SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Wednesday, March 1, 2023
Dinner Tema Merah Hitam
Sunday, October 25, 2020
Mask Extender Nama
cik zira ada tempah extender untuk mask dekat cikgu cikgu sekolah, saja nak bagi hadiah. kebetulan ada ibu murid tu memang amek tempahan. boleh jahitkan nama dekat extender.
1 extender RM5 sahaja. cik zira tempahlah 16 kesemuanya termasuk cik zira dengan khalisah punya sorang 2.
almaklumlah, time time PKP yang wajib pakai mask ni, mask kena banyak, extender pun kena standby banyak sebab takut asek ilang letak merata rata.
macam macam extender orang jual. yang sulam lah, yang nama lah, yang permata la, yang getahlah semua ada. beli je ikut korang minat dan suka nak pakai yang mana satu.
janji wajib pakai mask di tempat awam demi keselamatan dan kesihatan kita bersama. ingat, #kitajagakita
Saturday, October 17, 2020
Rama-rama Merdeka
jadual PKP cik zira ada kena mengajar subjek pendidikan seni Tahun 2. haritu masa bulan merdeka kena mengajar pasal rama-rama. teknik mewarna rama rama menggunakan putik kapas.
dah alang-alang bulan merdeka cik zira suruh anak anak kelas 2I tu warnakan rama-rama dengan warna-warna bendera. merah putih biru kuning.
bila semua dah siap, cantik plak rama-rama masing-masing. rama-rama merdeka nama diberi.
Friday, October 9, 2020
Ber-LDP di Vouk Hotel
ingatkan time time PKP ni, takdelah nak kena kerja hari sabtu ber-LDP bagai, sekali kena jugak. ni cerita dua tiga bulan lepas. cik zira dan kawan kawan sekolah, kena kerja hari sabtu ada LDP dekat Vouk Hotel. meeting, taklimat pembentangan lepas tu wajiblah ada makan makan.
nasib baik makanan dekat Vouk Hotel ni bolehlah dikatakan sedap. lauk untuk lunch dia pun sume ok, boleh makan. dan vouk hotel halal ye bahagian makanan dia. boleh makan tanpa was-was.
haritu pernah sekali sekolah buat makan dekat Jen Hotel dekat komtar tu, ya ampun tak sedap. semua tak sedap. memanglah offer murah time tu, sekepala RM20++ tapi janganlah sampai makanan semua takleh telan. huhu
Vouk Hotel, alhamdulillah makanan sedap. pekerja pun semua bagus baik peramah sangat sangat. dari pakcik tolong jaga parking, adik yang serve makanan dekat meeting room, sampailah adik adik dekat restoran. semua baik.
sampaikan masa nak balik, pakcik jaga parking tu tolong snapkan gamba kitorang banyak banyak. siap ajar lagi nak bergambar macam mana. macam pakcik tu tahu tahu je kitorang kaki bergambo.
balik dari sini, sambung bawa khalisah & khaliq berjalan pulak sebab sabtu ahad memang wajib ibu bawa anak anak keluar jalan makan shopping.
Tuesday, March 31, 2020
huruf blok untuk hiasan
selalu kan print laminate lekat dekat board yang biasanya kan. tapi kalini kita buat kelainan sket. cantik dipandang dari jauh pun.
korang boleh cari dekat shopee tau.
Wednesday, February 19, 2020
Kidland Penang - reward teacher untuk anak anak SKJ
selain reward utama ni, cik zira jugak amalkan bagi hadiah hadiah sekirany anak anak ni buat sesuatu dengan baik. budak budak kan, kasilah apa pun dorang suka sangat.
jangan kedekut dengan anak anak dekat sekolah, sebab mana tahu bila kita ni cikgu cikgu bagi hadiah, dorang akan selalu doakan kita kan. mudah mudahan.
jadi, tahun 2019 cik zira bawa 7 orang pergi kidland. sebelum tu pergi sarapan dekat pelita dulu isi perut nanti lapa.
biasanya setiap tahun cik zira amek pakej yang RM32 untuk setiap orang. sebabnya pakej ni pun amek masa kul 2pm baru habis. sebab setiap station tu akan amek masa 30-40 minit untuk selesai. jadi pakej RM32 ni untuk 4 games dan akan ada free tonton 3D movie, free train dan boleh masuk baby playground.
walaupun anak anak orang penang, dorang tak pernah pun pergi kidland ni. jadi, bila dapat pergi dengan kawan kawan main sama sama, belajar sama sama, teacher plak belanja memang happy lah masing masing.
tahun ni, 2020 siapa plak dapat ikut? kena kumpul pink sticker banyak banyak okeh.
Friday, February 14, 2020
Meeting Akhir Tahun 2019
alkisah sekolah cik zira memang akhir tahun sebelum cikgu cikgu sume bercuti panjang sebulan, kitorang akan adakan meeting akhir tahun hanya sehari jela, takyah datang seminggu. kitorang akan bincang dan buat post mortem kesimpulan sepanjang 2019 dan target untuk tahun 2020.
biasanya dah 2 tahun meeting akan dibuat di hotel dan dapat 3x makan. siapa tak nak kan. haruslah nak. siapa yang tak suka makan ye tak? cik zira suka makan.
pakaian santai santai je tak formal, jadi cik zira pakai seluar slack, kemeja dan jaket nipis sebabnya kan dalam bilik meeting tu aircond sejuk dahlah duk berjam jam.
kalau korang cikgu cikgu ni, meeting akhir tahun bape hari? dekat mana?
Saturday, December 14, 2019
baju merdeka cik zira mix and match
satu masa perasmian bulan kemerdekaan dekat skolah, kali kedua masa ada larian merdeka dalam kampung. menang plak tu sebab takde orang lain pun pakai baju merdeka.
dan untuk perasmian penutup bulan kemerdekaan oktober lepas, cik zira pakai lagi tapi kalini cik zira mix dan match plak. bosan kang asek sama je.
cik zira pakai dengan kain kembang warna merah plak. kalau tak kain dia warna kuning. menanglah pakaikan terbaik merdeka tahun ni. tahun depan nak kena tempah lain plak ke? hehe
TIPS
bila pakai baju yang sama, korang boleh pakai dengan tudung atau seluar/kain yang lain. takdelah kang orang bosan tengok, aik baju sama lagi.
Wednesday, September 11, 2019
bila kena kerja hari sabtu
ada sekali tu kitorang ada bengkel PLC hari sabtu, jadi cik zira pilih pakai jubah dari dreemika, lama dah jubah ni tapi alhamdulillah masih boleh pakai. hitam putih dan shawl hitam. simple tapi nampak kemas.
sesuailah jubah tu sebab duk dalam aircond sejuk dari pagi sampai ke tengah hari.
kalau korang pulak, bila kena kerja hari sabtu baju macam mana korang akan pilih untuk gayakan?
walaupun hari sabtu terpaksa kerja, janganlah malas untuk bergaya tau =)



