SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: Birthday ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: Birthday ::... Show all posts

Sunday, March 1, 2026

Jam Tangan Bonia Viral Cantik

sebenarnya cikzira ni duk tengok tengok jugak jam tangan Bonia yang duk lalu lalang viral tu. yelah berkenan sebab dalam dia tu warna maroon lepastu tengok memang cantik.

cikzira ni lama dah tak beli jam. duk pakai je mana yang ada yang masih elok. tiba ada rezeki dapatlah memiliki jam idaman kalbu yang cantik itu.


sehari sebelum memang ada tengok tengok dekat shopee. nak survey harga. untuk design macam ni ada beberapa model tau. pastu ada saiz 26mm ada saiz 32mm. itu yang nak taknak kena pergi kedai jugak try dekat tangan.

jadinya semalam sabtu, 28.2.2026 cikzira pergi kedai jam favourite dekat Bukit Jambul. nama kedai Time Square dekat Ground Floor kedai kecik je. selalu kalau nak beli jam, cikzira beli dekat sini sebab SA yang jaga tu memang bagus. peramah dan senang kira.



masa sampai je terus tengok dekat jam jam bonia. ada dua model yang warna maroon satu duk atas satu duk bawah. terus minta nak tengok dengan buh dekat tangan dua dua. dua dua cantik tapi yang satu lagi mahal dan macam nak pakai harian tak sesuai sebab diamond dan nampak lagi eksklusif. 



harga asal dekat tag yang kiri tu RM688 yang kanan RM800 lebih tak silap. tapi yang kanan tu pun cantik betul sebab dekat tali dia tu ada bonia bonia lepastu ada kristal kristal keliling bulat tu. 

bila kata last warna maroon tu restok je habis restok je habis terus kata ok ok nak ni terus payment potong tali nak pakai terus. cantik sangat bila pakai ngam ngam lepas potong tali. happynya rasa dapat pakai jam idaman kalbu kiranya hadiah ramadan hadiah syawal dengan hadiah birthday. pakej semua sekali.




oh, cikzira dapat diskaun dari harga di tag RM688 dapat dengan harga RM580. dekat shopee rasanya boleh dapat lagi murah sebab ada voucher. yang cikzira beli ni Bonia BNB10550-2667 warna maroon. boleh try survey dekat shopee. sekali box mewah dengan buku warranty tu. warranty dapat setahun. 



sebab cantik sangat dan happy sangat, rasa macam taknak buka nak pakai je ❤️

Thursday, January 27, 2022

Happy Birthday Khalisah & Abdul Khaliq

17 Januari, birthday khalisah ke 9 tahun.
Esok 28 Januari, Birthday Abdul Khaliq ke 5 tahun. 







Birthday khalisah haritu sambut dekat ipoh, rumah adik cik zira sebab kebetulan cuti thaipusam 4 hari. Balik dari kenduri di KL dapatlah sambung cuti di ipoh pulak. 

Abdul Khaliq esok sambut birthday dengan kawan-kawan dekat school. Ibu dah belikan kek tadi. Esok masakkan spageti pulak. 

Anak anak kan, time birthday ni la kecik kecik excited nak sambut. Sebagai tanda ingatan. Tanda boleh dapat hadiah. 

Ibu sentiasa doakan khalisah dan Abdul Khaliq sihat, dilindungi Allah selalu di mana pun berada. Ibu sayang kakak dengan adik sangat❤️

Sunday, January 31, 2021

Selamat Hari Lahir Khalisah & Abdul Khaliq

 Assalamualaikum wbt. Salam tahun 2021 di bulan Februari. Dua bulan tinggalkan blog merah. 

Entri pertama 2021 ni cik zira mulakan dengan post hari lahir kedua dua anak cik zira, Khalisah pada 17 Januari dan Abdul Khaliq pada 28 Januari.



Didoakan semoga Khalisah dan Abdul Khaliq menjadi anak soleh solehah dunia dan akhirat. Diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Ibu babah sayang khalisah khaliq❤️

Tuesday, November 17, 2020

34 tahun suamiku

 harini 17 November, encik suami dah 34 tahun. cik zira dengan encik suami sebaya, lahir tahun 1986 dua dua. tapi cik zira bulan Mac, encik suami bulan November.


selamat hari lahir ke 34 tahun. semoga sentiasa dilindungi Allah, sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik. terima kasih bekerja keras hari hari untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak anak.

I love You❤

Friday, March 27, 2020

27th March - Happy 34th Birthday Cik Zira

syukur alhamdulillah. bertambah lagi setahun umo cik zira merah ni menjadikan cik zira tahun ni 34 tahun. terima kasih Allah. terima kasih atas kurniaan Mu selama ini.

semoga cik zira menjadi seorang hamba Allah, anak, isteri, ibu, cikgu dan insan yang baik serta membawa kebaikan untuk semua. aamiin.

dan cik zira berazam nak jadi semakin sihat semakin cantik walau umo makin bertambah. lagi lagi dekat sekolah, makin cantik makin budak suka kan. macam cik zira sekolah dulu dulu suka sangat tengok cikgu cecantik.





dan alhamdulillah jugak umo 34 tahun cik zira dah bebas cermin mata. dah dapat tunaikan impian buat rilex smile lasik guna duit sendiri. syukur.

sesiapa yang baca post ni doakan cik zira yang baik baik k. semoga doa yang baik tu berbalik dekat korang jugak. aamiin

Sunday, March 22, 2020

Januari Birthday untuk mak dan ba

Januari merupakan hari lahir mak dan bapak mentua cik zira. birthday khalisah dan khaliq jugak. haritu sambut satu family besar dekat rumah je. order makanan western makan ramai ramai. siap ada deco bagai.





khalisah dengan khaliq pun menyibuk sama sambut birthday sekali.









macam macam makanan ada. lamb chop, spageti, mushroom soup, wedges, chicken grill sume pun ada. dah macam makan dekat hotel tapi lagi sedap dan selesa makan dekat rumah.




semoga ba mak khalisah dan khaliq sentiasa dilindungi oleh Allah, sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. aamiin

Monday, February 17, 2020

Full Board di Hard Rock Hotel Penang

cik zira dan encik suami tak pernah sambut ulang tahun perkahwinan. kadang dah 2-3 hari baru ingat. cuma ingat jela tak sambut dan takde hadiah ke apa.

TAPI

time birthday memang akan dapat hadiah. encik suami tak pernah berkira untuk bagi hadiah apa cik zira nak setiap kali birthday cik zira. alhamdulillah. macam macam dah dapat.

dan cik zira jugak akan peruntukan satu jumlah untuk sambut birthday encik suami. biasanya 1k-2k macam tu. pernah beli spek mata hitam, jam limited edition, pernah belanja family suami makan ikan bakar ramai ramai. sebabnya encik suami punya peruntukan untuk birthday cik zira lagi banyak berkali ganda dari peruntukan cik zira untuk dia. yelah, cik zira kan dah uruskan sume kerja, jadi reward time birthday la nak dapat hadiah best best.

dan tahun lepas, 2019 birthday ke 33 encik suami, cik zira book bilik dekat hard rock hotel penang. encik suami suka stay situ sebab kalau ajai datang penang memang check in situ. jadi, pilih situ jela.

cik zira book direct dengan website hard rock hotel penang. tertarik dengan pakej full board iaitu 3x makan. dinner malam tu, breakfast pagi dan lunch masa check out.

cik zira kali kedua check in hard rock hotel penang dan dua dua kali memang check in bilik roxy kids suite sebab bilik ni beso. ada dua bilik satu lagi khas untuk anak anak. sebab nama pun kids suite kan.











memang selesa la, pastu boleh layan movie best dalam bilik. ada bath tub dekat dalam bilik air. tv pun ada dua. luaslah dari bilik yang lain.

jadi, tiada hadiah birthday encik suami 2019 sebab cakap dengan dia, tak tahu nak kasi apa dah semua dia dah ada. belanja check in hotel jela, sambil menyelam minum airlah, bebudak pun happy.

tak silap cik zira pakej full board kids suite ni haritu dalam RM1100-1200 macam tu untuk satu malam. dalam range harga macam tu. korang leh try tengok dekat website hard rock hotel penang terus k.











cuma malam akan bosan sket lah sebab bilik untuk anak anak tak best pun dekat bawah tu. jadi baik lepak dalam bilik layan movie. dinner kitorang dekat lobi sambil layan orang nyanyi dekat situ. sebab restoran dia penuh. makanlah kitorang sambil menikmati mini konsert dekat lobi tu.











tahun ni kena plan plak nak kasi apa birthday encik suami. tahun lepas bulan 4 dah book siap siap untuk birthday bulan november. awal kan. maklumlah cik zira ni memang suka fikir ke depan cepat sangat.











baju raya pun tinggal baju raya pertama je, baju raya jalan baju raya kedua ketiga sume setel dah awal awal lagi bulan 12 haritu. cepat kan? hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails