SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label khalisahsekolah. Show all posts
Showing posts with label khalisahsekolah. Show all posts

Tuesday, April 30, 2024

Cadangan Hadiah Hari Guru

Hari Guru setiap 16 Mei kan? cikzira ni sejenis memang akan ready awal lah semua benda. jadi, sejak bulan 12/2023 dah oder dekat shopee sebab dah tahu nak kasi apa.

hadiah ni sesuai untuk cikgu perempuan. dapat 3 benda. purse comel, pin merdeka boleh guna merdeka nanti dan kerongsang tudung. semua ni kalau cikzira sebagai cikgu dapat pun happy, insya Allah cikgu cikgu anak korang pun mesti happy tau.

purse tu berguna la sebab senang nak buka dia ada magnet. lepastu masukkan dua set pin tu dalam purse tu. kecik senang nak kasi takyah beria nak balut segala. 


lepastu cikzira edit gamba dan tulis perkataan dekat IG je. print sendiri atas glossy paper. packing dalam plastik bajuarab ada banyak kan buat apa bazir. letak gambar tu depan purse. kan comel. 



total untuk 1 set hadiah tu RM9.70. purse tu RM1.90,pin merdeka RM1.90 dan kerongsang tu RM5.90. selalunya untuk Hari Guru setiap tahun memang cikzira bajet hadiah RM10 untuk setiap cikgu. Tahun ni awal, jadi dapat lah sediakan hadiah awal pack awal. setahun sekali je kan. 

sekarang ni masih sempat lagi ni ada 2 minggu lagi. mana tahu ada mak mak yang mencari idea untuk hari guru, bolehlah beli dekat shopee☺️

Monday, March 27, 2023

Aswing Trading, Sg Ara Penang

Post ni untuk rujukan, mana-mana mak ayah yang lepasni nak mencari baju sekolah, baju KAFA, segala peralatan kasut, baju uniform koko semua lah ada dekat Aswing Trading bawah satu bumbung ni. 





Untuk anak-anak di Penang, baju KAFA dah warna biru lain, biru laut macam tu. Tak semua kedai ada jual baju KAFA penang ni. Tapi, dekat Aswing Trading ni memang ada stok banyak. Bagi tahu jelah nak saiz apa staf akan carikan. 

Baju pun kualiti elok. Cik zira jenis suka yang material koshibo licin tu sebab senang urus senang iron dan material selesa. Dekat sini memang material macam tu. 

Lepasni nak cari baju sekolah khalisah, khaliq memang terus pergi sini jelah tak susah sebab semua ada. 

Location: 📍 Aswing Trading, 2C, 1, Jalan Kenari, Sg Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang. 

Saturday, August 28, 2021

Baju Merdeka Khalisah



Sempena bulan Ogos, bulan Kebangsaan Malaysia ni kan, cik zira nak share Baju-baju Merdeka yang Khalisah pernah pakai untuk pertandingan merdeka.





Tahun lepas masih pakai yang lama sebab masih muat walaupun dah sendat hehe, baju tu pun dah letgo dah.

Tahun ni alhamdulillah dapat tempah baju merdeka baru yang cantik cik zira suka sangat tengok khalisah pakai.




Korang kalau nak tempah baju merdeka untuk anak ke untuk korang dewasa sume boleh, tengok dekat instagram: rayyanraisya ok. Sume lawa-lawa.

Monday, March 1, 2021

1 Mac 2021

 Harini khalisah pergi sekolah untuk hari pertama di PKP 2021. Happy sangatlah khalisah akhirnya dapat pergi sekolah. 



Ibu pun happy jugak akhirnya dapat mengajar bersemuka. Tinggal Tahun 3 je lagi pdpr lagi seminggu. 



Walaupun busy, tetap sempat masakkan nasi ayam untuk bekalan anak anak dan suami. Tapau jugak bekal untuk makan dekat sekolah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma harini jalan jem, sampai rumah nak dekat maghrib.

Khalisah happy banyak cerita dia share dengan ibu. Oh, dia jadi penolong kelas cikgu kelas dia pilih tadi☺️

Tuesday, March 24, 2020

bekal sekolah khalisah

kalau ibu rajin ibu masakkan. kalau ibu malas sumbat je dalam airfryer.







tapi kadang kena tanya khalisah nak bawa bekal apa. kadang kadang dia tanak yang berat berat. dia nak keropok lekor atau nuget atau curly fries.

memang hari hari khalisah akan bawa bekal sebab tak bagi duit belanja dekat khalisah. khalisah kalau ada duit entah apa apa dia beli. sebab tu bawakan bekal je hari hari.

Wednesday, March 18, 2020

Khalisah dan Khaliq masuk sekolah

alhamdulillah, 2 Januari 2020, khalisah dan khaliq selamat masuk sekolah di tahun baru.

khalisah 7 tahun, darjah 1. abdul khaliq 3 tahun masuk tadika sama dengan kakak dulu.








dua dua happy, 1st day bangun awal sendiri. ibu pun happy tengok dua dua masuk sekolah. dua dua ibu hantar sampai pagar je ibu tak tunggu.





sekejap je masa berlalu. sekejap je anak anak membesar masuk sekolah kan. sebab tu masa yang ada ni kena luangkan sebaiknya dengan anak anak sebab masa berlalu sangat pantas.

Friday, March 6, 2020

ragaman mak anak nak masuk darjah 1

ragaman mak anak nak darjah 1 😀

1. dah beli buku teks dan aktiviti dah siap balut dan letak sticker. tinggal buku latihan nanti kena beli 17 disember baru kedai buku sekolah buka. kenapa beli sendiri? sebab haritu orientasi dajah 1 khalisah balik awal sebab ada konsert tadika, jadinya boleh amek 28 disember pulak. sejenis tak reti sabar beli sendiri supaya dapat balut cepat cepat😆

2. sticker nama buat 3. satu untuk letak dekat buku teks dan aktiviti, satu saiz kecik nama dan kelas untuk buku latihan kecik kecik dan satu saiz paling kecik untuk tampal dekat botol air ke, bekas pensel dan sebagainya. buat dekat booth dekat queensbay je.

3. kasut sekolah dah siap beli dekat bata yang 2 pasang rm79 tu. beli saiz 1 sepasang saiz 2 sepasang sebab kaki khalisah panjang dan cepat besar.

4. ni tadi pergi mydin. cari baju sekolah. dapat macam yang diingini. suka kain jenis licin ringan dan senang iron. tak suka macam brand canggih tu sebab kejung. brand disiplin memang best kain dia. ada brand ejen ali tapi mahal nya la. baju kurung dia 35.90, brand disiplin baru rm15.90. maka, beli brand displin baju, kain pun rm15.90 dan tudung sarung lycra rm12.90, 3 helai setiap satu. puas hati sebab sarungkan khalisah terus tadi dekat situ. stokin je beli ejen ali, 3 pasang rm15.90.




5. borang sume dah isi tinggal borang pengesahan cop ketua kampung encik suami je belum lagi. maklumlah kerja sendiri takde slip gaji.

6. alat tulis macam pensel warna beli 3 kotak terus buat stok, pensel 2B gam gunting pemadam pengasah dan lain lain beli banyak banyak buat stok dekat rumah senang sket.

tinggal tunggu 28 disember untuk bayaran yuran dan pembelian peralatan sekolah.

sekolah khaliq pun kena kasi setelkan jugak yuran semua secepatnya.

semoga dipermudahkan urusan kita semua ye mak mak yang ada anak dajah 1 tahun 2020.

Sunday, January 19, 2020

sesi mengemas buku buku

pertengahan bulan lepas, cik zira punya semangat beli rak buku baru sebab nak susun buku buku yang ada letak satu tempat. kalau tak sket ada dekat bilik atas, sket dekat bawah.

jadi, pergi kedai perabot dekat jelutong tu, memang suka beli dekat situ rak rak sebab murah, carilah rak buku yang sesuai. berkenan yang tinggi tinggi senang boleh letak banyak buku. sekali takleh delivery haritu jugak. dahlah sejenis kalau nak sekarang kena sekarang jugak tak nak tunggu esok. sejenis tak sabar.

carilah rak yang kecik yang muat masuk dalam kereta terus boleh bawa balik. maka, belilah rak buku putih tiga tingkat ada pintu. harga dia RM198.

usung bawa masuk rumah angkat sendiri dari kereta. semangat nak mengemas punya pasal. susun dekat dengan meja belajar khalisah. meja dengan kerusi dekat bilik atas pun bawa turun bawah senang khalisah nak buat kerja sekolah.



proses mengemas pun amek masa berjam jugak sebab cik zira sekali dah kemas memang kemas bebetul. buang mana tak pakai dah. sharp kan pensel warna pensel sume letak dalam 1 bekas.



siaplah susun buku dan semua barang dalam rak putih tu. seb beklah muat semua. harap dapatlah sekemas ni jugak hari hari. buku buku sekolah khalisah pun susun dalam tu senang dia nak amek letak dalam beg. jadual waktu tampal dekat pintu rak.

macam nilah sudut bekerja dekat ruang tamu kedua rumah ni. sume sumbat dalam laci tanak nampak bersepah.

Friday, January 17, 2020

selamat hari lahir 7 tahun khalisah

alhamdulillah, 17 Januari 2020 harini khalisah genap umur 7 tahun.


ibu doa yang baik baik selalu untuk khalisah walaupun dah macam macam ibu buat dekat khalisah. ibu tetap sayang. cuma ibu nak khalisah banyak bersabar dapat ibu kuat marah kuat jerit kuat bebel kuat pukul macam ibu ni tau



semoga khalisah membesar menjadi anak gadis yang solehah. belajar rajin rajin dan sentiasa membuat kebaikan kepada semua orang.

ibu babah adik dan semua sayang khalisah.

Wednesday, January 1, 2020

permulaan 2020

akhirnya kita semua telah berada di tahun 2020
wawasan 2020
dulu kan masa kecik selalu bayang wawasan 2020 ni ada kereta terbang ada robot segala kan
sekarang dah sampai dah ni
hari pertama tahun 2020

tahun baru
permulaan baru

esok
khalisah dengan khaliq sekolah, ibu pun sekolah
babah je pergi market kerja ;)

alhamdulillah dah setelkan semua apa yang patut dan esok masing masing mulakan tahun 2020 ni dan semoga semua dipermudahkan di hari pertama kembali ke sekolah

khalisah 7 tahun darjah 1
khaliq 3 tahun masuk playschool sampai tengah hari

masa 16 november haritu sekolah khalisah dah siap siap orientasi dajah 1 dah. awal. sekali dengan konsert sekolah tadika khalisah. jadi, pergi je jugak orientasi sekejap lepastu balik awal pergi tadika pulak.

tengok kawan belakang khalisah tu kecik comel je kan


sebelah khalisah tu hensem ibu berkenan hehe


khalisah kelas 1 Nafiri. ada 36 murid dalam kelas tu. dan khalisah paling tinggi rasanya kalau tak silap sebab yang lain kecik kecik comel je. pergi orientasi tak pakai tudung siap makeup yelah sebab terus nak gi konsert. seb bek takde siapa tegur dia kalau tak mesti dia malu.

esok balik kerja, kena dengar khalisah punya cerita di hari pertama sekolah. apalah yang dia nak cerita tu. mesti banyak cerita dia. lepastu kena ajar dia kemas buku sekolah dalam beg ikut jadual dan kena pantau homework dia sume.

Sunday, September 15, 2019

bila adik ke sekolah kakak

dua bulan lepas cik zira kena pergi sekolah khalisah sebab ada open day parents teachers untuk tanya pencapaian anak anak dekat sekolah.

macam biasa usunglah si abdul khaliq sekali.

bersembang dengan teacher khalisah sekejap je tak sampai 10 minit.





tapi, nak menunggu khaliq main tu yang lama. pulak tu ajak balik tanak balik. buat dah perangai dia. paksa jugak balik.

lepas tu terus ke mydin seberang bawa khalisah khaliq tu berjalan dah alang alang keluar kan. lagipun weekend memang cik zira akan bawa anak anak keluar berjalan makan makan shopping.



dan setiap kali shopping memang wajib lah ibu belikan mainan dekat dua ketul ni. khaliq wajib ultraman dia dah berapa ratus ketul dah ada dekat rumah ni. nasib baik ultraman warna merah. hehe

Tuesday, October 23, 2018

semoga Allah berikan yang terbaik untuk Khalisah

khalisah sejak umo 2 tahun dah masuk nursery. umo 3 tahun da mula sekolah. umo 2 tahun dah macam macam kerja dia boleh buat tolong ibu.

umo 2 tahun setengah dah tak pakai pampers. sebelum umo 3 tahun dah tak isap susu botol dah. sebelum umo 2 tahun dah tak isap susu badan. semua dipermudahkan untuk ibu latih khalisah dan khalisah sangat senang untuk semua fasa tu.

masuk sekolah pun senang. anak lain sampai menangis meraung tak bagi mak ayah balik suh tunggu dekat sekolah. tapi khalisah, dia halaunya ibu suruh balik cepat tak payah tunggu dia. hantar terus balik. ibu plak sayu sorang sorang dalam kereta tengok khalisah dah skolah cepat sangat membesar.

walaupun ibu banyak berkasar dengan khalisah selalu kena marah kena bebel kena jerit kena pukul kena belasah, tapi niat ibu satu je nak bagi khalisah anak ibu jadi manusia berguna. pandai berdikari tak susahkan orang sesuka hati.



sekarang ibu babah anta khalisah mengaji dengan seorang bilal dan imam masjid. alhamdulillah khalisah suka ngaji kat situ. bila ustaz tu hantar gambar ni dekat ibu, ibu senyum ibu puas. ibu nak doa lagi khalisah jadi anak yang bijak pandai dan berguna untuk masa depan. Aamiin.

Monday, September 11, 2017

Khalisah macam ibu 😅

Dididik dan didisplinkan oleh ibu makanya khalisah ni ikut apa yang ibu ajar dan apa ibu buat hari hari.

Ibu jenis orang yang sistematik. Sume nak nampak elok tersusun teratur je. Jadi bila nak buat satu satu benda tu kenalah buat bagi elok.

Alkisah skola khalisah kalau ada birthday sape sape akan dapat kertas undangan la konon konon nya.

Haritu dapat sekali dua. 1 isabella 1 lagi firas. Ada dalam 1 laci tu memang ibu beli dan simpan siap siap hadiah besday untuk kawan kawan sekolah khalisah.

Khalisah balik balik rumah dia terus menuju ke laci tersebut dan siapkan hadiah untuk dua dua kawan dia tu.

"Ibu dah siap. 1 untuk isabella 1 untuk firas tau. Nanti ibu balut ok."




Bila ibu tengok ibu senyum. Pandai khalisah cari hadiah untuk lelaki hadiah untuk perempuan.

Suka jerit pun ikut ibu. Tak suka sepah sepah pun ikut ibu. Suka marah marah pun ikut ibu. Lepas main kemas letak balik mana amek pun ikut ibu. Habis tu dah ibu yang jaga kan? 😆

Sunday, January 15, 2017

detik ke 4 tahun

Selasa nanti. 17 haribulan. Khalisah 4 tahun. Macam tahun lepas ibu buatkan sambutan kecil kecilan dekat sekolah khalisah je.

Kek dah oder. Spageti dah. Dadih slurrp pun dah untuk kawan kawan khalisah.

Dan macam tahun lepas kena prepare goodie untuk bagi pada kawan kawan khalisah. Tahun lepas bagi pencil box dengan set alat tulis. Tahun ni bagi set pinggan sudu garfu n pisau. Air kotak milo dengan topeng besday tu.





Khalisah pack sendiri. Ibu tukang stapler plastik. Tahun ni ramai sket 29 pax kena sediakan. Dah siap dahla stand by nak bawa gi sekolah khalisah je selasa ni.

Khalisah nak kek frozen. Sebah dia nak pakai baju princess frozen tu dia cakap. Nak jadi princess la selasa nanti. Suh buat rambuat princess sekali.

Apa apala anak. Apa sahaja untuk khalisah. Asalkan khalisah happy. Setahun sekali je pun kan. Hadiah pun ibu dah belikan awal awal. Cincin emas untuk khalisah 2 bijik dia pilih sendiri. Sibuk nak cincin jugak sebab asek main cincin ibu je. Ibu beikan untuk khalisah kira hadiah besday tahun ni la. Lagipun beli emas ni tak rugi kan. Dah kalau nanya ada anak dara apa lagi nak belikan. Hehe

Untuk anak ibu khalisah. Ibu sayang khalisah sampai bila bila walaupun ibu selalu hari hari marah ngan jerit pastu belasah khalisah. Ibu nak khalisah jadi anak baik dengar cakap. Pandai berdikari. Itu je.

Saaaayaaaannnggg khalisah ibu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails