untuk hari pertama di PKP 2021. Happy sangatlah khalisah akhirnya dapat pergi sekolah.
Ibu pun happy jugak akhirnya dapat mengajar bersemuka. Tinggal Tahun 3 je lagi pdpr lagi seminggu.
Walaupun busy, tetap sempat masakkan nasi ayam untuk bekalan anak anak dan suami. Tapau jugak bekal untuk makan dekat sekolah.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma harini jalan jem, sampai rumah nak dekat maghrib.
Khalisah happy banyak cerita dia share dengan ibu. Oh, dia jadi penolong kelas cikgu kelas dia pilih tadi☺️
Saturday, February 20, 2021
OOTD Cik Zira untuk PDPR
walaupun tak dapat mengajar dekat sekolah, cik zira masih boleh mengajar, pakai baju kerja cantik cantik.
Sebab apa?
Sebab buat video pdpr mengajar. Cik zira tak suka amek video orang. Memang dari pkp tahun lepas lagi suka buat video sendiri. Biarlah orang kata alah video bodoh bodoh je, takpelah. Janji cik zira puas.
Tak mudah ye nak buat video. Banyak proses dia. Cik zira memang dari dulu guna viva video je. Apps ni je yang memang cik zira guna selama ni. Bila pdpr ni memang buat video mengajar pun guna viva video. Rakam diri sendiri mengajar pastu edit masukkan bahan.
Jadinya berbalik kepada tajuk post kita harini, marilah cikzira share ootd cik zira sempena record video pdpr.
Katanya sekolah nak buka dah tak lama lagi ni, semoga dipermudahkan urusan kita semua. Tak sabar sangat!
Friday, November 6, 2020
cik zira dan merah selamanya
siapa yang folo cik zira dari zaman cik zira hingusan dulu dulu zaman belajar, zaman anak dara, korang memang akan tahu dan kenal sangat cik zira ni pencinta tegar merah.
seluruh jiwa ragalah senang kata, memang nak merah je kalau boleh. beli apa apa pun mesti nak merah, kalau takde sangat baru beli warna lain.
samalah kalau pergi kerja pun, bila pakai merah tu baru rasa aura kemerahan tu. kalau tak pakai baju merah pun, beg dan kasut wajib merah. sampaikan cikgu cikgu dengan anak anak dekat sekolah pun tahu teacher dorang ni suka warna apa.
hidup merah selamanya dalam jiwa cik zira. macam blogmerah ni lah, red is equal to zira❤
Sunday, October 25, 2020
Mask Extender Nama
cik zira ada tempah extender untuk mask dekat cikgu cikgu sekolah, saja nak bagi hadiah. kebetulan ada ibu murid tu memang amek tempahan. boleh jahitkan nama dekat extender.
1 extender RM5 sahaja. cik zira tempahlah 16 kesemuanya termasuk cik zira dengan khalisah punya sorang 2.
almaklumlah, time time PKP yang wajib pakai mask ni, mask kena banyak, extender pun kena standby banyak sebab takut asek ilang letak merata rata.
macam macam extender orang jual. yang sulam lah, yang nama lah, yang permata la, yang getahlah semua ada. beli je ikut korang minat dan suka nak pakai yang mana satu.
janji wajib pakai mask di tempat awam demi keselamatan dan kesihatan kita bersama. ingat, #kitajagakita
Saturday, October 17, 2020
Rama-rama Merdeka
jadual PKP cik zira ada kena mengajar subjek pendidikan seni Tahun 2. haritu masa bulan merdeka kena mengajar pasal rama-rama. teknik mewarna rama rama menggunakan putik kapas.
dah alang-alang bulan merdeka cik zira suruh anak anak kelas 2I tu warnakan rama-rama dengan warna-warna bendera. merah putih biru kuning.
bila semua dah siap, cantik plak rama-rama masing-masing. rama-rama merdeka nama diberi.
Friday, October 9, 2020
Ber-LDP di Vouk Hotel
ingatkan time time PKP ni, takdelah nak kena kerja hari sabtu ber-LDP bagai, sekali kena jugak. ni cerita dua tiga bulan lepas. cik zira dan kawan kawan sekolah, kena kerja hari sabtu ada LDP dekat Vouk Hotel. meeting, taklimat pembentangan lepas tu wajiblah ada makan makan.
nasib baik makanan dekat Vouk Hotel ni bolehlah dikatakan sedap. lauk untuk lunch dia pun sume ok, boleh makan. dan vouk hotel halal ye bahagian makanan dia. boleh makan tanpa was-was.
haritu pernah sekali sekolah buat makan dekat Jen Hotel dekat komtar tu, ya ampun tak sedap. semua tak sedap. memanglah offer murah time tu, sekepala RM20++ tapi janganlah sampai makanan semua takleh telan. huhu
Vouk Hotel, alhamdulillah makanan sedap. pekerja pun semua bagus baik peramah sangat sangat. dari pakcik tolong jaga parking, adik yang serve makanan dekat meeting room, sampailah adik adik dekat restoran. semua baik.
sampaikan masa nak balik, pakcik jaga parking tu tolong snapkan gamba kitorang banyak banyak. siap ajar lagi nak bergambar macam mana. macam pakcik tu tahu tahu je kitorang kaki bergambo.
balik dari sini, sambung bawa khalisah & khaliq berjalan pulak sebab sabtu ahad memang wajib ibu bawa anak anak keluar jalan makan shopping.
Wednesday, March 4, 2020
reward buku paling cantik bersih dan kemas
sebelum tutup sekolah setiap tahun, cik zira akan check buku siapa paling cantik, bersih dan kemas, teacher akan bagi hadiah.
sebelum nak bagi hadiah tu, pergilah cari hadiah dengan khalisah. beli set alat tulis staedler. tahun lepas sama macam tahun ni jugak, ada 3 kelas bahasa inggeris, dajah 1 2 dan 3.
teacher harap dengan reward anak anak ni, dorang bukan saja bersemangat nak belajar tetapi dorang suka dan minat dengan subjek ni. reward ni sebagai pemangkin untuk anak anak cik zira dekat sekolah.
lagipun cik zira memang suka bagi hadiah. dalam pencil box pun sentiasa ada hadiah kecik kecik macam keychain dan sticker order dekat shopee untuk cik zira bagi hadiah kadang kadang ada buat kuiz dan sebagainya.
anak anak ni tak kisah hadiah kecik ke beso ke, dapat je dorang dah happy. kan?
Thursday, February 27, 2020
Sticker Card Cik Zira
ada dua, satu pink sticker maksudnya sume yang baik baik. lagi satu orange sticker, maksudnya sume yang negatif, sebagai denda dan pengajaran jika buat kesalahan.
dorang kalau boleh taknak orange sticker sebab bila makin banyak orange sticker maksudnya makin banyak buat salah, bukan budak baik sebab asek buat salah je.
pink sticker plak kalau teacher tak bagi, dorang plak yang minta sebab nak kumpul banyak banyak. seronok dorang sebab akhir tahun siapa paling banyak pink sticker teacher nak bawa dating makan main dekat Kidland.
sticker card ni cik zira akan buat sesiap sebelum naik sekolah tahun baru, dan dorang akan tampal dekat kulit buku exercise English1. cik zira akan terangkan apa kegunaan sticker card ni bagi dorang faham.
cikgu cikgu lain ada kaedah yang lagi best tak? mehlah share =)
Wednesday, February 19, 2020
Kidland Penang - reward teacher untuk anak anak SKJ
selain reward utama ni, cik zira jugak amalkan bagi hadiah hadiah sekirany anak anak ni buat sesuatu dengan baik. budak budak kan, kasilah apa pun dorang suka sangat.
jangan kedekut dengan anak anak dekat sekolah, sebab mana tahu bila kita ni cikgu cikgu bagi hadiah, dorang akan selalu doakan kita kan. mudah mudahan.
jadi, tahun 2019 cik zira bawa 7 orang pergi kidland. sebelum tu pergi sarapan dekat pelita dulu isi perut nanti lapa.
biasanya setiap tahun cik zira amek pakej yang RM32 untuk setiap orang. sebabnya pakej ni pun amek masa kul 2pm baru habis. sebab setiap station tu akan amek masa 30-40 minit untuk selesai. jadi pakej RM32 ni untuk 4 games dan akan ada free tonton 3D movie, free train dan boleh masuk baby playground.
walaupun anak anak orang penang, dorang tak pernah pun pergi kidland ni. jadi, bila dapat pergi dengan kawan kawan main sama sama, belajar sama sama, teacher plak belanja memang happy lah masing masing.
tahun ni, 2020 siapa plak dapat ikut? kena kumpul pink sticker banyak banyak okeh.



























