SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 17, 2020

Full Board di Hard Rock Hotel Penang

cik zira dan encik suami tak pernah sambut ulang tahun perkahwinan. kadang dah 2-3 hari baru ingat. cuma ingat jela tak sambut dan takde hadiah ke apa.

TAPI

time birthday memang akan dapat hadiah. encik suami tak pernah berkira untuk bagi hadiah apa cik zira nak setiap kali birthday cik zira. alhamdulillah. macam macam dah dapat.

dan cik zira jugak akan peruntukan satu jumlah untuk sambut birthday encik suami. biasanya 1k-2k macam tu. pernah beli spek mata hitam, jam limited edition, pernah belanja family suami makan ikan bakar ramai ramai. sebabnya encik suami punya peruntukan untuk birthday cik zira lagi banyak berkali ganda dari peruntukan cik zira untuk dia. yelah, cik zira kan dah uruskan sume kerja, jadi reward time birthday la nak dapat hadiah best best.

dan tahun lepas, 2019 birthday ke 33 encik suami, cik zira book bilik dekat hard rock hotel penang. encik suami suka stay situ sebab kalau ajai datang penang memang check in situ. jadi, pilih situ jela.

cik zira book direct dengan website hard rock hotel penang. tertarik dengan pakej full board iaitu 3x makan. dinner malam tu, breakfast pagi dan lunch masa check out.

cik zira kali kedua check in hard rock hotel penang dan dua dua kali memang check in bilik roxy kids suite sebab bilik ni beso. ada dua bilik satu lagi khas untuk anak anak. sebab nama pun kids suite kan.











memang selesa la, pastu boleh layan movie best dalam bilik. ada bath tub dekat dalam bilik air. tv pun ada dua. luaslah dari bilik yang lain.

jadi, tiada hadiah birthday encik suami 2019 sebab cakap dengan dia, tak tahu nak kasi apa dah semua dia dah ada. belanja check in hotel jela, sambil menyelam minum airlah, bebudak pun happy.

tak silap cik zira pakej full board kids suite ni haritu dalam RM1100-1200 macam tu untuk satu malam. dalam range harga macam tu. korang leh try tengok dekat website hard rock hotel penang terus k.











cuma malam akan bosan sket lah sebab bilik untuk anak anak tak best pun dekat bawah tu. jadi baik lepak dalam bilik layan movie. dinner kitorang dekat lobi sambil layan orang nyanyi dekat situ. sebab restoran dia penuh. makanlah kitorang sambil menikmati mini konsert dekat lobi tu.











tahun ni kena plan plak nak kasi apa birthday encik suami. tahun lepas bulan 4 dah book siap siap untuk birthday bulan november. awal kan. maklumlah cik zira ni memang suka fikir ke depan cepat sangat.











baju raya pun tinggal baju raya pertama je, baju raya jalan baju raya kedua ketiga sume setel dah awal awal lagi bulan 12 haritu. cepat kan? hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails