SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 19, 2020

sesi mengemas buku buku

pertengahan bulan lepas, cik zira punya semangat beli rak buku baru sebab nak susun buku buku yang ada letak satu tempat. kalau tak sket ada dekat bilik atas, sket dekat bawah.

jadi, pergi kedai perabot dekat jelutong tu, memang suka beli dekat situ rak rak sebab murah, carilah rak buku yang sesuai. berkenan yang tinggi tinggi senang boleh letak banyak buku. sekali takleh delivery haritu jugak. dahlah sejenis kalau nak sekarang kena sekarang jugak tak nak tunggu esok. sejenis tak sabar.

carilah rak yang kecik yang muat masuk dalam kereta terus boleh bawa balik. maka, belilah rak buku putih tiga tingkat ada pintu. harga dia RM198.

usung bawa masuk rumah angkat sendiri dari kereta. semangat nak mengemas punya pasal. susun dekat dengan meja belajar khalisah. meja dengan kerusi dekat bilik atas pun bawa turun bawah senang khalisah nak buat kerja sekolah.



proses mengemas pun amek masa berjam jugak sebab cik zira sekali dah kemas memang kemas bebetul. buang mana tak pakai dah. sharp kan pensel warna pensel sume letak dalam 1 bekas.



siaplah susun buku dan semua barang dalam rak putih tu. seb beklah muat semua. harap dapatlah sekemas ni jugak hari hari. buku buku sekolah khalisah pun susun dalam tu senang dia nak amek letak dalam beg. jadual waktu tampal dekat pintu rak.

macam nilah sudut bekerja dekat ruang tamu kedua rumah ni. sume sumbat dalam laci tanak nampak bersepah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails