SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

semoga Allah berikan yang terbaik untuk Khalisah

khalisah sejak umo 2 tahun dah masuk nursery. umo 3 tahun da mula sekolah. umo 2 tahun dah macam macam kerja dia boleh buat tolong ibu.

umo 2 tahun setengah dah tak pakai pampers. sebelum umo 3 tahun dah tak isap susu botol dah. sebelum umo 2 tahun dah tak isap susu badan. semua dipermudahkan untuk ibu latih khalisah dan khalisah sangat senang untuk semua fasa tu.

masuk sekolah pun senang. anak lain sampai menangis meraung tak bagi mak ayah balik suh tunggu dekat sekolah. tapi khalisah, dia halaunya ibu suruh balik cepat tak payah tunggu dia. hantar terus balik. ibu plak sayu sorang sorang dalam kereta tengok khalisah dah skolah cepat sangat membesar.

walaupun ibu banyak berkasar dengan khalisah selalu kena marah kena bebel kena jerit kena pukul kena belasah, tapi niat ibu satu je nak bagi khalisah anak ibu jadi manusia berguna. pandai berdikari tak susahkan orang sesuka hati.



sekarang ibu babah anta khalisah mengaji dengan seorang bilal dan imam masjid. alhamdulillah khalisah suka ngaji kat situ. bila ustaz tu hantar gambar ni dekat ibu, ibu senyum ibu puas. ibu nak doa lagi khalisah jadi anak yang bijak pandai dan berguna untuk masa depan. Aamiin.

Tuesday, October 13, 2015

masuk tahun baru


sekejap je. sekejap sangat masa berlalu.
dalam tak sedar, maghrib kejap lagi, kita semua umatNya akan beralih ke tahun baru

jadi, sama-sama kita sedia untuk berdoa akhir dan awal tahun. minta sungguh sungguh dekat Allah. kalau masih banyak kekurangan pada diri, doa supaya Allah memberi bimbingan lagi supaya kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik

cik zira doakan semoga kita semua lebih dirahmati Allah dan semoga tahun baru ini menjadi lebih baik untuk kita semua. Aamin.


salam tahun baru Islam, 1 Muharam 1437H buat semua sahabat sesama Islam.

Monday, October 12, 2015

anak




Assalamualaikum semua
cik zira mulakan entry hari isnin ni dengan mendoakan semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aamin.

dan marilah sama sama ibu ibu sekalian, kalau ada anak di sebelah, tengoklah anak tu, kalau anak di rumah di nurseri, rindu rindukan anak itu. ibu adalah orang yang paling dekat dengan anak. ibu orang yang paling dicari anak saban hari.

mari sama-sama kita berdoa di pagi isnin ni, semoga doa kita semua diperkenan Allah. Mudah-mudahan.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepadaMu kami meminta Ya Allah
rahmatilah anak-anak kami
jadikanlah anak-anak kami soleh solehah
bentukkan anak-anak kami supaya menjadi hamba yang taat padaMu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepadaMu kami memohon Ya Allah
lembutkanlah hati anak-anak kami untuk mendengar nasihat
semoga anak-anak kami menghormati sesama Islam
semoga anak-anak kami sentiasa kekal menjadi anak syurgaMu

Ya Allah,
semoga anak-anak kami bila kami tiada lagi, anak-anak ini doakan kami
anak-anak ini ingatkan kami
anak-anak ini rindukan kami

Aamin


dan sekadar renungan bersama. untuk cik zira muhasabah diri cik zira sendiri.

kalau kita ni pun tinggal solat tanpa rasa bersalah sedikit pun,
kalau kita ni pun lewatkan solat sengaja-sengaja,
nanti bila anak dah sepatutnya solat dan lakukan yang sama,
lihat diri sendiri!

kalau kita ni pun Al-Quran hanya disimpan,
tak ingat bila kali terakhir sentuh dan baca Al-Quran,
nanti bila anak pun tak mengaji,
lihat diri sendiri!

kalau kita ni pun aurat tidak dijaga
diambil enteng, tudung dah pakai, tapi baju ketat, stokin takde
nanti bila anak dedah sana sini ketat sana sini
lihat diri sendiri!


Allahu Akbar
dunia ni pinjaman, sementara je
akhirat kelak kekal abadi
baru tahu kan macam mana mak abah dulu nak anak jadi baik, macam nilah sekarang apa yang cik zira nak khalisah jadi. bebel marah sebat lah macam mana, nanti doa atas sejadah, lembutkan hati khalisah, jadi anak dengar cakap. sungguh, selalu doa sebab tanak selalu marah ngan pukul dia.

anak amanat Allah. tu semua kita tahu.
tapi bukan sekadar jaga. kita kena serap dalam jiwa anak, anak ni orang Islam, hidup semua berpaksikan Islam. jangan amek mudah semua benda sebab yang diamek mudah tulah yang akan dihitung sama di sana nanti

semoga kita semua sentiasa beringat. bila-bila masa je kita boleh mati. tutup mata buat selamanya. pesan pada anak, apa apa sekalipun, minta doa pada Allah. Allah je yang boleh bantu kita bila-bila masa je kita minta. yakin pada Allah. In Sha Allah semua jadi baik.

Monday, March 10, 2014

MH370 : JANGAN BERHENTI BERDOA


assalamualaikum
harini masuk hari ketiga. Masih takde sebarang clue atau maklumat pasal mh370. Hati cik zira ni rasa berdebar je. Tak tahu sebab apa. Walaupun dalam kapal tu takde kena mengena ngan cik zira tetap rasa sayu sedih bila kenangkan nasib dorang dalam kapal tu. Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu apa yang jadi sebenarnya.

macam macam spekulasi tak betul. Tolong jangan mudah percaya. Mari sama sama terus berdoa. Minta pada Yang Maha Satu. Minta sungguh sungguh pada Allah. Kembalikan mh370.  Selamatkanlah mereka semua dalam tu. TOLONG YA ALLAH.

cik zira tak berhenti berdoa. Doa minta Allah selamatkan kapal tu dan selamat kan mereka di dalamnya. Doa Allah permudahkan misi pencarian. Semoga semuanya baik baik sahaja.

satu Malaysia berdoa. Satu dunia turut berdoa. Kembalikan mh370.  Kembalikan mereka di dalam itu kepada keluarga tersayang. TOLONG YA ALLAH.

Cik zira doa tidak terhempas. Tidak meletup. Tidak dan bukan yang buruk begitu. Cik zira cuma doa mh370 dah mendarat di mana mana cuma tak dapat dikesan. Walaupun ada perbuatan jahat mereka dalam kapal tu masih selamat. Itu je yang cik zira pohon pada Allah.

Jom semua. Mari teruska berdoa. Minta pada Allah supaya mh370 kembali semua dengan selamat. Hanya Allah yang berhak menentukan segalanya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu teruskan berdoa tanpa henti.

Allah. Tolong makbulkan doa kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails