SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label rumahkami. Show all posts
Showing posts with label rumahkami. Show all posts

Monday, January 2, 2023

Set Pinggan Mangkuk Merah

Salam Tahun Baru 2023 untuk semua❤️
Tak ingat dah ni tahun ke berapa cik zira menulis di blog merah ni. Tapi, In Sha Allah selagi rajin berkongsi dan menaip cik zira akan terus buat sharing dekat blog merah kesayangan ni. 

Ok post pertama tahun 2023 ni cik zira nak share set pinggan mangkuk warna merah yang cik zira baru beli minggu lepas. Sangat happy akhirnya dapat jugak pakai pinggan mangkuk cawan warna merah.

Kalau sebelum ni guna set kaca ikea yang warna putih tu, tapi lepas jumpa je set merah ni terus simpan set ikea tu. Wajiblah bagi nampak merah tu baru lah puas hati kan. Berseri je nak makan pun. 

Cikzira beli set ni dekat dalam mydin. Kalau beli 1 dia mahal sket, kena beli 3 pcs untuk potongan seringgit setiap satu. Kalau beli 10 lagi dapat diskaun banyak sket lah. 

Material set ni dari melamine yang tebal dan boleh masuk microwave tau. Sebab tu harga dia mahal. 



Cik zira beli:
🍽️ 6 pinggan 10"
🥣 3 mangkuk besar
🥣 3 mangkuk kecik
🥛 4 cawan 
TOTAL RM157.50

Beli sket je buat buat ada untuk makan sendiri dekat rumah. Janji puas hati dapat set merah ni. Nak makan pun senyum je.

Cikzira ada jugak search dekat shopee tapi tengok harga murah takut plastik yang biasa tu. Yang cik zira beli ni memang melamine yang tebal. Sebab tu harga dia boleh tahan. 

Korang kalau mencari boleh lah beli dekat dalam mydin tau bahagian pinggan mangkuk. Susah nak cari set warna merah ni jadi bila jumpa wajiblah beli. 

Sunday, March 21, 2021

cik zira tak pernah nya beli 1!

Kalau siapa yang kenal dan follow cikzira dari dulu, korang mesti tahu yang cik zira ni setiap kali beli barang tak reti beli 1 je. Paling paling pun 2/3.

Samalah kalau beli baju ke tudung ke, dalam sebulan tu wajib 10. Ni yang wajib yang sunat tak kira lagi😅







Sampaikan stand dah sendat dengan hanger yang rapat rapat. Tu pun nasib baik banyak dah letgo, banyak dah sedekah. Setiap tahun mana yang tak nak pakai dan, yang tak muat baju khalisah khaliq memang akan kasi je dekat orang. Berani kasi sebabnya yang kasi tu semua elok elok lagi. Yang tak elok tak kasi.

Bestnya kalau ada wardrobe cecantik yang beso barulah best boleh susun ikut warna la ikut jenis la hehe

Saturday, July 4, 2020

kemas bilik mainan

siapa mak mak yang kalau pergi kedai mainan, dia beli mainan mengalahkan anak anak? siapa macam tu samalah dengan cik zira.

khalisah ngan khaliq tak minta pun, ibu yang belikan banyak banyak. kalau masuk kedai mainan tu macam masuk kedai emas.

dan bila jadi macam tu, maka penuhlah mainan di setiap sudut dalam rumah. pergi sini mainan, pergi sana mainan. lepastu, setahun sekali memang kena kemas mainan buang mana mana yang rosak dan sort kan ikut jenis. kalau tak sakit mata nak menengoknya.







segala mak nenek mainan beso kecik sumelah ada. kalau ultraman pun tok nenek moyang kecik beso sume ada. anak tak minta, mak yang belikan. pastu jenuh bab mengemas lah.

anak tukang sepah, mak tukang kemas tapi setahun sekali jelah. hehe

ada tips tak daripada mak mak semua macam mana tak nak belikan mainan banyak banyak dekat anak ;)

Monday, March 9, 2020

beli rak buku baru

semalam kemas bilik. harini kemas sudut bekerja pulak. pergi cari laci baru tengah hari tadi. sebabnya, nak susun sume buku dan alat tulis yang ada.

senang nanti khalisah nak susun buku skola dia dalam beg. jadual waktu nanti tampal dekat pintu rak tu.



meja dengan kerusi pun bawa turun untuk khalisah buat homework senang ibu nak pantau nak pukul nak jerit malam malam🤣

hari hari pun ada kerja @bajuarabkhredshop tapi sebab sekarang cuti memang ada selingan mengemas rumah apa yang patut😀

#anaknaksekolahdajah1 #makyangteruja #kemasmengemas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails