SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: tulisanku dari hatiku ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: tulisanku dari hatiku ::... Show all posts

Monday, May 18, 2020

Covid19 merubah hidup semua

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua. semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa sihat setiap hari. aamiin.

sebulan tak update blog merah sebab terkandas di Melaka, rumah abah.

kenapa terkandas?

Malaysia dan dunia dikejutkan dengan pandemik covid19. asalnya bermula di Wuhan, China sekitar Disember 2019. tapi masa tu semua buat macam takde apa. tak amek tahu pun pasal virus ni sebab ingatkan biasa-biasa je.

Masha Allah. Malaysia bermula tak silap cik zira sekitar akhir Januari atau awal Februari 2020 tapi masa tu pun masih tak rasa apa. sampaikan kes tiba-tiba menjadi isu besar negara kita bermula Mac 2020. semua dah start bimbang dan start risau.

cik zira beli tiket balik Melaka awal. Disember 2019 dah beli dah. jadi masa tu tak dapat bayang pasal pandemik segala ni. tak tahu pun istilah Perintah Kawalan Pergerakan semua. sebab dalam sejarah, kita tak pernah mengalami perkara seumpama ni.








maka, balik lah kampung ibu khalisah dan khaliq pada 15 Mac. memang masa tu dah mula cuti sekolah penggal 1. dijadualkan balik penang semula pada 20 Mac.

PKP bermula 18 Mac. dan Airasia batalkan semua penerbangan. cik zira memang expect ala boleh balik ni, mesti lepas. sekali dapat email flight cancel. bertenang lagi sebab macam tak tahu lagi progress PKP ni macam mana.

kes positif makin meningkat. hari hari cik zira tengok TV1, tunggu Dr Norhisham update berita terkini pasal Covid19 dekat Malaysia ni. hari hari berdoa semua pulih kembali.

sampai melaka 15 Mac memang duk rumah langsung tak pergi mana. tak jejak jalan tar langsung. budak dua ketul ni pun memang duk rumah. nenek dorang je ada hari kena kerja, atok anta pergi kerja. dan cikna pun kena pergi hospital macam biasa.

semua perintah berkurung. SEKELIP MATA. macam dalam movie tu. yang berkeperluan je boleh keluar. sunyi sepi. Allahuakbar!

memang mengubah hidup kita semua kan. secara total. kita tak jangka semua ni berlaku. tapi sentiasa berdoa untuk kebaikan bersama. teruskan berdoa.

memang hampir dua bulan dapat luangkan masa dekat umah abah. khalisah khaliq pun happy buat bising dekat uma atok nenek. sampailah masuk bulan Ramadhan, 24 April. masih berdoa. masakkan berbuka sedap sedap. jalani ibadah berpuasa sama sama. berdoa dan masih berdoa.







2 Mei 2020, Sabtu. dipermudahkan Allah. dapat balik Penang semula sampai di rumah sendiri, ke pangkuan suami setelah hampir 2 bulan terpisah. rasa macam mimpi sebabnya dari 15 Mac memang tak keluar langsung. 2 Mei baru keluar lihat dunia dan dapat pulang ke Penang semula. alhamdulillah. terima kasih Allah.

semoga kita semua sentiasa dilindungi dijauhkan dari covid19 ini dan dari segala penyakit. teruskan berdoa.

Sunday, November 3, 2019

TIPS : berkorban untuk senang



cuba baca kata-kata di atas tu.

korang rasa kan?

kita semua Allah kasi pinjam 24 jam sehari. semua sama.

waktu kerja tu memang untuk bekerja. tapi bagi korang yang sama macam cik zira, suka meniaga dan cari side income, perlu dan kena korbankan masa rehat dan masa tidur tak boleh sama dengan orang lain.

cik zira takde masa rehat yang banyak. tido pun sama. cik zira tak suka tidur sebab kalau tidur rasa macam rugi masa tu sebab boleh siapkan kerja yang ada.

cik zira ni isteri dan ibu. buat kerja rumah setiap hari tak suka bertangguh. contoh, kalau basuh baju 2 hari sekali, masuk dryer lepastu terus lipat susun dan simpan. kalau tangguh pun paling lama sehari. iron baju la suka tangguh sket tapi tetap pastikan buat jugak sebolehnya.

rumah tak suka sepah. kena sentiasa kemas. masak kalau time rajin memang akan masak. kecuali kalau sibuk sangat order bajuarabkhredshop banyak masuk memang tak sempat masak.

dekat sekolah pun sama. cik zira pastikan kerja sentiasa siap awal. tak suka bertangguh. mana kena buat cik zira buat seawal waktunya.

masa bila setel bajuarabkhredshop?

masa yang rehat yang cik zira korbankan tu. masa tido yang cik zira korbankan tu. orang lain boleh berehat rehat. cik zira atur masa yang cukup untuk buat semua kerja. semua sendiri.

semoga diberi kesihatan dan kekuatan buat cik zira setiap hari untuk bekerja menguruskan rumah dan anak anak juga side income bajuarabkhredshop ni. semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk cik zira dan keluarga dan buat semua yang membaca ni. aamiin

Sunday, June 10, 2018

kata kata cermin diri



Assalamualaikum wbt
salam ramadhan
cik zira dah selamat sampai kampung halaman jb petang semalam. naik flight setelah lama tak naik flight. alhamdulillah semua dipermudahkan. khalisah khaliq dua dua behave senangkan ibu. first time jugak naik grab dari senai ke stulang baru. murah. rm26 je kalau nek teksi paling murah rm45.

atok cik zira dah kurus. duduk baring atas katil je. tapi semangat atok kuat. puasa solat. alhamdulillah. cik zira doakan semoga atok cepat sihat.

ok berbalik kepada tajuk. kata kata cermin diri. setuju?

sekarang ada fb lah ig lah. dan semua orang suka luahkan perasaan dekat situ. ada orang jenis ada benda benda ni tapi sekadar baca je. tapi ada yang sket sket ditepek situ. lagilah sekarang ada story bagai kan.

cik zira pun selalu kadang nak tepek jugak. tapi kadang delete balik. sama jugak macam nak membawang tu payah bila dah membawang baru nak sedar 🤦🏼‍♀️

macam mana kita express diri kita dekat social media macam tu la orang akan judge kita. kalau dah kita ni jenis sket sket tulis bukan bukan maki hamun dekat situ guna kata kata tak elok kita nak expect orang pandang tinggi dekat kita ke??

pastu nanti cakap eleh ko ingat ko baik sangat?? aku ni tulis je macam tu mulut ke maki hamun sume tapi hati aku baik 🤪🤪

orang baik dia cakap ke dia baik? pencuri dia mengaku ke dia mencuri?



cik zira tak baik. hari hari buat dosa sedar dan tanpa sedar. kadang nak taip fikir balik perlu ke tak perlu. orang yang tulis bukan bukan tu biasanya niat dia nak tujukan kat orang pastu bila orang baca orang sakit hati dia jadi bangga la sebab tulisan maki hamun dia tu.


kesian orang macam ni.

semoga cik zira dijauhkan jadi macam ni sebab banyak lagi dosa cik zira buat hari hari. tanaklah menyakitkan hati orang pun tambah dosa cik zira. sebab kita buat salah ngan orang kita kena minta maaf dengan orang tu tau.

biarlah orang buat kita jangan kita buat orang. kita rilek rilek je cukuplah 😀

cik zira dah ramai kenal manusia macam ni. jenis apa sket pun melatah tepek dekat fb n ig. kalau ada masalah kita direct face to face bincang luahkan lagi senang.

akhir kata, terlajak perahu boleh diundur telajak kata terlajak taip?? bila orang dah baca dah delete sekalipun ingat orang tu boleh lupa ke awak tu jenis macam mana?? jadi sama sama kita menjadi seorang yang berfikir dua tiga kali sebelum nak tulis taip atau luahkan apa sahaja di social media kita.

maaf andai tulisan ini tetiba buat ada yang terasa. tapi andai kata terasa tu maksudnya kita pun buatla benda macam ni. cik zira dah banyak kali terkena even family sendiri pun. even cik zira sendiri pun pernah buat macam ni tapi dulu dulu lah. masa buat sesuatu tak guna otak guna hati guna nafsu marah.

takde manusia sempurna baik abadi dalam dunia ni kecuali Rasulullah saw. kita semua pendosa setiap hari tapi kalau ada dosa yang boleh kita elak kita elak. ni untuk peringatan diri cik zira sendiri ni. sebab cik zira pun buat dosa setiap hari.

di akhir akhir ramadhan ni sama sama kita muhasabah. jadi lebih baik walaupun sket sket dulu. ok hazirah? In Sha Allah 😀


Wednesday, January 27, 2016

Bila ibu berkatering kecil-kecilan


Ini kisah throwback tau.
Masa khalisah nak sambut besday dia kat skola.

Ibu beli barang pagi pagi isnin 18/1 tu start memasak. Goreng chicken fries dengan sosej cocktail. Air kotak. Lepastu buatkan macaroni sup. Untuk 20 orang bebudak comel.



Nasib baik sempat sekali packing. Alhamdulillah tersenyum tengok anak anak tu makan.

Kalau katering gini bolehla budak budak boleh bajet banyak mana, kalau lebih lebih cik zira tak pakar. Masak untuk femly kecik cik zira je bolehla =)

Friday, November 13, 2015

apa nak jadi?


minggu lepas, cik zira scroll fb, cik zira tengok 3 video. dua video cik zira nangis, satu video cik zira geram.

video 1
video rasanya dekat negara China, seorang suami belasah bini dia yang terbaring manakala dua orang anak sorang perempuan yang nombor 1 dan yang bongsu adik lelaki. bini dia dah terbaring terkulai, dia boleh tendang tendang banyak kali. tendang kepala, tendang perut tendang badan sume. tak cukup tu dia tarik rambut banyak kali. tak tahu apa yang dia geram sangat dengan bini dia tu. anak anak dua dua dah nangis meraung suruh bapak tu stop jangan buat maknya gitu. kesian. walau apa pun salah bini awak, jangan seksa macam tu. PLEASE LA! memang benda ni kat china, tapi kat negara kita ni pun memang ada laki jenis pukul bini. langsung takde kesian.

eh bang, awak tu kerja. balik kerja tido. rumah semua bini awak dah sediakan. makan pakai kemas bersih rumah, jaga ngasuh anak anak awak. hidup awak cari duit benda lain awak tak fikir dah sebab sume bini yang uruskan.

dah kenapa nak kena belasah bini teruk sampai dah nak mati gitu? mana letak SABAR awak? mana letak OTAK awak? bini boleh sabar boleh telan sume perangai buruk awak. layan awak baik baik setiap hari walaupun memendam rasa.

tolong para suami. Allah suruh kamu menjadi ketua keluarga untuk memimpin. kalau tengok sekarang, zaman sekarang, menjadi suami pergi kerja cari duit. berapa ramai suami yang sama-sama tolong wife dekat rumah? basuh pinggan basuh baju lipat jemur baju? masak? sapu mop uma? memang ada, tak dinafikan, tapi TAK RAMAI. cebok berak anak salin pampers anak? buat susu anak? bangun tengah malam tak tido jaga anak demam?

tolong para suami. isteri dah banyak sangat berkorban. jagalah hati isteri.

ok cukup. tanak komen banyak. nangis masa tengok video tu sebab kesian tengok si isteri sakit dibuat macam tu. dibelasah tanpa belas kesian. kesian tengok anak anak pertahankan mak begitu. kesian bila bayangkan apa salah si isteri dahla sakit dalam hati, sakit lagi bila dibelasah teruk macam tu. Nauzubillah.

video 2
dekat hospital di Malaysia. sorang ibu dengan sorang anak laki. duduk berdua di kerusi jauh sket dari yang lain lain yang sedang duduk menunggu. si anak laki tu duk bebel marah marah mak dia sebab bawa gi spital sambil maknya sedu sedu nangis lap dengan lengan baju. dahla bebel satu kawasan tu dengar. maknya nangis je diam.

lepastu ada brader sorang tego la, sakit hati tengok ibu tu diperlakukan sampai macam tu. anak tu rilek je leh sound brader tu balik. yang lain plak pergi tenangkan brader yang tego nak bagi nasihat tu, bukannya nak join brader tu nasihatkan anak laki yang kuang aja dengan mak dia tu.

perempuan yang amek video tu pun sama, suruh brader yang nasihat tu berhenti. "dahla, dahla"

manusia. mungkin cik zira juga. benda baik disuruh berhenti. benda tak elok anak kuang aja dengan mak siap depan depan orang dibiarkan tidak ditego.

kasihan mak tu. walau macam mana susah pun anak, adalah menjadi tanggungjawab kita dahulukan mak ayah walau apa pun jadi, lagi lagi anak lelaki. itu MAK kita. tak terbalas jasa mak dengan wang ringgit.

eh, geram plak cik zira bila fikir balik perbuatan si anak tu. tanak komen banyak. jadi makin geram. huhu

video 3
pencentus ummah. ayah yang buta bertanyakan soalan adakah dapat ayah melihatmu anak di akhirat nanti? teringin sekali ayah melihat wajahmu, wajah adik adikmu wajah ibumu. ustaz ustaz lain pun nangis. sangat tersentuh. wahai ayah, walaupun ayah buta tak dapat lihat, tapi ayah dah berjaya lahirkan anak-anak yang soleh baik begitu. jawapan anak, In Sha Allah ayah, ayah akan dapat lihat wajah kami di syurga nanti.

Allahuakbar. mana tak nangis.

sekadar perkongsian pendapat.

Monday, October 12, 2015

anak




Assalamualaikum semua
cik zira mulakan entry hari isnin ni dengan mendoakan semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aamin.

dan marilah sama sama ibu ibu sekalian, kalau ada anak di sebelah, tengoklah anak tu, kalau anak di rumah di nurseri, rindu rindukan anak itu. ibu adalah orang yang paling dekat dengan anak. ibu orang yang paling dicari anak saban hari.

mari sama-sama kita berdoa di pagi isnin ni, semoga doa kita semua diperkenan Allah. Mudah-mudahan.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepadaMu kami meminta Ya Allah
rahmatilah anak-anak kami
jadikanlah anak-anak kami soleh solehah
bentukkan anak-anak kami supaya menjadi hamba yang taat padaMu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepadaMu kami memohon Ya Allah
lembutkanlah hati anak-anak kami untuk mendengar nasihat
semoga anak-anak kami menghormati sesama Islam
semoga anak-anak kami sentiasa kekal menjadi anak syurgaMu

Ya Allah,
semoga anak-anak kami bila kami tiada lagi, anak-anak ini doakan kami
anak-anak ini ingatkan kami
anak-anak ini rindukan kami

Aamin


dan sekadar renungan bersama. untuk cik zira muhasabah diri cik zira sendiri.

kalau kita ni pun tinggal solat tanpa rasa bersalah sedikit pun,
kalau kita ni pun lewatkan solat sengaja-sengaja,
nanti bila anak dah sepatutnya solat dan lakukan yang sama,
lihat diri sendiri!

kalau kita ni pun Al-Quran hanya disimpan,
tak ingat bila kali terakhir sentuh dan baca Al-Quran,
nanti bila anak pun tak mengaji,
lihat diri sendiri!

kalau kita ni pun aurat tidak dijaga
diambil enteng, tudung dah pakai, tapi baju ketat, stokin takde
nanti bila anak dedah sana sini ketat sana sini
lihat diri sendiri!


Allahu Akbar
dunia ni pinjaman, sementara je
akhirat kelak kekal abadi
baru tahu kan macam mana mak abah dulu nak anak jadi baik, macam nilah sekarang apa yang cik zira nak khalisah jadi. bebel marah sebat lah macam mana, nanti doa atas sejadah, lembutkan hati khalisah, jadi anak dengar cakap. sungguh, selalu doa sebab tanak selalu marah ngan pukul dia.

anak amanat Allah. tu semua kita tahu.
tapi bukan sekadar jaga. kita kena serap dalam jiwa anak, anak ni orang Islam, hidup semua berpaksikan Islam. jangan amek mudah semua benda sebab yang diamek mudah tulah yang akan dihitung sama di sana nanti

semoga kita semua sentiasa beringat. bila-bila masa je kita boleh mati. tutup mata buat selamanya. pesan pada anak, apa apa sekalipun, minta doa pada Allah. Allah je yang boleh bantu kita bila-bila masa je kita minta. yakin pada Allah. In Sha Allah semua jadi baik.

Sunday, August 16, 2015

hanya doa pada Allah


Allahuakbar
Allah Maha Besar!

sesungguhnya memang benar, Allah itu Maha segala galanya. Allah itu berkuasa penuh ke atas kita semua hambaNya. apa yang terjadi dan bakal terjadi semua aturan Allah.

cik zira sangat sangat sangat bersyukur. sebab apa? sebab selama ni, kalau cik zira ditimpa masalah, perlukan bantuan ke, perlukan keajaiban ke, hanya satu yang cik zira buat. cik zira akan minta doa. berdoa dengan bersungguh sungguh.

dan sesungguhnya, Allah Maha Hebat. Hebat dari semuanya segalanya.

setakat ni, doa doa cik zira Allah tunaikan. apa cik zira minta dengan bersungguh Allah makbulkan. memang rasa kerdil sangat diri ni. banyak sangat kelemahan lagi sebagai muslimah. tapi, Allah tetap memberikan apa yang terbaik yang cik zira mahukan.

terima kasih Ya Allah. alhamdulillah syukur.

ingat sahabat semua, jika ada masalah, jangan kusut, memintalah kepada Allah. Allah dengar rintihan kita semua. Allah tahu apa yang kita semua hajati. hanya doa dengan bersungguh. In Sha Allah, doa akan dimakbulkan Allah.


Friday, May 8, 2015

tidak semua suka, tapi tidak mengapa


selalu, sentiasa dan seringkali pesan ingat kan diri yang dalam ramai ramai orang, tak semua orang akan suka kita. dalam ramai ramai orang, ramainya yang tidak suka, ramainya yang benci.

tapi, tak apa. pesan balik pada diri, Allah kan ada. hidup dekat dunia pinjaman ni bukan sebab nak puaskan hati manusia, hidup atas dunia ni nak dapatkan redha Allah.

kalau orang tak suka, tak mengapa. Allah kan ada. mengadu doa minta pada Allah. orang dah tak suka tak boleh nak buat apa. macam mana pun kita buat, tetap tak suka.

sekarang pun pesan pada khalisah. kekecik macam tu pun dah ada yang tak suka. dah ada yang beza beza. tak mengapa khalisah. orang tak suka kita tak payah dekat dekat. kita jauh jauh. dekat kan busuk, jauh tu yang wangi.

ibu tahu, anak ibu khalisah ramai lagi yang sayang. ibu doakan khalisah membesar jadi anak solehah dan nakal khalisah makin lama makin kurang. In Sha Allah.

dan kalau ada orang tak suka, rasa diri ni dibenci, pesan pada diri :


  • Allah ada. Allah selalu mendengar dan minta hanya pada Allah
  • bukan orang itu yang bagi duit bagi makan
  • susah senang pun sendiri bukan orang itu tahu
  • kalau 10 orang tak suka, 1 je yang suka, syukurlah. berkawan sahajalah dengan yang 1 itu

setiap anak Allah jadikan berbeza beza. nakalnya baiknya cerdiknya comelnya berbeza beza. janganlah dibanding banding atau dilebih lebihkan salah satunya. budak itu sendiri boleh terasa apatah lagi ibu bapanya.

ni yang cik zira selalu pesan bila dekat sekolah. sebab selalu cik zira buat bila dah geram dengan yang kurang cerdik tapi malas tu. sepatutnya kita kita yang dewasa ni yang dah pandai fikir ni, kena tahu anak anak ni perlulah diberi perhatian yang sama dilayan dengan sama. kalau yang kurang tu, berikan perhatian lebih.

janganlah sesekali memilih, yang ni nakal tak suka. yang tu baik layan sebaiknya. jangan begitu. kalau jadi cikgu, selalu dah ada pengalaman, yang nakal itulah yang akan ingat kita. yang cerdik pandai tu tak ingat pun tapi yang tulah dulu kita sayang kita belai kita lebihkan.

sukalah sama rata. pesanan untuk diri sendiri.

Tuesday, April 28, 2015

Allah menguji..


Assalamualaikum wbt

setiap manusia Allah akan uji dengan pelbagai dugaan. setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan tu nak menduga kita sebagai hamba ni sentiasa bersyukur dan selalu ingat pada-Nya ke tidak.

tahun 2015 ni agak mencabar. ada sahaja ujian. tapi sebenarnya setiap ujian itu buat cik zira berfikir. kenapa mengapa bagaimana?

kena selalu ingat Allah. minta doa pada Allah. manusia. tidak semua yang suka kan kita. tidak semua yang baik dengan kita. ramai yang tidak suka. ramai yang benci. walau banyak mana baik yang kita buat. walau macam mana lembut yang kita dah lakukan. semua nampak salah.


cik zira sentiasa belajar, sebenarnya diam itu lebih baik. berdiam sahaja. buat kerja sendiri. takyah campur orang sangat. kita tak kacau orang, orang pun takkan kacau kita kan.

apa yang dah jadi jadikan pedoman. sentiasa doa pada Allah supaya memudahkan dan melancarkan segalanya. Allah kan Maha penyayang pengasih dan pemurah. doa saja minta pada Allah. kuatkan hati berikan kesabaran yang tinggi.

jangan bergantung harap pada manusia. kita tak tahu manusia tu boleh diharapkan selama mana. bergantung harap sahaja pada Yang Esa, Allah. hanya Allah penentu segalanya.

doa. sabar. adalah sesuatu nanti Allah berikan. In Sha Allah.

Wednesday, April 1, 2015

1 April 2015.


pejam celik. dah masuk bulan April tahun 2015. sekejap je kan. dan hari ini adalah hari yang acapkali disebut semua. hari ni dah tiba. apa lagi kalau bukan perlaksanaan GST.

cik zira bab bab ni memang x faham sangat. cuma faham memang akan terkesan. sume barang menaik. mungkin yang berduit tak rasa apa sangat. tempias tempias je. tapi orang orang biasa macam kita kita ni, orang orang susah, macam manalah kan.

apa pun, sama sama doa, semoga Allah sentiasa berikan rezeki dan semoga rezeki yang kita dapat ni sume rezeki yang halal dan diberkati Allah.

benda dah plan kena teruskan. harinilah permulaan perlaksanaan GST ni. sama sama kita lihat.

oh, nak kongsi jugak. bulan april ni bulan nak ke sibuk kat skola. tengah bulan ni nanti kena bawa budak pertandingan choral speaking. harap cukup berlatihnya dan anak anak tu dapat buat yang terbaik. tak harap apa cuma dapat buat terbaik. LINUS pun kena bagi setel. soalan exam untuk mei nanti dah siap lama cuma nak kena tambah topik alter sket. sebelum nak cuti penggal nanti, kesibukannya lain macam. berkali ganda. barulah dapat cuti dengan bernikmat. In Sha Allah.


p/s nak kupas panjang tak berapa faham. tapi tetap nak luahkan sket jugak. jadinya, entry hari ini pendek sahaja.

Thursday, October 2, 2014

niat kerana Allah. tiada lain.


Setiap hari nak menjadi lebih dan lebih baik lagi. Kalau dulu banyak yang jahilnya diri cik zira ni terutama bab aurat. Amek mudah sangat. Tapi syukur Alhamdulillah Allah beri peluang sedar sekarang sebelum terlambat.

Sangat happy dan sejuk mata memandang gadis gadis dan isteri isteri juga ibu ibu yang pakaiannya dan tudung mereka sangat kemas dan cantik sekali walaupun bertudung labuh dan berbaju besar. Subhanallah. Cantik sangat.

Berubahlah kerana Allah. Bukan ikutan bukan terpaksa dan bukan kerana suami yang suruh. Kerana Allah. Buat sedikit demi sedikit. Lama lama mesti akan terbiasa. In Sha Allah.

Sekarang rasa lebih tenang dengan penampilan diri. Walaupun masih banyak yang kena betulkan. Ye. Kalau luaran dah ok yang dalam pun kena kasi cantik. Hati tu kena fikir yang baik baik. Tu yang masih usaha pelan pelan.

Nawaitu kerana Allah. Lillahi Ta ala. Sama sama kejar pahala untuk bekalan do sana nanti :)

Sunday, April 20, 2014

perubahan itu secara perlahan lahan


Assalamualaikum
Luahan di pagi hari 20 april 2014. Jam 1.10 pagi. Khalisah nyenyak tido kat sebelah cik zira ni.

Macam mana ye nak mulakan. Em..
Syukur nak panjatkan pada Yang Maha Esa sebab sentiasa beri ruang dan kesempatan untuk cik zira berubah. Berubah dari segi zahirnya. Ingin dan ingin menjaga diri sebagai hamba Allah dan isteri yang baik. Semoga makin bertambah baik hendaknya. Amin


Bukan sahaja zahir. Batin dan dalaman juga teringin sangat nak baiki. Perempuan kan. Suka sangat bergosip sana sini. Itu pun sebenarnya kena jaga. Sebab dalam bergosip tu kadang ada mengata menuduh la kan. Bukanlah gosip di sini cik zira maksudkan macam gosip artis artis tu ha. Gosip ni masa borak borak ngan kawan kawan.

Mulut dan kata kata. Nak kena sentiasa awas. Itu kadang kadang susah jugak nak jaga. Sebab itu kadang sebelum nak cakap tu fikir jugak perlu ke tak. Tapi kadang terlepas jugak. Yelah kadang dua orang je yang dengar cakap kita tapi dua dua tu terimanya dari sudut pandangan berbeza.

Luaran kalau jaga macam mana pun tapi kalau hati tak jaga dengan baik pun tak bagus jugak kan. Cik zira nak sangat jaga hati ni supaya selalu bersabar. Jangan cepat melenting. Selalu ingat dan minta kat Allah yang baik baik je. Semoga Allah makbulkan.

Ramai dah orang sekeliling pergi. Pergi tak kembali. Takut. Takut bila fikir mati. Apalah nasib cik zira nanti. Apalah hujung cerita cik zira di bumi pinjaman Allah ni. Dah habis di alam nyata. Belum lagi habis di alam barzakh. Allah. Ampunkan aku Ya Allah.

Jomlah kawan kawan. Sama sama kita baiki mana yang kurang. Allah dah bagi macam macam kat kita kan. Apa kita doa Allah makbulkan. Jadi jom buat apa apa tu kita minta Allah redha. Kita minta Allah bagi yang baik baik sahaja. Amalkan yang baik juga untuk simpanan hidup di sana nanti.

Nak berubah. Nak jadi yang lebih baik. Sebab tu nak kena jaga hati dan mulut. Latih perasaan dan kata kata untuk yang baik baik sahaja. Kalau tak perlu diam lebih baik kan.

Allah Tuhanku. Aku mohon Kau ampuni aku keluargaku dan sahabat sahabat seIslamku. Mohon berkati kami supaya kami dapat ke syurgaMu Ya Allah. Tolong Ya Allah. Amin...

Wednesday, September 18, 2013

sabar ada hikmah


Allah tidak akan uji hambaNya yang tidak kuat
Sebab tu kena fikir kalau ada dugaam dan ujian yang datang pada kita tu kena terima dan sabar sebab Allah tahu kita kuat. Sebab tu Allah uji
Yang penting kena sabar
Teruskan berdoa dan jangan putus asa untuk yeruskan bersabar


Betul
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya
Sentiasa bersabar dan redha dengan apa yang dah jadi
Mulut cakap lain hati cakap lain sebab kadang mulut tu luahkan perasaan marah tapi hati luahkan perasaan sayang


Ujian ni macam macam. Nak tengok macam mana penerimaan kita. Bersabar bersabar dan teruskan bersabar
InsyaAllah ada yang baik akan menanti


Ujian Allah untuk jadikan kita lebih matang dan cuba perbaiki mana yang kurang untuk menjadi yang lebih baik


Bersabar
Dan
Memaafkan
Kalau ada jalan baik pilihla
Elakkan jalan yang satu lagi


Syukur Ya Allah kerana Kau menjadikanku masih boleh bersabar dengan senyuman yang lebih jugak.


Syukur

Wednesday, August 21, 2013

bertabahlah wahai khalisah


Khalisah
Ibu tak tahu nak cakap macam mana
Tapi ibu nak khalisah tahu yang ibu tersangat sayangkan khalisah
Ibu nak khalisah setiap masa ada dengan ibu
Ibu teringatkan khalisah bila ibu jauh
Khalisah anak ibu





Khalisah
Bersiap sedialah bila dah besar nanti ye
Sebab ibu ni garang
Kadang tangan tu cepat je
Tu yang ibu takut
Tapi kalau khalisah jadi budak baik ibu mesti tak marah


Ni kekecik tonet cenggini pun asek kena marah ngan ibu je sebab takmo tido tido
Asek kena je kan dengan ibu


Jadi anakku khalisah
Ibu nak pesan ni
Walau sedalam mana pun sayang ibu
Tapi kalau buat salah tetap salah tau


Bersiap sedia dari sekarang ye anak
Sebab ibu ni garang tau garang
Tapi penyayang.. eceh


Kena bertabah dari sekarang
Rasanya khalisah memang tabah sebab bila ibu buat muka marah je dia dah faham
Terus nak amek hati ibu cecepat
Geram tau ngan khalisah bila senyum cairkan hati ibu


Ya Allah
Pinjamkanlah khalisah anakku selama mana aku perlukan anakku ini
Tolong Ya Allah
Amin

Tuesday, February 26, 2013

Khalisah, anakku



masa mengandung dulu setiap masa berdoa supaya anak dalam perut selamat dan sempurna dilahirkan. selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk anak.


masa anak dalam perut, selalu usap perut dan kadang-kadang kacau anak dalam perut. lepas tu selalu berbual dengan anak dan suka sangat bila anak dalam perut bertindak balas bila bercakap dengan dia.


masa dah sarat mengandung, cakap dengan anak supaya keluar pada masa yang sesuai. janganlah sakit masa perjalanan pergi balik sekolah ke atau sakit kat sekolah. tunggu babah dari penang sampai dulu baru anak keluar. baby memang ikut cakap. segala doa ibu pada Allah termakbul. tunggu babah dia ada dengan ibu baru baby keluar. good girl.


sakit dan perit ibu nak lahirkan khalisah terbayar bila khalisah dah selamat keluar dari perut ibu. pertama kali ibu tengok wajah khalisah, ibu rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab kurniakan anak yang comel dan cantik sangat buat ibu. ibu gembira nak. ibu gembira anak yang ibu bawa dalam perut selama ni dah selamat ibu lahirkan. syukur Alhamdulillah.


khalisah anakku,
walaupun malam khalisah suka meragam dan tak nak tido, kena dodoi bagi lena baru boleh letak dan barulah ibu boleh tido. walaupun malam kadang-kadang khalisah buat ibu hanya tido 2-3 jam je, tapi takpe wahai anak, setiap kali ibu tengok khalisah, ibu rasa sayang sangat-sangat. dan ibu minta maaf sebab bila ibu dah penat dan rasa mengantuk sangat, ibu marah khalisah. ibu minta maaf.


khalisah anakku,
setiap hari ibu suka tengok khalisah. setiap hari nak amek gamba khalisah. setiap waktu rasa nak peluk cium khalisah. ibu tak tahu macam mana bila ibu dah mula kerja nanti, kena tinggalkan khalisah. ibu tak tahu macam mana perasaan ibu nanti. khalisah tak sedih, ibu yang nangis agaknya dalam perjalanan pergi balik sekolah.


khalisah anakku,
ibu tahu khalisah anak yang kuat. khalisah tahan sakit. dan ibu nak khalisah macam ibu ye nak. sentiasa kuat hadapi apa sahaja dugaan Allah berikan.


khalisah anakku,
ibu suka bila tengok khalisah senyum dan ketawa. ibu pun suka biarkan khalisah nangis, saja nak sakat anak ibu yang seorang ni. ibu suka bila khalisah tengok ibu, renung ibu walaupun ibu tak tahu khalisah nampak ke tidak dan khalisah kenal ke tidak ibu ni ibu khalisah. ibu tak kira, ibu suka sangat!


khalisah anakku,
walaupun sekarang khalisah dah pandai nangis jerit-jerit, ibu tetap jaga khalisah. kadang-kadang buyut dengan tok bik yang selalu tolong ibu jaga khalisah bila khalisah nangis kuat-kuat.


khalisah anakku,
ibu tahu Allah beri khalisah pada ibu sebagai satu tanggung jawab yang berat. amanah buat ibu untuk jaga, didik khalisah supaya jadi hamba-Nya yang terbaik. ibu janji khalisah, ibu janji ibu nak jaga, didik khalisah supaya jadi umat Allah yang tahu jaga dan seimbangkan antara dunia dan akhirat. Insya Allah.


khalisah anakku,
sekarang dalam blog Merah ibu pun dah banyak cerita khalisah dari cerita-cerita ibu. ibu tak kisah sebab khalisah kan anak ibu. takpelah ibu nak selalu cerita pasal khalisah pun kan. lagipun nanti khalisah dah besar, khalisah tahu betapa ibu sayangkan khalisah dunia akhirat.


khalisah anakku,
masa mengandung ibu dah bagi tahu babah. kalau anak perempuan nak letak nama mula dengan huruf K ikut nama babah. tapi kalau anak lelaki nak letak nama mula huruf H ikut nama ibu. dan bila khalisah keluar, ibu letak lah nama Khalisah. babah setuju. Khalisah maksudnya bersih. ibu suka nama tu. senang nak panggil, senang nak ingat. lagipun ibu kan cikgu, dah tahu betapa susahnya bila jadi cikgu ni nak tulis, nak taip nama anak-anak murid sampai 2-3-4 kekadang ada sampai 5 nama panjangnya. takpe, ibu letak nama Khalisah satu je ye anak. sama macam nama ibu, Hazirah. pendek je kan.


khalisah anakku,
ibu akan selalu berdoa yang terbaik untuk anak ibu. ibu selalu berdoa supaya ibu dapat jaga khalisah dengan baik dan khalisah membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan solehah. ibu nak selalu dengan anak ibu sebab ibu sayang khalisah sangat-sangat. sayang yang hanya ibu-ibu sahaja tahu perasaan tu.


nanti, mana tahu dah besar nanti, khalisah baca entry ibu ni, ibu nak khalisah baca betul-betul ye sayang. ibu dah takde mak masa ibu sekolah lagi. jadi, ibu harap Allah berikan ibu kesihatan dan umur yang panjang supaya ibu akan bersama khalisah selagi khalisah perlukan ibu ye anakku.


khalisah anakku,
ibu kena berhenti dulu sebab ibu takut nanti ibu nangis plak kalau teruskan menaip. yang penting, khalisah kena tahu ibu sayang khalisah. khalisah kena faham kenapa ibu suka cium khalisah banyak-banyak kali sebab ibu geram sangat tengok anak comel ibu ni. jadi, maafkan ibu ye sebab gomol dan cium khalisah setiap hari. nanti khalisah dah besar, khalisah peluk cium ibu pula ye nak, sampai ibu tua ganyut.



manalah tak gewam ibu tengok khalisah buat muka macam tu. khalisah-khalisah




baiklah khalisah anakku. ibu sayang khalisah sangat-sangat-sangat-sangat-sangat!! sangat yang banyak sangat!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 februari 2013 3.52 p.m.

Wednesday, July 4, 2012

antara aaron aziz dan adi putra sebagai hero.




aaron aziz dan adi putra. dua-dua pun berasal dari singapura dah berhijrah ke malaysia untuk mencuba nasib di negara kita. dan nasib memang menyebelahi keduanya.






dulu, masa dua-dua baru-baru berlakon dekat singapura, cik zira kira kenal dorang dululah sebab kitorang orang JB kan dapat channel singapura. selalulah tengok drama-drama lakonan aaron aziz dan adi putra ni. tapi, dorang tak lama pun berlakon dekat singapore. ada peluang je terus datang malaysia.






dari segi rupa. dua-dua pun kacak. aaron aziz memang sangat hot lah! handsome dan mempunyai bentuk badan yang sangat-sangat lelaki. hehe. kalau macam adi putra, dia pun kacak tapi bila tengok macam lebih kepada manis dan sedap mata memandang.






dari segi lakonan. dua-dua pun best jadi hero. aaron kalau jadi hero memang bikin perempuan-perempuan semua cair lagi-lagi bila dia main dengan mata, kening dan senyum dia tu. halamak hai, siapa yang tak cair kan kan. watak aaron sesuai untuk yang tidak serius sangat. hero yang ada part yang ada unsur bergurau tu memang sangat sesuai dengan aaron.






bagi adi putra, memang hero yang pandai bermain dengan emosi. cara cakap dia tu buat kita nak mendengar satu-persatu. bila adi putra jadi hero, kita yang menonton ni pulak rasa nak jadi heroinnya sebab cara dia layan heroinnya sangat terbaik. lagi kalau teringat lakonannya dalam tentang dhia dan cerekarama maharku untukmu.






dua-dua pun ada kekuatan masing-masing sebagai hero. selalu mendapat watak yang sesuai dengan dorang. cik zira pun jujurnya memang suka tengok lakonan aaron aziz dan adi putra ni. memang menjadilah kata orang.






eh, jangan lupa pulak, hero malaysia kita pun sebenarnya ramai lagi berbakat besar. macam rosyam nor tu. walaupun dah berusia, lakonan tetap mantap. dan kita juga banyak hero pelapis sekarang yang sedang meningkat naik. filem ke drama ke, kalau heronya best dan lakonan bagus, mesti ramai nak tengok kan?







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 3 julai 2012 9.05 p.m.

Thursday, June 14, 2012

Jika.





Jika kita tidak dapat apa yang kita mahukan,
usaha sampai dapat
kalau tunggu je tanpa buat apa-apa pun, 
memang tak akan dapat apa yang kita mahukan itu






Jika kita tidak dapat seseorang yang macam mana kita inginkan
kena terima
kita tidak boleh nak ubah seseorang itu menjadi seperti apa yang kita inginkan
sebabnya
Tuhan tu jadikan setiap orang berbeza
ada lebihnya di mana-mana, ada kurangnya di mana-mana









~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 13 jun 2012 9.44 p.m.

Thursday, March 1, 2012

hentikan air mataku.





hati sedih, hati menangis tiada siapa yang tahu
perasaan duka, perasaan sendu, dibiar sendiri, dipendam dalam hati
serapat mana dan sesayang mana pun kepada seseorang itu, 
biarlah, biarlah kesedihan hanya diri ini sahaja yang tahu






Tuhan telah menduga sejak dulu
menduga kekuatan hati dan kesabaran jiwa
supaya menjadi kuat dan lebih kuat menerima segala ujian yang mendatang
supaya akan selalu ingat pada-Nya setiap saat setiap detik berlalu






Tuhanku,
makin hari hatiku makin rapuh
sedihku makin sendu, tangisku makin mudah dititiskan
Kau hentikanlah air mataku ini
Kau berikanlah aku peluang untuk merasai rasa kebahagiaan yang sebenar,
berikan aku peluang itu Ya Allah






dari dulu
hidupku penuh dengan tangis yang kusimpan, hanya diri ini sahaja yang tahu
kukira, saat ini hidupku akan berubah, sudah kutemukan kebahagiaan itu
namun perkiraanku salah, air mataku masih menemaniku 
semakin kerap dalam hari-hariku






Ya Allah, Ya Tuhanku
aku mohon, Kau kasihanilah aku hambaMu Ya Allah
berilah peluang padaku untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas
yang bukan di minta-minta






hentikan air mataku dan berikan aku kebahagiaan itu.






Nukilan Ikhlasku,,, ^____^







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 februari 2012 9.36 p.m.

Thursday, January 26, 2012

andai masa dapat diputarkan kembali...




andai masa dapat diputarkan kembali
teringin sekali nak jadi budak-budak semula, senang tak payah fikir banyak
tak payah kerja cari duit
main pergi sekolah






andai masa dapat diputarkan kembali
nak sangat luangkan masa sehabis baik dengan mak masa mak ada lagi
nak sangat peluk cium mak hari-hari





andai masa dapat diputarkan kembali
nak buang semua dosa, nak kutip pahala banyak-banyak






andai masa dapat diputarkan kembali
tak nak buat silap yang sampai sekarang masih ingat lagi






anda masa dapat diputarkan kembali
banyak betul perkara lampau nak diperbaiki





andai
tapi 
yang pastinya, masa tidak akan dapat diputarkan kembali






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 9.52 p.m.

Friday, January 13, 2012

Untukmu, Tn Haji Musa…




Puisi ini cik zira buat khas untuk Guru Besar cik zira, Tn Haji Musa bin Mastor yang akan bersara dan meninggalkan kami warga SKTC.




Tn Haji Musa,
Mengenalimu satu kenangan
Bekerja denganmu satu peluang
Bersama denganmu satu kehebatan

Tn Haji Musa,
Senyummu jarang dilihat, namun sekali senyum manis kelihatan
Tawamu jarang didengar, namun sekali kau tertawa kami gembira
Bicaramu selalu menjadi perhatian kami
Kerana pandanganmu memang selalu kami nanti

Tn Haji Musa,
Sepanjang bersamamu banyak yang kami pelajari
Kamu ketua, kamu pemimpin yang amat kami hormati
Budimu Jasamu sentiasa di sanubari
Kerana Kamu satu-satunya kepercayaan kami

Tn Haji Musa,
Wajahmu senantiasa tenang, tapi bukan bila berkrisis
Riakmu sukar dimengerti namun kamu sentiasa dirujuki
Kehadiranmu di sini membuat kami bersemangat di hati
Kerana Kamu, berdirinya kami di sini

Tn Haji Musa,
Kini, tiba masanya kamu pergi meninggalkan kami
Tiba masanya kamu tiada lagi di samping kami setiap hari
Tiba masanya kami harus akur perginya kamu merehatkan diri
Tiba masanya jasa dan baktimu kami bawa peneguh jati

Tn Haji Musa,
Terima kasih atas bakti didikmu
Akan kami ingat, akan kami jadikan kekuatan
Kami doakan kebahagiaan dan kesejahteraan Kamu
Kerana Kamu sentiasa di hati kami.




Salam Persaraan buat Tuan Haji Musa.



Hazirah 8 Januari 2012 11.30 a.m.






~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 januari 2012 9.15 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails