SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: tips ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: tips ::... Show all posts

Monday, February 20, 2023

Turun sampai 52KG, ini TIPS nya

Hai korang, lama plak cik zira tak buat posting pasal diri sendiri kan. Asek asek makan review check in je dekat blog merah ni. 

Harini cik zira terasa nak share Journey IF (intermittent fasting) cik zira. Kalau sudi, meh baca satu satu sampai ke noktah terakhir tau. Ececeh!

Dua tahun lepas kot, cik zira sangat selesa dengan berat 61-62 kg agak lama la jugak. Dalam dua tahun duk maintain berat macam tu je. Senang hati kan makan je. Masa ni masih pakai baju sume saiz M tapi sama muat lah. Ngam ngam. Konon rasa masih slim padahal berat macam gitu memang nampak besar chubby. 

Dan sampailah November 2020 tak silap berat naik sampai 63kg kot. Terus cik zira kata tak boleh jadi ni. Kena mula! Takkan nak bagi gemok Dah gemok nanti malas nak bagi turun sebab susah dan takkan berjaya.

Jadi, cik zira cabar diri cik zira dalam sebulan november tu. Cukup sebulan sampai disember cik zira pantau berat banyak mana yang turun. 

Apa yang cik zira buat dalam sebulan tu. Masih teruskan IF, kalau tak diet IF setakat 15-16 jam. Lepastu time makan makan tak beringat. Lepastu masih masih minum manis. Jadi masa diet ni cik zira buat ni:
✅ panjang kan masa IF, banyak hari dapat 24 jam.
✅ makan sekali je sehari. Tu pun makan roti dengan telur sahaja.
✅ minum air masak banyak dan secukupnya. Jangan skip. 
✅ takde cheat day walau sehari pun sebab memang tekad diet sebulan!
✅ minum detox setiap malam sebelum tido untuk pastikan perut dicuci keesokkan harinya. 

Ni je yang cik zira buat, takde senaman. Sume pun yang kenal cikzira tahu bahawasanya cik zira paling tak kuasa nak bersenam bagai. 

Kalau aktif buat kerja rumah berjalan pergi kerja ke sana ke mari tu cik zira suka. Ni boleh consider jugak sebagai senaman kan🤣

Ok jadi sebulan November 2020 sampai Disember 2020, dari 63kg dengan ketinggian 160cm, cik zira berjaya turun sampai 56kg. 

SEBULAN turun 7kg. Ok x eh. Oklah tu kan sebab dia nak bagi turun tu amek masa, makan masa. Tapi bila badan dah dapat rentak, slowly akan turun sket demi sket. 

Tips cik zira macam dekat atas tu. Memang kalau cik zira tekad, cik zira akan buat betul betul. Pelawa lah makan macam mana sekali pun cik zira takkan tewas.

Nak diet ni kena kental tau korang. Pedulik la orang cakap apa. Kita cuba capai target. 

Macam dulu tu. Cik zira bagi KPI dekat diri sendiri untuk sebulan je dulu. Sebab bila lama sangat sedap berat 61-62 sekali cecah 63 dia jadi gelabah. 

Ingat Dah takkan jumpa Dah angka 5 dekat depan tu sampai bila bila. Rupanya jumpa balik lah. Alahai syukur alhamdulillah. 

Dan sekarang Januari 2023, cik zira pernah seringan 51.5kg tau korang. Masa nek timbang tengok nombor tu rasa macam mimpi. Dulu zaman anak dara pun paling ringan 54kg. Lepas beranakkan khalisah pun masih maintain 54-55kg. 

Pindah je penang, suami asek kasi makan. Tak cukup dengan masak dekat rumah, malam di belinya kita makan lagi kasi sumbat. 

Maka, membesar dengan jayanya la sampai sebelum pegnen khaliq pun duk berat 60kg dah. Aduhai. 

Jadi, tulah tips cik zira yang cik zira boleh kongsikan. Sekarang senang korang, banyak sangat ilmu pasal nak turunkan berat badan ni. Macam macam group pun ada.

Macam cik zira memang cik zira amalkan buat IF dari dulu Dah bertahun dah. Sebab cik zira sejenis boleh tahan lapa lama. Tapi pagi pagi sambil buat kerja sebelum gi skola tu, cik zira akan minum kopi panas untuk alas perut. 

Bestnya buat IF ni sebab masa time makan, makanlah nak makan apa pun banyak mana pun. Janji bila kita kata nak benti makan, ok Dah kena stop. Minum jela air kosong banyak banyak. 

Dah tak lama lagi kan nak ramadhan. Selalunya time puasa ni bukan turun berat, makin naik adalah sebab makanan sume nampak sedap. Berbuka makan berat, lepas terawih lapa makan lagi, sahur plak lagi. Agak agak turun ke berat tu.

Jadi, sebelum ramadhan kita kasi turun siap siap. Jadi time ramadhan kita akan beringat dan kawal makanan yang masuk. 

Cik zira pun nak buat puasa sunat rejab syaaban setiap isnin sampai jumaat 5 hari bekerja tu. Off sabtu ahad je sebab nak bawa dua ketul berjalan JJCM. Dengan of time dapat "cuti". In sha Allah. Puasa sunat pun best tak penat aktif badan pun ringan je. Boleh lupakan sekejap pasal makan. 

Nah, cik zira bagi satu gamba mana tahu boleh jadi inspirasi dekat korang yang ha bila baca ni terus tekad nak berazam mulakan semangat baru. Nak turunkan berat.
 

Ok, beza kan zaman anak dara belah kiri tu dengan Januari haritu maintain 52.5kg. Anak dara umo awal 20an dengan sekarang yang nak masuk 40 series dah tak bape tahun lagi. 

Kenapa nak kurus cik zira uiii?
✅ taknak ada sakit macam macam bila badan besar gemok ni.
✅ nak badan ringan supaya walaupun Dah 37 tahun tahun ni, cik zira masih sihat kuat aktif buat semua kerja
✅ nak bergaya cantik cantik pergi sekolah budak budak semangat dapat teacher cantik. Boleh gitu🤭

Yang paling penting, anak anak kasi support dorang pun tahu ibu diet. Dan encik suami pun tak pernah tak support. Kalau dia tahu isteri dia mula diet, dia takkan tanya Dah nak makan apa🤣

Satu lagi, selalu lah berdoa, setiap hari supaya Allah berikan kesihatan kekuatan badan supaya dapat bekerja menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Aamiin. 

Oklah, panjang sangat dah ni. Baca ke sampai habis ni. Cik zira kata awal ayat tadi suh baca sampai noktah terakhir kan. 

Penutup kata, badan kita kita yang kawal. Nak kurus, kita usaha kurus bagi kurus cantik dan sihat. 

Kalau rasa nak biarkan je, takpelah buat apa susah susah seksa diri diet sana sini. SILAKAN. 

Nanti bila dah beso sangat, berat dah makin naik dan naik, baju sume banyak dah tak muat asek kena beli baru je, ha masa tu salahkan diri sendiri tau. Padan muka!😅

Ok dahlah. Sekian. 

Monday, June 6, 2022

Suit & Abaya Pleated Merah

Dah lama plak tak share OOTD cik zira pakai warna favourite tegar cik zira kan. Mestilah warna MERAH kan warna apa lagi.

Hari hari sebenarnya cik zira share OOTD cik zira dekat story dalam wasap IG dan FB. Yelah, kerja membeli baju je kan selalu kena la hari hari pun amek gamba. Nanti senang nak letgo baju pun post je gamba sebab memang sume baju ada gamba selfie. Hehe


Ok untuk post harini cik zira nak share dua gaya berbeza. Satu cik zira pakai suit merah iaitu Lalisa Set dari She Dazzle harga RM149 exc poslaju. Material scuba dan cutting sangat modern casual dan trendy. 

Cik zira match kan dengan skirt extender putih untuk gaya lebih sopan dan cantik. Extender putih tu cik zira beli dekat shopee je RM9 macam tu tak silap.



Suit ni cik zira pakai masa birthday cik zira Mac lepas. Match kan lagi dengan anzalna shawl dari Loveta. Harga shawl tu RM59 Dia attach sekali dengan inner dan ada tali untuk ikat. Material pun premium chiffon. 

Simple outfit tapi still nampak kelainan kan bila keluar. Takdelah nampak kelam je. Bila pakai macam ni dengan warna merah maroon ni memang nampak kan cik zira seorang wan ita yang confident dan berjiwa besar. Ececeh!

Ok next, cik zira share pulak look hari Jumaat. Pergi sekolah pakai Abaya pleated diamond. Beli dekat IG jugak masa promo dapat harga RM189 exc pos. Warna merah maroon yang memang warna cik zira. Pun sama cik zira pakai dengan anzalna shawl yang sama. Padahal di bulan berbeza. Tapi sebab best pakai anzalna shawl tu repeat la kali kedua. Hehe



Siapa yang masih belum ada pleated Abaya ni, wajib grab buat koleksi. Sebab walaupun Abaya, tapi bila pakai tu nampak sweet elegant terus tau. Pakai plak dengan shawl. Memang nampak sopan tapi dalam masa sama kekal kan gaya Anggun tu. 

Cik zira suka bergaya. Kadang tak perlu try hard pun. Kita tengok mix n match kan baju dan tudung yang sesuai. Janji confident nak pakai. Tapi jangan sampai petak petak bunga bunga sume dalam satu gaya, pening orang yang tengok pun. 

Ingat, simple pun takpe janji nampak cantik dan kemas. 

Sunday, May 22, 2022

Hadiah Hari Guru

Ha kalau jadi mak mak ni, tak sah kan kalau pening nak fikir hadiah apa anak anak nak kasi dekat cikgu cikgu masa hari guru. 

Dari khalisah tadika memang cik zira akan belikan hadiah untuk khalisah bagi dekat teachers. Sampailah dah masuk sekolah kebangsaan pun sama, khaliq pun sama. Memang akan carikan hadiah untuk hari guru. 

Cik zira pernah belikan coklat, tupperware, kerongsang dan macam macam jugak tak ingat dah. 

Tahun ni khalisah setelkan semua. Dia yang packing tulis. Untuk sekolah khalisah Dia bagi shades sekali dengan bekas. Untuk sekolah kafa dan sekolah adik cik zira belikan mini perfume. Boleh buh dalam beg dan senang nak bawa gi mana mana. 


Bukan hadiah pun yang cikgu cikgu minta. Tapi kita sebagai mak, nak hargai jasa cikgu cikgu yang dah tolong jaga dan didik anak anak kita dekat sekolah dekat nursery. 

Berapa pun nilai tu tak penting, kalau kita rasa ada lebih nak kasi lebih terpulang kan. Janji anak anak rasa happy bila dapat kasi hadiah dekat cikgu cikgu dorang. Balik cerita cikgu cikgu cakap terima kasih. 

Kan bahagia namanya tu kan❤️

Sunday, May 8, 2022

Packing Baju Balik Kampung

Sejenis cik zira kalau balik kampung, memang dah bajet baju dah ikut hari. Dan mudah nya jugak sebab dekat melaka ke atau JB memang cik zira dah tinggal siap siap baju untuk harian pakai dekat rumah. 

Yelah sebab biasanya cuti seminggu ke dua minggu ke memang akan bergilir sama ada balik melaka atau balik JB. Jadi memang tinggal terus baju rumah.

Bawa balik baju nak berjalan je. Macam raya baru ni cik zira kira siap siap baju raya untuk dua hari dengan baju nak jalan untuk balik penang.


Pack dalam plastik siap siap ikut hari. Kalau bukan raya pun cik zira akan bajet baju jalan ikut bape hari nak pergi berjalan kalau balik melaka biasanya tak berjalan memang duk rumah jadi tak bawa balik banyak baju. Kalau balik JB yang akan berjalan lebihkan baju jalan. Biasanya gitu je.

Jadi kalau balik nek keta ke nek flight ke memang akan bawa 1 je luggage merah kecik tu. Lepastu satu beg galas belakang. Itu je. 

Pastu kalau boleh basuh baju siap siap lagi mudah. Nanti sampai rumah takdelah nak membasuh tinggal kemas simpan je. 

Masih mood beraya kan korang. Baju raya cik zira dengan khalisah khaliq pun banyak ni. Nanti sambung raya dekat penang pulak. 

Hati hati di jalan raya tau siapa yang memandu tu. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang. 

Thursday, November 25, 2021

Packing untuk staycation

Cik zira selalu bawa anak anak pergi check in hotel kalaurasa nak check in tengok ada kosong terus book. 

Yelah sebab memang setiap weekend akan bawa khalisah khaliq berjalan. Bila kadang dah tak tahu sangat nak pergi mana, check hotel mana yang ada kosong book terus.

Dan biasanya untuk 2 hari 1 malam tu memang cik zira pack baju dalam 1 beg galas je. Haritu ada sekali back to back hotel 3H2M jadi kena ada dua beg galas. 1 untuk hotel pertama satu lagi beg untuk hotel kedua. 

Kiranya takdelah bawa beg besar besar pun sebab dah tahu kan bawa baju yang memang guna dan cukup cukup.

Kalau untuk 1 malam, mesti kena ada baju tido malam, baju swimming pool dengan baju jalan untuk check out esoknya sebab selalu lepas check out akan keluar lagi pergi makan sebelum balik rumah. 



Cik zira akan gulung gulung baju yang nak bawa tu sebab lagi senang nak sumbat. Tak guna banyak sangat ruang. Lagipun tak banyak pun baju kena bawa kan untuk 1 malam. 

Kalau ada macam makanan ke jajan ke buh dalam beg asing khas untuk makanan. Kiranya 2 beg jelah untuk check in 1 malam. 

Nanti bila dah sampai rumah nak unpack nak mendobi pun senang tak lah banyak sangat baju kan. 

Thursday, August 5, 2021

Cara Simpan Tudung

Sebelum ni tak silap cik zira pernah share cik zira simpan bawal kesayangan cik zira dari #hijabersfever tu dalam kotak kecik kecik kan?

ok, harini cik zira nak share yang AKHIRNYA cik zira dapat jugak gantung bawal best dari #thehijabco dengan bawal bawal dan shawl lain lain yang melambak tu guna hanger. Akhirnya!

Patutnya stand tu cik zira gantung baju baju encik suami, tapi cik zira bawa turun baju baju dia sume dekat bilik bawah, jadi SPACE tu untuk tudung tudung cik zira. Yay!

Barulah senang nak belek nak pilih, kalau tak duk berlipat dalam gobok. Payah nak pilih. Sekarang dah senang dah.



Untuk tudung Syria, tudung instant bawal yang lain cik zira lipat macam biasa simpan sebab payah nak gantung hanger macam tu takde klip.

Anak tudung pun cik zira gulung isi dalam bekas comel tu. Sume benda banyak kan cik zira ni, tapi.... kena duduk rumah je sekarang. Kes makin banyak, semalam je nak cecah 20k positif dan 200 lebih kematian. Sedihnyaa 

Korang duduk rumah tau kalau takde apa, kemas lah rumah buang mana tak patut. Cik zira dah berkemas jugak rumah banyak kali ni buang benda yang tak guna dah. 

STAY SAFE korang. Semoga kita semua dilindungi dari covid ni dan dipanjangkan umur. Aamiin

Thursday, July 1, 2021

Tudung Hijabersfever

Cik zira kalau dah suka satu satu benda tu, memang akan beli banyak banyak. Dan kalau nak cerita pasal tudung, cik zira jenis tak sangat nak membeli tudung mahal mahal. Layan je tudung murah kadang beli borong sekoci sebab suka benda sama cuma nak warna dan corak berbeza.

Kalau baju ke cik zira tak kisah nak beli yang mahal seratus lebih sepasang sebab tu baju. Kalau tudung tu cik zira lagi prefer yang murah je. Paling mahal pun cik zira beli #thehijabco yang sehelai RM69 ha yang ni pun collection cik zira berhelai helai...

Tapi takpe, masing masing membeli pun guna duit sendiri kan. Terpulang pada pandangan masing masing.

Ok berbalik kepada Tudung Hijabersfever ni. Cik zira dulu pergi kerja memang pakai shawl instant dua muka tu beli borong ada banyak colour la macam biasa kalau beli banyak terus. Memang bertahun lah pakai shawl instant dua muka tu.

Pastu terjebak dengan bawal #thehijabco. Kiranya dua brand ni memang tudung yang cik zira suka sangat. #hijabersfever ni dia tudung bawal instant. Jenis sarung je auto siap auto cantik awning sume jadi terus. Nak iron pun mudah takyah bekerja keras sangat.

Memang jadi tudung cik zira pergi kerja atau gi jenjalan. Dah ada 35 helai semuanya. Dulu cik zira lipat pastu susun tinggi tinggi. 

Tapi susah plak nak bagi nampak warna yang ada. Jadi, cik zira guna organizer lipat dan gulung tudung pastu susun dalam tu. 


Jadi, senang nak nampak warna satu satu. 

Yang bawal ke shawl lain lain cik zira masih lipat macam biasa dan susun meninggi dekat bahagian tudung dalam rak tu. 

Korang simpan tudung bebanyak tu macam mana eh?

Tuesday, June 1, 2021

Tips : tak nak kasi kuku kuning kena serbuk kunyit


Ha panjang tajuk tips kali ni kan? Mungkin ada yang dah guna cara ni jugak dah lama. Tapi, mana tahu ada yang masih tak tahu kan jadi bolehlah guna cara yang ni ok.

Kalau nak goreng ayam ke ikan ke sotong udang dan sebagainya guna serbuk kunyit dan garam tu, cara goreng biasa tu, bolehlah guna cara ni ok.

Mudah dan kuku jari sume tak kuning kuning dah!

Jom!
1. Letakkan bahan yang nak digoreng di dalam bekas yang ada penutup.
2. Bahan nak digoreng + serbuk kunyit + garam
3. Tutupkan bekas seketatnya supaya tak terkeluar.
4. Ha lepastu goncang kan sekuat hati.
5. Dah habis goncang, bukakan penutup. 
6. Bahan sume dah sebati dah senang je. 



Bolehlah menggoreng tanpa kuningkan jari dan kuku korang.

Oh haritu cik zira nak goreng 2 ekor ikan siakap. Jadi cik zira potong dua boleh goreng sekali harung je kalau takde kuali beso. Nanti masa hidang cantumkan je balik. Mudah kan hehe☺️

Friday, April 2, 2021

Bergaya dengan sepasang suit

Sekarang banyak dah jual baju dengan seluar atau kain yang sepasang. Jadinya mudah kalau kita nak keluar dengan cepat tapi dalam masa yang sama nak bergaya. Takyah fikir fikir nak mix n match susah susah dah. Memang dah sepasang.





Lepastu, kalau rasa boring nak mix n match dengan yang lain pun boleh. Contoh suit Blouse ni dengan kain kembang. Tapi cik zira pernah padankan dengan palazo hitam, still cantik dan kemas je nampak kan.



Korang kena pandai cari suit yang cantik cantik yang korang boleh mix n match kan jugak dengan apa yang korang dah ada. 

Nak bergaya? Nak rasa cantik? Berani je. Yakin. Bila diri kita sendiri rasa yakin, orang yang tengok pun rasa yakin dengan kita. Tengok cermin dulu. Puji diri sendiri cantik, kalau kita sendiri tak puji siapa lagi kan? Hehe

Friday, March 6, 2020

ragaman mak anak nak masuk darjah 1

ragaman mak anak nak darjah 1 😀

1. dah beli buku teks dan aktiviti dah siap balut dan letak sticker. tinggal buku latihan nanti kena beli 17 disember baru kedai buku sekolah buka. kenapa beli sendiri? sebab haritu orientasi dajah 1 khalisah balik awal sebab ada konsert tadika, jadinya boleh amek 28 disember pulak. sejenis tak reti sabar beli sendiri supaya dapat balut cepat cepat😆

2. sticker nama buat 3. satu untuk letak dekat buku teks dan aktiviti, satu saiz kecik nama dan kelas untuk buku latihan kecik kecik dan satu saiz paling kecik untuk tampal dekat botol air ke, bekas pensel dan sebagainya. buat dekat booth dekat queensbay je.

3. kasut sekolah dah siap beli dekat bata yang 2 pasang rm79 tu. beli saiz 1 sepasang saiz 2 sepasang sebab kaki khalisah panjang dan cepat besar.

4. ni tadi pergi mydin. cari baju sekolah. dapat macam yang diingini. suka kain jenis licin ringan dan senang iron. tak suka macam brand canggih tu sebab kejung. brand disiplin memang best kain dia. ada brand ejen ali tapi mahal nya la. baju kurung dia 35.90, brand disiplin baru rm15.90. maka, beli brand displin baju, kain pun rm15.90 dan tudung sarung lycra rm12.90, 3 helai setiap satu. puas hati sebab sarungkan khalisah terus tadi dekat situ. stokin je beli ejen ali, 3 pasang rm15.90.




5. borang sume dah isi tinggal borang pengesahan cop ketua kampung encik suami je belum lagi. maklumlah kerja sendiri takde slip gaji.

6. alat tulis macam pensel warna beli 3 kotak terus buat stok, pensel 2B gam gunting pemadam pengasah dan lain lain beli banyak banyak buat stok dekat rumah senang sket.

tinggal tunggu 28 disember untuk bayaran yuran dan pembelian peralatan sekolah.

sekolah khaliq pun kena kasi setelkan jugak yuran semua secepatnya.

semoga dipermudahkan urusan kita semua ye mak mak yang ada anak dajah 1 tahun 2020.

Wednesday, March 4, 2020

reward buku paling cantik bersih dan kemas

dalam kelas bahasa inggeris cik zira, selain ada sticker card yang anak anak sekolah kena kumpul sama ada pink atau orange sticker tu, cik zira jugak ada reward anak anak yang pandai jaga buku latihan.

sebelum tutup sekolah setiap tahun, cik zira akan check buku siapa paling cantik, bersih dan kemas, teacher akan bagi hadiah.

sebelum nak bagi hadiah tu, pergilah cari hadiah dengan khalisah. beli set alat tulis staedler. tahun lepas sama macam tahun ni jugak, ada 3 kelas bahasa inggeris, dajah 1 2 dan 3.








teacher harap dengan reward anak anak ni, dorang bukan saja bersemangat nak belajar tetapi dorang suka dan minat dengan subjek ni. reward ni sebagai pemangkin untuk anak anak cik zira dekat sekolah.

lagipun cik zira memang suka bagi hadiah. dalam pencil box pun sentiasa ada hadiah kecik kecik macam keychain dan sticker order dekat shopee untuk cik zira bagi hadiah kadang kadang ada buat kuiz dan sebagainya.

anak anak ni tak kisah hadiah kecik ke beso ke, dapat je dorang dah happy. kan?

Sunday, November 3, 2019

TIPS : berkorban untuk senang



cuba baca kata-kata di atas tu.

korang rasa kan?

kita semua Allah kasi pinjam 24 jam sehari. semua sama.

waktu kerja tu memang untuk bekerja. tapi bagi korang yang sama macam cik zira, suka meniaga dan cari side income, perlu dan kena korbankan masa rehat dan masa tidur tak boleh sama dengan orang lain.

cik zira takde masa rehat yang banyak. tido pun sama. cik zira tak suka tidur sebab kalau tidur rasa macam rugi masa tu sebab boleh siapkan kerja yang ada.

cik zira ni isteri dan ibu. buat kerja rumah setiap hari tak suka bertangguh. contoh, kalau basuh baju 2 hari sekali, masuk dryer lepastu terus lipat susun dan simpan. kalau tangguh pun paling lama sehari. iron baju la suka tangguh sket tapi tetap pastikan buat jugak sebolehnya.

rumah tak suka sepah. kena sentiasa kemas. masak kalau time rajin memang akan masak. kecuali kalau sibuk sangat order bajuarabkhredshop banyak masuk memang tak sempat masak.

dekat sekolah pun sama. cik zira pastikan kerja sentiasa siap awal. tak suka bertangguh. mana kena buat cik zira buat seawal waktunya.

masa bila setel bajuarabkhredshop?

masa yang rehat yang cik zira korbankan tu. masa tido yang cik zira korbankan tu. orang lain boleh berehat rehat. cik zira atur masa yang cukup untuk buat semua kerja. semua sendiri.

semoga diberi kesihatan dan kekuatan buat cik zira setiap hari untuk bekerja menguruskan rumah dan anak anak juga side income bajuarabkhredshop ni. semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk cik zira dan keluarga dan buat semua yang membaca ni. aamiin

Friday, November 1, 2019

jubah hitam wajib ada

tips harini
pakailah jubah hitam atau baju hitam dan gayakan dengan tudung printed mahupun tudung plain.
gaya macam ni simple tapi nampak kan diri korang smart dan cantik dipandang.

jubah hitam wajib ada dalam koleksi korang tau.




kenapa wajib?
sebabnya bila malas, sangat malas jubah hitam ni lah penyelamat. sarung jubah, pakai tudung yang korang sangkut tu, tak gosok kan sebab malas pastu siap!

bawal best dari : thehijab.co
jubah scales dari : heaxabell

Saturday, October 26, 2019

beli dan bayar sendiri

cik zira kalau keluar bawa anak-anak berjalan, mesti nak belikan maianan dekat dorang. walaupun dorang takde pun minta. ibu dia yang lebih lebih.

kadang kesian, bawalah jugak masuk kedai mainan.

khaliq fav dia ultraman. keje nak ultraman je.




ada sekali tu, suh dia pilih nak yang mana, lepastu ibu kasi duit dekat dia suh pergi bayar.

pandai pun abdul khaliq.

Thursday, October 24, 2019

handbag merah kecik cik zira

handbag cik zira banyak. lebihla 5 bijik. kira banyaklah tu untuk orang yang bukan penggemar membeli beg.

salah satunya yang kecik comel ni. dah lama dah. beli masa awal-awal kerja dulu. masa duduk JB order online dengan personal shopper.

berkenan sebab warna merah dia tu cantik. plak tu berkilat. kecik pun takpelah, dah berkenan kan. time tu beli macam dalam RM800 jugak tak silap. tak ingat dah sebab dah lama kan. brand coach je mampu. hehe



kalau macam cik zira nak keluar berjalan yang macam kejap kejap je sejam hingga ke 3 jam, cik zira lebih selesa usung beg merah kecik ni je. walaupun nampak kecik tapi muat je nak sumbat barang. mainan lah pampers pun muat. kadang letak botol susu skali dalam beg ni. cumanya tak boleh nak zip jela kalau letak botol susu.

tu orang kata, kecik kecik cili padi.

Sunday, September 29, 2019

kopi jamu amalan cik zira

kalau tanya cik zira ada amek apa apa tak supaya bertenaga sepanjang hari. bangun subuh dan tido balik lewat malam setiap hari rutin macam ni dan buat kerja suri rumah, cikgu dan owner bajuarabkhredshop.

ada.

cik zira memang amalkan minum kopi jamu sejak habis pantang khaliq. biras yang kenalkan. cik zira jatuh cinta sebab kopi yang sedap. dan ada ramuan herba yang bagus untuk dalaman dan jugak luaran kita wanita yang dah beranak pinak ni.

lagi lagi cik zira ni jenis aktif dan hari hari banyak kerja kena buat. kena ada tenaga yang banyak sepanjang hari setiap hari.

tahun ni 33 tahun, walaupun umur semakin meningkat kalau boleh cik zira nak sentiasa nampak muda cergas dan bertenaga. sentiasa cantik luar dan dalam untuk diri sendiri untuk suami dan untuk anak anak dekat sekolah.



cik zira amalkan ayu dara cafe ni memang kalau sekali beli 2 kotak. dalam sekotak ada 12 sachet. sehari minum 2x pagi dan petang atau malam. kalau tak minum ni macam tak sah hidup sehari tu. hehe. sampai macam tu sekali kan. dia jadi macam ketagih pulak. sebab sedap.

banyak kopi jamu brand macam macam sekarang ni. korang boleh cuba tengok mana yang sedap.



ingat tau, kita perempuan ni banyak nak kena jaga. luar dan dalam. walaupun berumur tetap nak kena sentiasa bercantik cantik dan jaga penampilan kita ok.

Tuesday, September 17, 2019

botol air merah

sebelum ni, cik zira pergi kerja bawa botol tupperware warna merah yang 1L tu je. ke 1.2L. jadi, memang tak cukup. baru pukul berapa air dah habis.

maka, mencarilah botol besar 2L dekat diy. yang ada pun botol merah 1 design ni je. teruslah beli dan bawa ke sekolah. barulah banyak sket minum air masak.




tu pun kadang tak cukup, kadang lepas rehat atau dalam kul 3 lebih je dah habis jugak 2L.

takkan nak bawa 3L plak mana nak usung botol berat berat gi merata. pastu, kerja nak gi toilet je sebab minum air banyak sangat ;)

minum air masak ni bagus tau korang, walaupun cik zira sejenis melantak semua makanan, tapi bila dah cuci balik dengan air masak berat akan maintain la susah nak naik mendadak. naik tu tetap akan naik.

dulu sangat susah nak dapat setitik air masak pun susah. alhamdulillah lepas pantang khaliq dah ajar diri minum air masak elakkan minum manis hari hari. sesekali takpe.

Sunday, July 14, 2019

DARI MALAYSIA KE BALI BERSAMA CATHAY PACIFIC

Ekonomi sekarang ni tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin. Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight. pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. So kali ni cik zira nak sembang sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni. macam mana nak cari Cathay Pacific online promo kat korang semua and sikit info pasal cathay pacific supaya korang kenal sikit siapa diorang ni. 


So nak dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Korang boleh pergi kat link https://www.traveloka.com/en-my/cathay-pacific#schedule terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke Bangkok, atau nak cari cheapest flight to bali, first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, dan cik zira cadangkan korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang menarik. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia kluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Tak payah pergi satu persatu.Pada masa sekarang ni Cathay Pacific ni boleh pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang 35 negara so korang cuba bayangkan macam-macam tempat yang korang boleh pergi. Cathay Pacific ni airlines dari Hong Kong, dan pernah menang award tau pada tahun 2016 sebagai penerbangan paling bersih dan  terbaik dunia. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang bacalah info dekat traveloka tu. Ada banyak policy yang korang leh baca berkenaan rules rules yang korang kena patuhi. Baggage maximum berapa, kalau lebih berapa kena tambah, pet takleh bawak, barang apa yang boleh bawak dalam luggage dan sebagainya. Time nak check in pukul berapa sebelum flight, kalau cancel atau reschedule macam mana nak buat semua info ada. Sekali sekala korang try la naik ngan Cathay Pacific ni untuk experience camne terbang dengan award winner pada tahun 2016 ni. Oh ya dekat Traveloka ni korang boleh juga book terus dan buat payment, sebab apps ni antara yang paling selamat untuk buat online transaction. Kalau ada apa-apa masalah korang boleh roger helpline diorang yang beroperasi 24 jam. No telefon local pun ada so takyah nak tunggu office hour negara luar. Kalau korang selalu fly dengan Cathay Pacific ni korang boleh involve dengan Marco Polo Club program. Korang boleh dapat banyak benefit kat sini, dan dia ada banyak level. So kalau rasa diri tu banyak travel gunakanlah benefit ni sebaik mungkin. 

Korang ada 4 seat options dengan Cathay Pacific ni, ikutlah korang punya bajet sama ada nak economy, premium economy, business atau first class. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Korang boleh request blindfold untuk tidur kalau nak. Makanan lak lebih banyak pilihan dan sedap-sedap gak tu. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Makanan lak datang dari chef from the top restaurant.Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Makanan pulak korang ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana korang nak. Untuk first class pulak seat korang boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm korang dapat rehat secukupnya. Makanan korang boleh pilih banyak pilihan dank orang siap boleh pilih time bila nak makan. Cuma kat sini nak pesan janganlah order time take off atau time landing, terpelanting lak makanan korang nanti. Hahaha. So nanti kat Bali korang boleh la enjoy puas-puas jika dapat sampai dengan selamat InsyaaAllah. Yang penting korang sampai dengan selamat baru boleh enjoy the beautiful pulau. 

Image result for bali
  
apa-apa korang klik je link dekat atas tu tadi tau. korang yang suka travel dan suka ke pulau macam BALI bolehlah dapatkan semua info dekat TRAVELOKA tau.

Friday, June 14, 2019

anak kena chicken pox?

masa bulan ramadhan haritu, khalisah kena chicken pox. sebelum ni tak pernah kena lagi. cik zira pun tak ingat cik zira ni time kekecik dah pernah kena ke tak. jadi, takde pengalaman. ramailah berkongsi apa kena buat apa tak boleh buat dengan cik zira. terima kasih sangat.

ni cik zira kongsikan plak dengan korang. kot google kan nak cari maklumat untuk anak yang kena chicken pox.

pertama sekali, cik zira baru tahu time kena haritu, chicken pox dengan demam campak adalah dua sakit yang berbeza tau. tak sama. ingatkan campak tu bahasa melayu chicken pox bahasa inggeris tapi rupanya bukan. simptom dan apa yang naik dekat badan tu pun berbeza.



jadi, yang khalisah kena tu chicken pox. dia naik biji belon yang besar besar kecik kecik pun ada. memang bisa dia cakap dan sangat gatal.

kawan sekolah cik zira bagi daun semambu. kata orang:


  • rebus daun semambu tu bagi mandi - ni cik zira buat sekali je sebab malas
  • blend daun campurkan dengan bedak sejuk sapu dekat tempat kena tu - ni tak buat pun
  • alas tempat tidur dengan daun daun semambu tu nak elak gatal - khalisah buat sendiri sekali je
pastu orang pesan lagi :
  • jangan menumis nanti lagi bisa dan gatal - tapi cik zira masak je tutup pintu dapur
  • jangan bagi kena hujan nanti lagi teruk berparut - memang elakkan kena hujan duk uma je
  • jangan bagi makan kicap nanti hitam berbekas parut
  • hati-hati nanti berjangkit dengan khaliq - alhamdulillah syukur khaliq tak jangkit
lepastu, apa korang boleh beli yang jenis moden:



  • sabun semambu himalaya boleh guna masa mandi sental pelan pelan dekat satu badan - ni dekat farmasi ada seketul dalam RM7-RM8
  • losyen semambu - ni cik zira beli dekat shopee RM40 - boleh sapu lepas mandi ke sebelum tido
cik zira bukan jenis particular sangat bab jaga anak sakit. jenis asal boleh. dan banyakkan berdoa anak cepat sembuh. khalisah mengadu gatal pun dia kena marah cik zira suruh sabar. 

chicken pox tak habis, kena influenza A plak lepastu. dugaan ramadhan untuk khalisah.

Saturday, June 8, 2019

cadangan hadiah hari guru untuk anak

hai korang. harini untuk entry kalini, walaupun masih dalam mood raya, cik zira nak berkongsi pasal hadiah hari guru untuk anak korang nak bagi dekat cikgu.

kalau anak korang sekolah rendah, cikgu ramai kan, kalau tak bagi dekat semua mesti bagi dekat cikgu cikgu yang mengajar je. kalau kes macam ni, cik zira sebagai cikgu sekolah rendah, memang suka sangat dapat :

  • marker pen
  • pen merah biru hitam
  • alat tulis
ni yang cik zira pasti semua cikgu sekolah rendah suka sangat dapat. takyahla beli cawan cawan ke frame ke dan yang sewaktu dengannnya sebab dah tahu nak simpan mana. kalau bagi pen marker sume tu, memang kitorang akan guna. happy sangat dah.

ok, ni cik zira nak share plak hadiah untuk anak korang kalau masih tadika. sebab cikgu dekat tadika tak ramai mana kan. cik zira sejak khalisah masuk sekolah umur 3 tahun memang akan belikan hadiah hari guru untuk teachers khalisah dekat sekolah sekali pembantu dekat sekolah tu.

cik zira pernah belikan:

  • lipmatte
  • coklat bar cadbury yang besar tu
  • set bekas makanan plastik
  • dan tahun ni belikan mini perfume 


ni sebab cikgu sket je, dalam 6-7 orang setiap tahun. bolehlah bajet besar sket. lagipun nak menghargai jasa baik jaga ajar dan didik khalisah dekat skolah tu dari 2 tahun setengah lagi. thank you teachers. tahun depan tak skolah situ dah, masuk darjah 1 plak.

ok, sekian sharing cik zira mana tahu untuk bagi idea korang hadiah hari guru tahun 2020 plak kan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails