SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, March 15, 2014

seronok berniaga


Harini hari kelapan kehilangan mh370.  Cik zira masih terus berdoa dan masih berharap mereka selamat. Cuma tidak tahu bila kembali.

Dalam pada tu. Kehidupan perlu terus. Selama ni dari tahun 2009 cik zira dah mula meniaga online. Bermula dari jual tudung sikit sikit. Sampai sekarang masih aktif meniaga online. Duit meniaga dari zaman belajar dapat kumpul dan terus jadikan modal untuk amek stok stok baru. Syukur

Tahun ni bermulalah meniaga join bazar. Penat sangat tapi seronok. Bagi orang yang meniaga online macam cik zira ni yang takde kedai atau butik sendiri, join bazar ni jela yang termampu buat masa sekarang.

Pertama kali join dekat area chaiwalla cafe di bazar karat. Malam. Balik kul 2 lebih pagi. Seronok. Lepas tu yang baru lepas bulan dua haritu dekat angsana.

Petang ni join carboot sale di today's seri alam. Ada lebih seratus kereta yang join. Jadi sesiapa yang dekat pasir gudang tu meh datang sebab banyak barang ada dijual. Cik zira dengan partner meniaga kak pah nak jual longgok je sume rm10. Macam macam ada tau

Hujung bulan ni join dekat angsana lagi tiga hari. Nak kena amek stok bebaru bagi banyak barang sket. Bulan april bulan mei pun dah ada dalam senarai join bazar. Penuh dah sampai tengah tahun.

In Shaa Allah nanti kalau ada rezeki boleh join bazar ramadhan mana mana. Dalam plan sekarang cik zira akan join satu butik sebagai vendor. Barang cik zira dari REDshop dan partner akan diletakkan kat butik yang bakal buka di seri alam. Yahoo.. bestnya.

Ini apa yang cik zira minat. Cikgu memang keutamaan. Meniaga minat. Dua dua cik zira nak jalankan dan buat dengan sehabis baik. Suamiku pun support apa yang isteri dia buat.

Ini baru permulaan. Doakan cik zira ye semua. Semoga semua berjalan lancar. Dan semoga REDshop akan semakin dikenali. Amin

Buat customer yang dari zaman cik zira blaja anak dara sampai dah ada anak satu ni yang masih support cik zira, terima kasih cik zira ucapkan. Tanpa kalian siapalah cik zira ni ha. Terima kasih tau.

Nak kemas barang barang nak meniaga petang kang. Sesiapa di area pasir gudang jom datang k. Cik zira ngan Khalisah ada kat sana. Jumpa nanti :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails