SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 10, 2014

MH370 : JANGAN BERHENTI BERDOA


assalamualaikum
harini masuk hari ketiga. Masih takde sebarang clue atau maklumat pasal mh370. Hati cik zira ni rasa berdebar je. Tak tahu sebab apa. Walaupun dalam kapal tu takde kena mengena ngan cik zira tetap rasa sayu sedih bila kenangkan nasib dorang dalam kapal tu. Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu apa yang jadi sebenarnya.

macam macam spekulasi tak betul. Tolong jangan mudah percaya. Mari sama sama terus berdoa. Minta pada Yang Maha Satu. Minta sungguh sungguh pada Allah. Kembalikan mh370.  Selamatkanlah mereka semua dalam tu. TOLONG YA ALLAH.

cik zira tak berhenti berdoa. Doa minta Allah selamatkan kapal tu dan selamat kan mereka di dalamnya. Doa Allah permudahkan misi pencarian. Semoga semuanya baik baik sahaja.

satu Malaysia berdoa. Satu dunia turut berdoa. Kembalikan mh370.  Kembalikan mereka di dalam itu kepada keluarga tersayang. TOLONG YA ALLAH.

Cik zira doa tidak terhempas. Tidak meletup. Tidak dan bukan yang buruk begitu. Cik zira cuma doa mh370 dah mendarat di mana mana cuma tak dapat dikesan. Walaupun ada perbuatan jahat mereka dalam kapal tu masih selamat. Itu je yang cik zira pohon pada Allah.

Jom semua. Mari teruska berdoa. Minta pada Allah supaya mh370 kembali semua dengan selamat. Hanya Allah yang berhak menentukan segalanya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu teruskan berdoa tanpa henti.

Allah. Tolong makbulkan doa kami.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails