SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label sk jelutong. Show all posts
Showing posts with label sk jelutong. Show all posts

Wednesday, August 31, 2022

Baju Merdeka CikZira

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 tahun tahun ni. Alhamdulillah setelah 2 tahun Merdeka sunyi sepi, tahun ni dah dapat merasa semula kemeriahan sambutan Merdeka.

Semalam dekat sekolah cik zira sambut majlis ambang Merdeka. 

Pergi sekolah pakai biasa dulu. Masa nak mula majlis lepas rehat tu baru pakai aksesori mana yang ada. 


Baju cik zira tempah Blouse Merdeka tahun lepas punya. Match kan dengan kain kurung warna merah, pakai shawl putih. 




Lepastu aksesori kepala dan tambah selendang kuning dengan sampin merah la konon kononnya. 

Budak budak pun bukan main happy dapat merasa sambutan Merdeka dekat sekolah. Kalau tak kan sunyi je 2 tahun PKP takde sambutan apa apa.




Ramai pakai cantik cantik semalam beria mak mak siapkan anak anak. Baju cantik cantik kreatif comel semuanya. 


Harini sume cuti rehat sehari, esok kerja balik. Korang pergi mana harini? Ada semangat sambut Merdeka kan? Cik zira rehat dengan anak anak nanti baru keluar berjalan.

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara disayangi ni sentiasa aman damai makmur sentosa. Aamiin🇲🇾

Monday, October 18, 2021

Mesyuarat Agung PIBG zaman PKP

Bila PKP semuanya online kan?
Baruni sekolah cik zira pun sama, macam sekolah lain buat Mesyuarat Agung PIBG secara maya melalui google meet sahaja.

Tapi, cik zira pergi sekolah sebab kena jadi pengerusi majlis. Mudah sebab kalau ada apa apa last minute senang sket lah.

Cik zira pilih pakai blazer belang belang, skirt pleated dan tudung thehijabco warna hitam. Sesekali dapat bersiap kan, siaplah cantik cantik sket.





Lepastu mood rajin bawa siakap stim lemon bawa gi skolah makan dengan nasi putih ramai ramai baru best. 




Semoga in sha Allah tahun depan, dunia kita kembali pulih semula walaupun kena hidup dengan covid ni kan. Semoga kita semua dilindungi dan dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang baik. Aamiin



Balik sekolah bawa khalisah dengan khaliq pergi cari makan pulak. Ibu dah cukup dose, bolehlah bawa makan makan jalan jalan dah. 

Sunday, September 5, 2021

Bila CikZira Ber-google meet

Cik zira tak buat google meet selalu dengan anak anak SKJ sebab ramai yang tak boleh join sebab kekangan tertentu. Jadi cik zira memang buat video setiap kali ada kelas pdpr untuk pengajaran dan panduan untuk kelas hari tersebut. 

Tapi, bila sesekali nak buat google meet tu, semangat nak bersiap cantik cantik nak jumpa anak anak dekat dalam meet tu bukan main lagi. 

Yelah kan, kalau bersemuka tu hari hari bersiap cantik cantik nak jumpa anak anak dekat sekolah tu. Ni pdpr nak bersiap pun dah malas.





Tapi bila selfie still la nak pakai filter, yelah kan apa guna ada filter dekat instagram tu kalau tak gunakan kan.

Takde apa nak minta setiap kali akhir coretan. Cuma nak kita semua sama sama doakan semoga semua ni akan berakhir cepat, semua orang vaksin untuk kebaikan bersama. 

Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ni dan sentiasa sihat dipanjangkan umur dipermudahkan urusan selalu. Aamiin

Wednesday, August 11, 2021

Kak Suhaizan sayang dalam kenangan...



Semalam, 10 Ogos 2021 bersamaan dengan 1 Muharram 1443H, cik zira dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan cikgu di SK Jelutong.

Kak Suhaizan, cikgu bimbingan kaunseling SKJ telah pergi meninggalkan dunia ni ke alam abadi.

Belum habis kesedihan pemergian siti sarah dan keredhaan shuib, terima lagi satu khabar duka.

Betul lah orang kata, dunia ni sementara, Allah amek pergi orang orang baik dahulu.

Mengenali kaksue, beliau merupakan sosok insan yang sangat baik, yang pemurah, yang tak pernah berkira dengan siapa pun. Murah dengan senyuman dan lembut tutur bicaranya. Memang seorang insan, seorang kakak yang sangat sangat baik.

Cik zira amat mengagumi setiap perihal kaksue. Seorang isteri yang sangat baik, sangat taat dan sentiasa berdampingan dengan suaminya.

Takde yang tak elok, semua yang baik baik ye yang Kak Suhaizan. Allahuakbar.

Damailah kaksue di sana, semoga diluaskan dan diterangkan kubur kaksue. Kaksue sangat baik, masukkan kaksue ke dalam syurgaMu Ya Allah.

Friday, March 19, 2021

Berkongsi Rezeki Hari Jumaat

Hari Jumaat cik zira suka bawa makanan pergi sekolah, makan ramai ramai. Tapi kadang tak hari Jumaat pun rasa nak bawa makanan bawa je sebab feel bila makan ramai ramai dekat sekolah tu best☺️

Baruni cik zira order Satay Wak Man, order payment pastu staf anta satay terus dekat sekolah. Masih panas panas lagi masa dapat. Kedai dia dekat Astaka Medan Suri Sg Nibong, Penang.


Order 100 cucuk. Satay ayam dan daging. Pastu dapat macam biasa timun bawang dan kuah kacang.

Pastu di hari Jumaat yang lain, cik zira bawa Biscoff Cheesecake yang sedap beli dengan adik ipar #hanimhomesbake. Bawa dua biji sebab saiz kecik comel. 


Harini pun cik zira nak memasak nak bawa jugak makanan pergi sekolah makan ramai-ramai. Menunya: Spicy Fried Tomyam Spageti😋

Berkongsi rezekilah selalu, tak kisahlah berkongsi makanan ke, bersedekah ke atau apa pun, janji kita sentiasa ingat kepada orang orang yang susah yang lain. 

Sunday, March 7, 2021

Minggu pertama persekolahan 2021

 Alhamdulillah, minggu pertama sekolah Tahun 1 dan Tahun 2 telah tamat. Walaupun Tahun 3 belum masuk sekolah lagi, tapi penatnya terasa. Nak pegang fon pun kadang tak sempat. Nak makan pun makan laju-laju.

Sambil mengajar sambil tanda buku. Lepas habis mengajar kalut siapkan rph online. Hari-hari lah lepasni cik zira kena usung laptop gi skolah. Padahal cik zira adalah manusia yang PALING MALAS BUKA LAPTOP. Ha, faham tak bila dah capslock tu maksudnya memang bercinta sangat nak buka laptop sebab malas. Tapi apakan daya, sekarang hari hari kena on laptop.

Alhamdulillah khalisah khaliq pun ok. Pandai urus diri sendiri. Khalisah memang dari Tahun lepas ajar berdikari. Tahun ni khalisah banyak tolong ibu jagakan adik sekali.

Esok? Tahun 3-6 plak mula masuk sekolah. Lagilah busy di minggu kedua. Semoga semuanya dipermudahkan, dilancarkan. Aamiin.

Cik zira share ootd cik zira di minggu pertama ye❤️

Monday, March 1, 2021

1 Mac 2021

 Harini khalisah pergi sekolah untuk hari pertama di PKP 2021. Happy sangatlah khalisah akhirnya dapat pergi sekolah. 



Ibu pun happy jugak akhirnya dapat mengajar bersemuka. Tinggal Tahun 3 je lagi pdpr lagi seminggu. 



Walaupun busy, tetap sempat masakkan nasi ayam untuk bekalan anak anak dan suami. Tapau jugak bekal untuk makan dekat sekolah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma harini jalan jem, sampai rumah nak dekat maghrib.

Khalisah happy banyak cerita dia share dengan ibu. Oh, dia jadi penolong kelas cikgu kelas dia pilih tadi☺️

Saturday, February 20, 2021

OOTD Cik Zira untuk PDPR

walaupun tak dapat mengajar dekat sekolah, cik zira masih boleh mengajar, pakai baju kerja cantik cantik. 

Sebab apa?

Sebab buat video pdpr mengajar. Cik zira tak suka amek video orang. Memang dari pkp tahun lepas lagi suka buat video sendiri. Biarlah orang kata alah video bodoh bodoh je, takpelah. Janji cik zira puas.

Tak mudah ye nak buat video. Banyak proses dia. Cik zira memang dari dulu guna viva video je. Apps ni je yang memang cik zira guna selama ni. Bila pdpr ni memang buat video mengajar pun guna viva video. Rakam diri sendiri mengajar pastu edit masukkan bahan.

Jadinya berbalik kepada tajuk post kita harini, marilah cikzira share ootd cik zira sempena record video pdpr.

Katanya sekolah nak buka dah tak lama lagi ni, semoga dipermudahkan urusan kita semua. Tak sabar sangat!

Sunday, October 25, 2020

Mask Extender Nama

 cik zira ada tempah extender untuk mask dekat cikgu cikgu sekolah, saja nak bagi hadiah. kebetulan ada ibu murid tu memang amek tempahan. boleh jahitkan nama dekat extender.

1 extender RM5 sahaja. cik zira tempahlah 16 kesemuanya termasuk cik zira dengan khalisah punya sorang 2.





almaklumlah, time time PKP yang wajib pakai mask ni, mask kena banyak, extender pun kena standby banyak sebab takut asek ilang letak merata rata.

macam macam extender orang jual. yang sulam lah, yang nama lah, yang permata la, yang getahlah semua ada. beli je ikut korang minat dan suka nak pakai yang mana satu.

janji wajib pakai mask di tempat awam demi keselamatan dan kesihatan kita bersama. ingat, #kitajagakita

Saturday, October 17, 2020

Rama-rama Merdeka

 jadual PKP cik zira ada kena mengajar subjek pendidikan seni Tahun 2. haritu masa bulan merdeka kena mengajar pasal rama-rama. teknik mewarna rama rama menggunakan putik kapas.

dah alang-alang bulan merdeka cik zira suruh anak anak kelas 2I tu warnakan rama-rama dengan warna-warna bendera. merah putih biru kuning.



bila semua dah siap, cantik plak rama-rama masing-masing. rama-rama merdeka nama diberi.

Friday, October 9, 2020

Ber-LDP di Vouk Hotel

ingatkan time time PKP ni, takdelah nak kena kerja hari sabtu ber-LDP bagai, sekali kena jugak. ni cerita dua tiga bulan lepas. cik zira dan kawan kawan sekolah, kena kerja hari sabtu ada LDP dekat Vouk Hotel. meeting, taklimat pembentangan lepas tu wajiblah ada makan makan.

nasib baik makanan dekat Vouk Hotel ni bolehlah dikatakan sedap. lauk untuk lunch dia pun sume ok, boleh makan. dan vouk hotel halal ye bahagian makanan dia. boleh makan tanpa was-was.

haritu pernah sekali sekolah buat makan dekat Jen Hotel dekat komtar tu, ya ampun tak sedap. semua tak sedap. memanglah offer murah time tu, sekepala RM20++ tapi janganlah sampai makanan semua takleh telan. huhu

Vouk Hotel, alhamdulillah makanan sedap. pekerja pun semua bagus baik peramah sangat sangat. dari pakcik tolong jaga parking, adik yang serve makanan dekat meeting room, sampailah adik adik dekat restoran. semua baik.






sampaikan masa nak balik, pakcik jaga parking tu tolong snapkan gamba kitorang banyak banyak. siap ajar lagi nak bergambar macam mana. macam pakcik tu tahu tahu je kitorang kaki bergambo.



balik dari sini, sambung bawa khalisah & khaliq berjalan pulak sebab sabtu ahad memang wajib ibu bawa anak anak keluar jalan makan shopping.

Wednesday, March 4, 2020

reward buku paling cantik bersih dan kemas

dalam kelas bahasa inggeris cik zira, selain ada sticker card yang anak anak sekolah kena kumpul sama ada pink atau orange sticker tu, cik zira jugak ada reward anak anak yang pandai jaga buku latihan.

sebelum tutup sekolah setiap tahun, cik zira akan check buku siapa paling cantik, bersih dan kemas, teacher akan bagi hadiah.

sebelum nak bagi hadiah tu, pergilah cari hadiah dengan khalisah. beli set alat tulis staedler. tahun lepas sama macam tahun ni jugak, ada 3 kelas bahasa inggeris, dajah 1 2 dan 3.








teacher harap dengan reward anak anak ni, dorang bukan saja bersemangat nak belajar tetapi dorang suka dan minat dengan subjek ni. reward ni sebagai pemangkin untuk anak anak cik zira dekat sekolah.

lagipun cik zira memang suka bagi hadiah. dalam pencil box pun sentiasa ada hadiah kecik kecik macam keychain dan sticker order dekat shopee untuk cik zira bagi hadiah kadang kadang ada buat kuiz dan sebagainya.

anak anak ni tak kisah hadiah kecik ke beso ke, dapat je dorang dah happy. kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails