SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label bajumerdeka. Show all posts
Showing posts with label bajumerdeka. Show all posts

Wednesday, August 31, 2022

Baju Merdeka CikZira

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 tahun tahun ni. Alhamdulillah setelah 2 tahun Merdeka sunyi sepi, tahun ni dah dapat merasa semula kemeriahan sambutan Merdeka.

Semalam dekat sekolah cik zira sambut majlis ambang Merdeka. 

Pergi sekolah pakai biasa dulu. Masa nak mula majlis lepas rehat tu baru pakai aksesori mana yang ada. 


Baju cik zira tempah Blouse Merdeka tahun lepas punya. Match kan dengan kain kurung warna merah, pakai shawl putih. 




Lepastu aksesori kepala dan tambah selendang kuning dengan sampin merah la konon kononnya. 

Budak budak pun bukan main happy dapat merasa sambutan Merdeka dekat sekolah. Kalau tak kan sunyi je 2 tahun PKP takde sambutan apa apa.




Ramai pakai cantik cantik semalam beria mak mak siapkan anak anak. Baju cantik cantik kreatif comel semuanya. 


Harini sume cuti rehat sehari, esok kerja balik. Korang pergi mana harini? Ada semangat sambut Merdeka kan? Cik zira rehat dengan anak anak nanti baru keluar berjalan.

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara disayangi ni sentiasa aman damai makmur sentosa. Aamiin🇲🇾

Saturday, August 28, 2021

Baju Merdeka Khalisah



Sempena bulan Ogos, bulan Kebangsaan Malaysia ni kan, cik zira nak share Baju-baju Merdeka yang Khalisah pernah pakai untuk pertandingan merdeka.





Tahun lepas masih pakai yang lama sebab masih muat walaupun dah sendat hehe, baju tu pun dah letgo dah.

Tahun ni alhamdulillah dapat tempah baju merdeka baru yang cantik cik zira suka sangat tengok khalisah pakai.




Korang kalau nak tempah baju merdeka untuk anak ke untuk korang dewasa sume boleh, tengok dekat instagram: rayyanraisya ok. Sume lawa-lawa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails