ragaman mak anak nak darjah 1 😀
1. dah beli buku teks dan aktiviti dah siap balut dan letak sticker. tinggal buku latihan nanti kena beli 17 disember baru kedai buku sekolah buka. kenapa beli sendiri? sebab haritu orientasi dajah 1 khalisah balik awal sebab ada konsert tadika, jadinya boleh amek 28 disember pulak. sejenis tak reti sabar beli sendiri supaya dapat balut cepat cepat😆
2. sticker nama buat 3. satu untuk letak dekat buku teks dan aktiviti, satu saiz kecik nama dan kelas untuk buku latihan kecik kecik dan satu saiz paling kecik untuk tampal dekat botol air ke, bekas pensel dan sebagainya. buat dekat booth dekat queensbay je.
3. kasut sekolah dah siap beli dekat bata yang 2 pasang rm79 tu. beli saiz 1 sepasang saiz 2 sepasang sebab kaki khalisah panjang dan cepat besar.
4. ni tadi pergi mydin. cari baju sekolah. dapat macam yang diingini. suka kain jenis licin ringan dan senang iron. tak suka macam brand canggih tu sebab kejung. brand disiplin memang best kain dia. ada brand ejen ali tapi mahal nya la. baju kurung dia 35.90, brand disiplin baru rm15.90. maka, beli brand displin baju, kain pun rm15.90 dan tudung sarung lycra rm12.90, 3 helai setiap satu. puas hati sebab sarungkan khalisah terus tadi dekat situ. stokin je beli ejen ali, 3 pasang rm15.90.
5. borang sume dah isi tinggal borang pengesahan cop ketua kampung encik suami je belum lagi. maklumlah kerja sendiri takde slip gaji.
6. alat tulis macam pensel warna beli 3 kotak terus buat stok, pensel 2B gam gunting pemadam pengasah dan lain lain beli banyak banyak buat stok dekat rumah senang sket.
tinggal tunggu 28 disember untuk bayaran yuran dan pembelian peralatan sekolah.
sekolah khaliq pun kena kasi setelkan jugak yuran semua secepatnya.
semoga dipermudahkan urusan kita semua ye mak mak yang ada anak dajah 1 tahun 2020.
No comments:
Post a Comment