SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label khaliqsekolah. Show all posts
Showing posts with label khaliqsekolah. Show all posts

Tuesday, April 30, 2024

Cadangan Hadiah Hari Guru

Hari Guru setiap 16 Mei kan? cikzira ni sejenis memang akan ready awal lah semua benda. jadi, sejak bulan 12/2023 dah oder dekat shopee sebab dah tahu nak kasi apa.

hadiah ni sesuai untuk cikgu perempuan. dapat 3 benda. purse comel, pin merdeka boleh guna merdeka nanti dan kerongsang tudung. semua ni kalau cikzira sebagai cikgu dapat pun happy, insya Allah cikgu cikgu anak korang pun mesti happy tau.

purse tu berguna la sebab senang nak buka dia ada magnet. lepastu masukkan dua set pin tu dalam purse tu. kecik senang nak kasi takyah beria nak balut segala. 


lepastu cikzira edit gamba dan tulis perkataan dekat IG je. print sendiri atas glossy paper. packing dalam plastik bajuarab ada banyak kan buat apa bazir. letak gambar tu depan purse. kan comel. 



total untuk 1 set hadiah tu RM9.70. purse tu RM1.90,pin merdeka RM1.90 dan kerongsang tu RM5.90. selalunya untuk Hari Guru setiap tahun memang cikzira bajet hadiah RM10 untuk setiap cikgu. Tahun ni awal, jadi dapat lah sediakan hadiah awal pack awal. setahun sekali je kan. 

sekarang ni masih sempat lagi ni ada 2 minggu lagi. mana tahu ada mak mak yang mencari idea untuk hari guru, bolehlah beli dekat shopee☺️

Wednesday, March 18, 2020

Khalisah dan Khaliq masuk sekolah

alhamdulillah, 2 Januari 2020, khalisah dan khaliq selamat masuk sekolah di tahun baru.

khalisah 7 tahun, darjah 1. abdul khaliq 3 tahun masuk tadika sama dengan kakak dulu.








dua dua happy, 1st day bangun awal sendiri. ibu pun happy tengok dua dua masuk sekolah. dua dua ibu hantar sampai pagar je ibu tak tunggu.





sekejap je masa berlalu. sekejap je anak anak membesar masuk sekolah kan. sebab tu masa yang ada ni kena luangkan sebaiknya dengan anak anak sebab masa berlalu sangat pantas.

Wednesday, January 1, 2020

permulaan 2020

akhirnya kita semua telah berada di tahun 2020
wawasan 2020
dulu kan masa kecik selalu bayang wawasan 2020 ni ada kereta terbang ada robot segala kan
sekarang dah sampai dah ni
hari pertama tahun 2020

tahun baru
permulaan baru

esok
khalisah dengan khaliq sekolah, ibu pun sekolah
babah je pergi market kerja ;)

alhamdulillah dah setelkan semua apa yang patut dan esok masing masing mulakan tahun 2020 ni dan semoga semua dipermudahkan di hari pertama kembali ke sekolah

khalisah 7 tahun darjah 1
khaliq 3 tahun masuk playschool sampai tengah hari

masa 16 november haritu sekolah khalisah dah siap siap orientasi dajah 1 dah. awal. sekali dengan konsert sekolah tadika khalisah. jadi, pergi je jugak orientasi sekejap lepastu balik awal pergi tadika pulak.

tengok kawan belakang khalisah tu kecik comel je kan


sebelah khalisah tu hensem ibu berkenan hehe


khalisah kelas 1 Nafiri. ada 36 murid dalam kelas tu. dan khalisah paling tinggi rasanya kalau tak silap sebab yang lain kecik kecik comel je. pergi orientasi tak pakai tudung siap makeup yelah sebab terus nak gi konsert. seb bek takde siapa tegur dia kalau tak mesti dia malu.

esok balik kerja, kena dengar khalisah punya cerita di hari pertama sekolah. apalah yang dia nak cerita tu. mesti banyak cerita dia. lepastu kena ajar dia kemas buku sekolah dalam beg ikut jadual dan kena pantau homework dia sume.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails