SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Wednesday, March 1, 2023

Dinner Tema Merah Hitam

setiap kali ada event majlis bertema tema ni, siapa yang kenal cik zira dari dulu zaman anak dara tahu kan cik zira memang pantang ada tema tema ni tau. Walaupun tema warna warna je pun. Mesti akan all out🤭

Tahun 22/23 ni majlis makan malam sekolah cik zira buat dekat Royale Chulan Penang. Guru Besar baru, Tuan Fadzil nak tema merah hitam. 

Warna merah tu takde masalah. Tapi bila banyak sangat baju warna merah pun pening jugak nak pilih yang mana satu. Pastu nak match kan dengan warna hitam. 

Lagi pening bila khalisah dengan khaliq pun join sekali. Khalisah memang setiap tahun dari umo setahun lebih ikut ibu dinner sekolah. Khaliq ni kali pertama. 

Biasanya, kitorang akan cari baju apa dulu nak pakai. Fitting tengok sesuai ke tak cantik ke tak. Kalau dah puas hati, baru match kan dengan aksesori bagi nampak cantik lagi. 

Nak tengok hasilnya?

Tadaaa..



Ibu khalisah khaliq team dinner tema merah hitam. 
Ibu: baju kurung moden bling bling + skirt hitam + belt merah + shaw satin + topi bling bling hitam
Khalisah : inner hitam + vest merah + pleated skirt hitam + shawl satin + topi bling bling merah
Khaliq : slack hitam poney + tshirt hitam + kemeja petak poney + topi hitam poney 

Macam biasalah, bak kata kawan kawan sekolah cikzira, memang dah tahu siapa akan dapat queen of the night. King pun dorang tahu dah siapa. 


Jadi dapatlah cik zira queen of the night untuk kesekian kalinya dari 2015 cik zira masuk SKJ ni. Dapat hadiah sabun body shop bau rose yang wangi sangat. 

Kalau korang ada event tema merah hitam ke, kot tak tahu nak pakai baju macam mana, boleh lah try outfit macam cik zira atau khalisah. Tak terlalu over masih sopan dan paling penting nampak cantik ❤️

Monday, June 15, 2020

Tema Rock & Roll Cik Zira

bagi yang follow dan kenal cik zira dari cik zira zaman blaja lagi, korang mesti tahu betapa cik zira suka sangat majlis yang ada tema tema bagai ni. memang teruja sangat kasilah tema warna sekalipun akan cik zira ikut tema dengan jayanya.

dan majoriti memang akan menang best dress. sebab apa? cik zira sorang je beria lebih. manalah tak menang. orang lain biashe biashe je.

macam macam tema dah sejak zaman maktab dengan uum. sampailah dah jadi cikgu ada hari guru ke, hari merdeka ke annual dinner ke, memang time untuk cik zira merah ni melaram.

ok, baiklah. untuk tema kali ini iaitu Rock & Roll, cik zira mempersembahkan... (drum rolls)







tadaaa...
ha, onz tak onzz?
ni masa dinner dengan encik suami bulan Februari lepas dekat Hard Rock Hotel Penang. tema rock n roll tapi bagi tahu siap siap. cik zira kalah. huhu. tak dapat hadiah best dress RM1000. yang menang pakai jaket jeans pakai seluar jeans je tapi menang. tu bukan tema rock n roll tu tema denim. sebab cik zira turun lambat dorang dah start dah. takpe, takde rezeki tapi best je dapat dengar Dato Ramli Sarip nyanyi live.

sekarang cik zira nak share apa yang cik zira pakai eh.

1.Tudung Bawal Aaliya warna hitam bidang 45, tudung ni cik zira masukkan ke dalam jaket tu sebab still nak tutup dada - ig @hijabersfever_ RM25
2. Jaket Kulit Hitam - beli dah lama bertahun dah dekat kedai kedai siam tak silap harga RM25-30 macam tu
3. Skirt tutu green black - beli dekat shopee harga RM30
4. Seluar Hitam Slack - Brands Outlet RM49
5. key merah dekat leher - shopee RM4
6. Sarung Tangan Merah kulit - shopee RM17 sepasang
7. Boot Hitam - RM42 pun shopee
8. Cermin Mata Hitam - cotton on RM30

ada yang cik zira memang dah ada, ada yang cik zira memang tambah untuk dinner tema rock n roll ni haritu. sebab nak bagi ikut tema tapi dalam masa yang sama still muslimah dan tak perlu pun seksi seksi.

wajib kena ada MERAH. makeup sendiri je. tak sempat nak upah MUA bagai. sendiri jela.

cukup dah rasanya perkongsian untuk TEMA ROCK & ROLL CIK ZIRA untuk post kalini. semoga dapat membantu dan memberi idea sedikit sebanyak untuk korang yang tengah search untuk tema majlis rock n roll korang.

selamat melaram!

Sunday, November 12, 2017

Khalisah ikut ibu pergi dinner

Jumaat baru baru ni 10.11.2017 khalisah ikut ibu gi dinner skola. Buat santai santai dekat hotel royale chulan dekat dengan jeti.

Khalisah ikut ibu pergi skola masuk kelas belajar dengan kakak abang tahun 1. Lepas pukul 6pm sume dah balik tinggal ibu ngan khalisah je bersiap siap dalam bilik guru.




Takde tema. Cumanya smart and casual. Jadinya simple jela. Cik zira cuma beli kain sedondon dengan khalisah. Beli jaket. Pastu wajibla kan ada merah. Kan namanya cik zira pencinta merah tegar.



Tak kisahla takde tema best best pun tetap nak pakai lawa lawa jugak walaupun simple je.

Khaliq tinggal dengan pengasuh. Tunggu dah beso sket dengan khaliq pun ibu usung skali pergi dinner.

Sunday, October 11, 2015

khalisah yang suka makan macam ibu


saja nak share gamba anak dara cik zira masa temankan ibu gi dinner tak lama haritu.



masa ni khalisah duk meratah ayam panggang. sedap betul tengok khalisah makan sampai tulang tulang pun khalisah gigit. ibu amek gamba pun dia tak perasan sibuk lah dengan kepak ayam dia tu.

Thursday, October 1, 2015

Tamara Dress Anggunzara yang memang mengikut tema!


happy. tak sia-sia beli Tamara Dress by Anggunzara tahun lepas. memula beli satu lepastu tambah lagi satu, tu pun katanya ada defect time beli tu RM100 exc poslaju. ni design lama dah ni. tapi memang simpan je.

kalau tahun lepas, dinner terakhir sebagai cikgu SKTC, temanya hitam putih. pakailah tamara dress hitam putih. tahun ni pulak tema dinner cikgu SKJ biru silver. sekali tengok tamara dress lagi satu belum pernah pakai simpan je betul betul ikut tema biru silver. mana tak happy! jimat takyah beli baju baru. tudung pakai shawl dua muka warna kelabu inner royal blue.

kiri dinner 2014, kanan dinner 2015. sekali ngan khalisah ikut tema dinner =)


terima kasih anggunzara sebab pernah produce tamara dress ni. dua dua cik zira pakai mengikut tema dan tahun ni rezeki dapat Queen of the Night.

tak sabar nak pakai Alma Abaya, Jannah Dress dan Katia Dress yang cik zira borong masa MoodRepublik JB haritu, kirim dekat personal shopper terbaik! tak kisahlah mahal pun mahal lah sebab setakat ni design dari Anggunzara memang cecantik dan bila pakai memang rasa bak puteri. hehe

love Anggunzara sesangat!

ni bukan iklan bertaja tau. share sebab suka =)

Sunday, September 27, 2015

esok sekolah ye khalisah


eh eh khalisah ni




jangan nak buat tutup mata ke ngantuk ke penat ke. ibu dah bawa balik JB jumpa atok nenek buyut tokbik semua semua. ni semalam dah selamat sampai penang. esok sekolah!

jangan buat buat lupa plak ye.

Friday, September 25, 2015

sedapnya khalisah makan ayam!


masa dinner haritu amekkan khalisah ayam panggang. bagi dia seketul. ibu makan ibu punya ayam. sekali tengok khalisah makan, wah sedapnya! tak toleh kiri kanan. adalah pandang pengacara cakap sekejap lepastu dia sambung makan sampai tulang pun digigitnya.







ibu amek gamba pun khalisah tak sedar. amek gamba dengan khalisah pun duk sedap makan ayam lagi.




khalisah ni kalau ada mood makan ayam sampai tulang tulang pun dia gigit.

Wednesday, September 23, 2015

dua dua pakai rantai kepala


jumaat dua minggu sudah, 11 september, sekolah cik zira ada buat annual dinner sekali majlis perpisahan persaraan tuan guru besar. buatnya jumaat malam sabtu di Waterfront Maritime Hotel dekat sg pinang. hotel baru. buat dekat coffee house.

tema biru silver. seb bek cik zira ada jubah tamara biru sebelah silver sebelah beli tahun lepas. kena sangatlah dengan tema. khalisah pakai dress biru.

ibu suruh khalisah pakai rantai kepala saja penambah seri. alih alih ibu pun kena pakai sekali baru sama katanya.




maka pakailah dua beranak ni turun lif orang tengok pergi ke hotel. hehe

tak sia-sia pakai rantai kepala kan khalisah. ibu dapat bawa balik bunga dengan coklat ferrero rocher. yay!





oh ye, aksesori rantai kepala ni cik zira ada sewakan ye. memang menambahkan seri dan penampilan lebih terserlah walaupun dengan hanya memakai aksesori rantai kepala ni kan. kalau berminat nak sewa boleh hubungi cik zira, 012 7962386.

Friday, September 11, 2015

Annual Dinner SKJ 2015


malam ni, sekolah cik zira akan adakan Anual Dinner bersempena persaraan tuan guru besar sekali. makan malam awal untuk tahun ni.

kalau tahun lepas, makan malam terakhir di hotel di sekolah kesayangan, SK Taman Cendana sebab cik zira dapat pindah penang.

tema dinner tahun lepas di sana, hitam putih. cik zira beli jubah dress dari anggunzara. Tamara Jubah. hitam sebelah putih sebelah. memang kena sangat dengan tema kan. hehe. khalisah pun ikut. khalisah jubah hitam songket dreemika.







tahun ni, malam ni, di sini, temanya royal blue dan silver. nampak gaya jubah tamara biru krim tu bolehlah cik zira pakai untuk malam ni. takyah dah nak beli yang baru. senang cerita.

time macam ni dapatlah melaram sket. boleh make up sket sket. nama pun makan hotel kan. bukan selalu. pastu nanti mesti nak bergambar sana sini. khalisah? tak tahu lagi keadaan. kalau boleh bawa, cik zira bawalah. kalau tak tinggalkan kejap dengan babah. bagi ibu jadi anak dara sekejap. ;)

nanti ada gamba cik zira share plak gamba dinner malam ni k. harini share imbau kembali dinner tahun lepas di JB bertemakan hitam putih.

Thursday, December 18, 2014

DINNER PERPISAHAN : TEMA HITAM PUTIH


selalu raikan cikgu cikgu yang pindah dah tiga tahun. tapi tahun ni cik zira salah seorang yang diraikan sebab dapat berpindah. akhirnya, setelah 4 tahun duduk jauh jauh dengan buah hatiku, dapat juga duduk sekali tiga beranak ni.

jadinya, bila sebut dinner, dekat hotal, mestilah nak cecantik. walhal hakikatnya hari hari comot ya ampun. sebab temanya HITAM PUTIH, maka beria ia lah cik zira ni mencari dress nak ikut tema. cik zira kan dari anak dara memang suka dinner dinner tema tema ni kan.





sejak dah pakai jubah dan suka pakai jubah ni, cik zira pun mencarilah jubah juga untuk dipakai dinner tu. cik zira order online je. jubah cik zira dari anggunzara. jubah khalisah gi beli dekat dreemika. halfmoon xl tu beli dekat alya sarah.

sedih nak berpisah dengan semua. kawan kawan cikgu di SK Taman Cendana. tapi ini ketentuan Allah dan kena ikut. semoga di sekolah baru nanti sebaik baik macam sekolah lama. amek masa sket.

pagi sebelum dinner tu cik zira dah siapkan sajak. sajak pendek dan ringkas. sebab tanak cakap panjang panjang. tak suka sebenarnya kena berucap. lagi suka jadi emcee. jadi bila baca sajak tak nangis pun. bila cakap sket je terus nangis tak tahan sebak. aduhai.





khalisah pun ikut ibu naik pentas bagi ucapan. sibuk ibu nak bergambar dia pun sibuk jugak. tapi khalisah baik temankan ibu sepanjang dinner dan sampai rumah. terima kasih khalisah.








dinner ni, A friendship to remember ni merupakan dinner terakhir cik zira sebagai cikgu di SK Taman Cendana. lepas ni tengok kalau sekolah baru ada tak jamuan akhir tahun dinner dinner macam ni. kalau ada, bestlah!

yang membaca blog tak seberapa ni, mohon doakan kehidupan baru cik zira di penang ni baik baik sahaja ye, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails